Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LIMA 2011; SEDIKIT ULASAN KETENTERAAN…DAN…

LIMA dan Langkawi begitu sinonim, malah penganjurannya pada kali ini dikhabarkan telah menarik begitu ramai pengunjung mengalahkan tahun-tahun yang sudah. Ada eloknya juga LIMA dilangsungkan kerana ianya sedikit sebanyak telah mengubah landskap Langkawi itu sendiri. Lihatlah 20-30 tahun yang lampau, Langkawi tiada apa yang menarik kecuali kisah-kisah Mahsuri yang dibunuh kejam hingga mengalirkan darah berwarna putih. Lain daripada itu, tiada siapa yang tahu keunikan Pulau Langkawi, sebuah pulau lagenda.

Penganjuran LIMA telah bermula sejak tahun 1991 lagi atas idea Mantan Perdana Menteri, Tun M. Biasanya pameran LIMA akan dilansungkan bersekali dengan pertunjukkan udara dan laut oleh pesawat-pesawat pejuang dan kapal perang. Bagi segmen udara, ianya dijalankan di Mahsuri International Convention Center manakala bagi segmen laut diadakan di Awana Porto Malai. LIMA juga akan membabitkan pelbagai kontrak yang akan ditandatangani melalui MoU, MoA dan LoI dan transaksi ini melibatkan billion ringgit. Biasanya membabitkan perolehan persenjataan untuk Angkatan Tentera Malaysia merangkumi Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bagi, aku kekuatan persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlulah dilengkapi dengan persenjataan moden dan canggih supaya ianya tidaklah terlalu ketinggalan dengan jiran kerdil di selatan tanah air yang dipayungi oleh Israel Defence Force( IDF). Aset tempur seperti Main Battle Tank perlu ditambah bilangannya supaya dapat mengukuhkan batalion Kereta Kebal sedia ada dari Rejimen Pendekar di bawah Kor Armor Diraja. Malah dengan hanya 48 unit kereta kebal utama ini, mampukan ianya diatur gerakkan dengan cepat bagi mempertahankan kedaulatan setiap inci negara yang meliputi Sabah dan Sarawak. Penambahan aset armor ini adalah kritikal kerana ianya sebagai benteng utama bagi berhadapan dengan pasukan musuh apatah lagi musuh yang mempunyai jumlah aset yang lebih banyak atau dari negara kecil yang dipayungi oleh kuasa besar seperti jiran kita di selatan. Mungkin ATM tidak perlu memiliki kereta kebal yang sama jenis seperti sekarang (baca; Pendekar yang diperolehi dari Poland adalah varisi moden Kereta Kebal T-72 Rusia) dengan melihat Pakistan yang juga antara pengeluar kereta kebal moden sebagai contohnya Al-Khalid MBT dan Al-Zarar MBT. Kita tidak perlu bergantung sangat kepada dunia eropah kerana kadang kala perolehan aset persenjataan dari Eropah lebih mahal.

Bagi memperkukuhkan strategi cegah rintang adalah wajar ATM menambah juga bilangan Multiple Launcher Rocket System MLRS Astros II dan memperlengkapkannya dengan peluru berpandu jarak jauh yang boleh menjangkaui Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan sebagai payung perlindungan kepada aset darat yang berada di medan depan kerana bantuan tembakan artileri umpama “bantuan dari langit” atau “tangan-tangan malaikat” kepada tentera yang sedang berjuang di medan hadapan. Penambahan artileri mudah gerak atau Self-Propeleed HowitzerGun dapat memberikan kelebihan kepada ATM kerana ianya lebih mudah diatur gerakkan malah lebih indipendent dan praktikal. Pada ketika ini artileri sedia ada bukan dari jenis mudah gerak dan memerlukan aset atau kenderaan lain untuk menundanya ke medan perang. Sebelum ini ada ura-ura Tentera Darat amat berminat untuk memiliki Denel G6, sebuah artileri mudah gerak dari Afrika Selatan, tapi hingga kini tiada berita tentang program tersebut.

Bagi memantapkan Tentera Darat dari segi sokongan taktikal dan pertahanan perolehan helikopter tempur perlu diteruskan kerana ianya adalah aset kritikal dan strategik yang perlu diperolehi. Buat masa kini Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) hanya dilengkapi dengan helikopter dari jenis Light Observation Helicopter (baca; LOH), jadi untuk mengimbangi kekuatan negara jiran di Selatan yang memiliki AH-64D Apache dan jiran di utara yang dilengkapi dengan helikopter penyerang Cobra adalah wajar Tentera Darat turut diberikan taringnya juga. Sudah sekian lama PUTD mengimpikan helikopter tempur yang ampuh dan cakap-cakap sebelum ini ada menyatakan bahawa PUTD amat berminat untuk mendapatkan helikopter penyerang Rooivalk dari Afrika Selatan tapi hingga kini ianya masih tidak menjadi kenyataan atas faktor kekangan peruntukan kewangan. Malah helikopter ini sudah beberapa kali menyertai LIMA atas usahanya untuk membida tender bagi membekalkan aset ini kepada PUTD tapi masih tidak berpeluang hingga kini.

