Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RAKYAT MALAYSIA ANTARA YANG TERCURANG DI DUNIA. KAMU BANGGA?

Menurut satu laporan dari China Press, rakyat Malaysia di tangga yang ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia. Tinjauan tersebut juga melaporkan 33% mengaku mereka tidak jujur kepada pasangan masing-masing manakala 39% wanita di Malaysia mengaku mereka pernah mengkhianati pasangan mereka.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kondom-Durex, mereka juga menyatakan lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup!

Ok, apa yang kamu semua faham? Lelaki Malaysia curang? Perempuan Malaysia jalang? Main kayu tiga? Cinta 4 segi? Tiada kejujuran? Ombak Rindu? Memang tak dinafikan bahawa rakyat Malaysia menjadi begini atas beberapa faktor luaran yang tidak dapat dijangkakan. Mungkin atas sebab desakan hidup, mungkin atas sebab mahu keseronokkan, mungkin juga sebagai punca pendapatan. Tapi tidak dapat tidak antara faktor lain yang mendorong punca kecurangan adalah teknologi ICT tambahan lagi dengan segala kecanggihan teknologi ICT terkini semua perkara boleh jadi, ya tak?

Satu masa dulu, ada mirc, tak lama kemudia ada pula laman sosial friendster, myspace, facebook yang boleh diakses melalui internet dan kini sudah ada pula kecanggihan telefon bimbit dengan pelbagai “G”. Jadi, perkara-perkara beginilah yang menjadi punca ketidakjujuran pasangan masing-masing. Jika ada masalah, luah sahaja di FB, pasti ada yang respon dan pasti ada yang caring lebih. Dari perasaan caring itulah, akan timbul pula bibit-bibit kasih sayang dan akhirnya mewujudkan perasaan cinta!

Kisah-kisah cinta pejabat, laki orang bercinta dengan bini orang, si polan itu dengan si polan ini sudah menjadi satu perkara biasa dan ianya bagai menjadi satu trend pula sekarang! Haha! Kadang-kadang yang bercinta tu pula sudah berpangkat emak dan bapak orang malah ada juga yang dikategorikan sebagai atuk dan nenek orang. Aiyak! Dunia nak kiamat!

Ok, apa pun aku kira ok lah tu..sekurang-kurangnya nama Malaysia berada di puncak dunia dengan mendapat rangking yang ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia! Global beb! Bila bercakap soal rangking ni, kita perlu berbangga bukan kerana apa, mahu tunggu ranking bola sepak kita naik pun makan masa! Budak-budak Harimau Muda itu hari sudah habis dibelasah ketika kelayakan Olimpik pusingan ketiga (baca; apapun tahniah kepada mereka kerana berjaya menunjukkan skill dan corak permainan yang baik, mungkin nasib tak menyebelahi mereka).

Ranking universiti?  Kira ok lah, Universiti Malaya di kedudukan 167 mengikut standard QS University Ranking, UKM pula di kedudukan 279 dan USM di tangga 335 mengikut standard yang sama dari 700 Universiti terbaik di dunia. Bagaimana dengan pasukan bola sepak kita? Mengikut kedudukan terkini FIFA, Malaysia di tanngga 155 dari keseluruhan 204 buah negara/pasukan bola sepak yang berdaftar di bawah FIFA.

Berbalik kepada soal curang tadi. Kadang-kadang soal hati bukan senang mahu dibicara dan aku ada kisah berkaitan hal kecurangan ini. Tapi tiada kaitan dengan aku.

Kawan aku, namanya Abu dan sebaya denganku. Menuntut di Universiti yang sama satu ketika dulu. Beliau dilahirkan hensem, kacak, segak, agak berduit serta agak pemalas untuk menyiapkan assignment. Otaknya pula tidak berapa bijak di arena pembelajaran tapi sungguh brilliant untuk menjerat aweks-aweks kampus dengan kata-kata manis dan ayat-ayat power yang maha canggih! Siapa sahaja wanita yang terdengar pasti akan secara sukarela mahu berpacaran dengannya!

Seperti yang aku katakan tadi, Abu tidak berapa pintar belajar dan agak malas untuk buat homework dan segala bagai tugasan kuliah yang diberi oleh pensyarah. Nah! di sinilah gunanya awek-awek Abu. Jika tak silap aku, Abu ada lebih kurang 3-4 orang awek di kampus yang sama, akan tetapi awek-aweknya ini berlainan kursus/pengajian juga mereka ini berlainan kolej! Awek di luar kampus? Itu aku tak pasti, cuma dari intuisi aku, Abu juga ada teman tapi mesra di luar kampus, mungkin gadis-gadis penjual topup di gerai handphone atau awek-awek sales girl di pasaraya-pasaraya di bandar.

“Abu, kao dah siapkan ke assignment MGT350?”

“Dah…aku dah siapkan dah, dah compile lagi!”

“Wah!! bile masa kao buat aku tak nampak pun…?”

“Tadi aku dah pas kat Ema (baca; bukan nama sebenar) kat Kolej Si Garang Dulu (baca; nama kolej telah diubah suai atas faktor-faktor keselamatan)”

Begitulah pintarnya Abu, mengguna segala sumber yang ada untuk memaksimumkan pulangan di kemudian hari. Tiada kos lepas.

Abu mempunyai trick untuk mengekalkan kerahsiaannya dari awek-awek beliau. Abu ada 2 biji handphone dan juga ada 4 nombor telefon yang berlainan. Untuk awek A, dia akan guna Maxis, jika awek B dia akan guna nombor Digi dan begitulah seterusnya. Tapi, yang menghairankan aku…Abu tak pernah pula kantoi dengan awek-aweknya itu hinggalah ke penghujung pengajian! Sungguh mengkagumkan! Tapi, yang aku tak berapa nak kagum…apabila tinggallah Abu kesorangan di kampus hingga ke Part/semester ke berapa entah aku tak pasti, sedangkan awek-aweknya sudah pun tamat Diploma manakala Abu masih di takuk yang lama!

Kasihan Abu (bukan nama sebenar)

p/s – Mahu curang, berpada-pada!

One response

  1. FeeZzy FeeZzy Fz

    kesian abu…

    Disember 27, 2011 at 4:58 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s