Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

GOTONG ROYONG DAN TRAGEDI BERDARAH

Kawasan taman perumahan aku diserang wabak demam denggi lagi, setakat ini sudah meragut satu nyawa yang melibatkan ibu muda yang bekerja sebagai seorang ustazah sekolah. Aku difahamkan, arwah meninggalkan anak kecil-kecil belaka dan menurut adik aku, beliau baru sahaja melahirkan bayi beberapa bulan yang lepas. Apalah nasib anak kecil dan keluarga tu. Kasihan. Pagi tadi satu taman digesa untuk menjalankan gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah masing-masing. Gotong-royong Perdana ini melibatkan banyak pihak antaranya Majlis Perbandaran, Hospital Kerajaan dan Kementerian Kesihatan serta persatuan penduduk.

Semua penduduk sebuk berpakat membersihkan kawasan rumah dan taman. Mak, bapak dan adik beradik aku awal-awal pagi lagi sudah membersihkan laman rumah, rumput yang tinggi di potong pendek, mana-mana bekas pasu yang kosong disusun satu tempat dan ditelangkupkan. Pokok-pokok bunga kertas di trim pendek dan kemas. Longkang di kawasan rumah habis disembur dengan air bagi melancarkan sistem pembentungan tersebut. Rumput-rumput dan daun pokok yang dipotong dan dicantas habis dibakar.  Target hari ini, hapuskan ke semua kawasan pembiakan nyamuk aedes! Tiada aedis, tiada denggi!

Aku tak banyak membantu. Hanya sempat memotong rumput dan lain-lain kerja ringan. Perut aku sejak dari malam semalam sudah tidak berapa enak. Sudah lebih 15 kali aku berulang alik ke tandas bagi melunaskan hajat. Memerut. Melepaskan apa yang terbuku. Menunaikan qada’ besar!

Sebetulnya, aku sakit perut dan cirit-birit. Perut mula memulas lebih kurang jam 10 malam, malam semalam. Bergelojak, tunggang-terbalik di dalam perut dan kadang kala mengeluarkan bunyi-bnnyian yang kurang enak. Pada ketika itu aku sedang sebuk melayan karenah anak yang sedang galak untuk bermain. Dek kerana sudah tidak tahan, anak ditinggalkan begitu sahaja di ruang tamu dan sekelip mata aku sudah berada di toilet. Entah bila tuala sudah berada di tangan dan sekelip mata juga segala-galanya selesai.

Keluar dari toilet dengan dahi yang berkerut kerana menahan kesakitan melampau. Aku cuba mengingat-ngingat apakah makanan yang aku jamah hingga menyebabkan aku terseksa menahan kesakitan ini.

Sarapan pagi? Bukan…nasi lemaknya masih panas.

Makan tengah hari di kenduri kahwin Jon Naim? Hidangan enak, cuma sudah sejuk sedikit…

Makan petang? Aku tak jamah apa-apa…

Makan malam? Hanya roti gardenia dan milo panas sahaja…mana mungkin…

Jadi, setelah berkira-kira dan mengenalpasti punca makanan yang menyebabkan aku sakit begini, kesimpulannya sudahpun aku tahu. Biasanya, perut aku kurang tahan dengan lauk-pauk kenduri kahwin. Jadi, mungkin lauk pauk kahwin tersebut yang menyebabkan aku jadi begini. Sejak dari jam 10 malam itu, hinggalah ke saat entri ini ditulis aku rasa sudah lebih 15 kali aku berulang-alik ke “bank” bagi membuat pelaburan.

Huh! Pak cik kayo!

Jon Naim, terima kasih. Inilah pengorbanan seorang rakan! Dah macam ayam berak kapur dah aku dibuatnya. So, apa tragedi berdarahnya?

p/s – Pil Chi Kit Teck Aun adalah teman sejatiku!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s