Untuk mengukuhkan pergerakan pasukan khusus negara, operasi mencari dan menyelamat untuk sebarang operasi di belakang garisan musuh atau kata lainnya behind enemy lines, helikopter pengangkut yang lebih moden dan berkeupayaan perlu diperolehi ini kerana helikopter Nuri (baca; helikopter pengangkut PUTD) sedia ada sudah melebih had umurnya dan jika tak silap aku ianya sudah pun menjangkau usia lebih 30 tahun! Helikopter Nuri yang pernah digerakkan ketika insurgensi menentang komunis pada masa lampau masih beroperasi hingga kini! Jadi, tidak hairanlah sudah berapa banyak kes helikopter terhempas yang melibatkan Nuri. Pernah satu ketika dahulu Panglima Angkatan Tentera berhasrat untuk mendapatkan helikopter canggih dari jenis EH-101 Merlin buatan United Kingdom, juga hingga kini masih tiada perkembangan berkaitan status perolehan aset ini. Dukacita.

Aset maritim, aku tiada komen. Cuma adalah lebih elok kelengkapan kapal perang sedia ada ditambah atau dinaik taraf kepada kelengkapan yang lebih canggih dan moden, sama ada dari segi sistem command and control, persenjataan dan juga jumlah aset perang. Juga adalah lebih elok jika perolehan kapal perang selepas ini masih mengekalkan konsep fitted for but not with seperti mana kapal-kapal ronda TLDM dari Kelas Kedah umpamanya. Ini kerana, konsep tersebut adalah lebih praktikal kerana ianya memudahkan kapal perang tersebut untuk diintegrasikan sistem persenjataannya. Konsep ini juga memungkin sesebuah kapal perang itu diperlengkapkan untuk menjadi sebuah kapal Frigat ringan kerana memiliki sistem persenjataan yang ampuh bagaikan sebuah Frigat. Buat masa kini, TLDM diperkuatkan dengan ketibaan dua unit Kapal Selam di bawah Kelas Perdana Menteri iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tunku Abdul Razak. Bagi mengimbangi peperangan moden yang melibatkan kapal selam, adalah wajar TLDM diperkukuhkan dengan Helikopter Anti Kapal Selam (baca; ASW). Perolehan ini penting kerana dengan adanya helikopter ini, peperangan melebihi ufuk (baca; Over the horizon) dapat dilakukan ke atas kapal selam musuh.

Kedengaran desas-desus penggantian MIG-29N pesawat pejuang TUDM sejak beberapa tahun lalu dan terdapat keinginan untuk menggantikannya dengan pesawat pejuang moden pelbagai fungsi atau Multi Role Combat Aircraft. Dari pembacaan aku sepanjang LIMA 2011 berlangsung, TUDM berhasrat untuk mendapatkan pesawat pejuang yang masih belum diputuskan dari jenis Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Sukhoi dan Desault Falcon. Sekiranya sudah diputuskan satu hari nanti, bagi aku MIG-29N adalah masih diperlukan khidmatnya dan adalah tidak wajar perkhidmatan pesawat pejuang ini diberhentikan serta merta kerana aset perang udara kita bukanlah banyak sangat. Jadi, dengan mengekalkan pesawat ini sekurang-kurangnya aset tempur milik TUDM akan bertambah malah kekuatan juga akan bertambah berlipat ganda. Panambahan pesawat pejuang ringan juga boleh mengukuhkan kekuatan udara TUDM bagi memperteguh air-superiority ruang angkasa negara.

Berbalik kepada LIMA 2011. Aku masih menantikan apakah aset perang baru yang bakal diperolehi dan adalah diharapkan ATM dilengkapi dengan aset tempur yang lebih baik dan berkuasa supaya satu hari nanti kedaulatan Malaysia tidaklah menjadi satu perkara mudah bagi mana-mana negara yang berniat jahat.

– – – – – – PPPfffttttttttttttt – – – – – –

“Wan, kao baru balik Langkawi kan? Kao tak pergi tengok LIMA ke?”

“LIMA? Pebenda tu?”

“LIMA pun tak tau, tu kan pameran kapal perang….dah berpuluh tahun dah dibuat kat sana…apalah kao ni!”

“Ohhh….LIMA tu pameranlah yee…yang aku tahu LIMA kat Peru tu je! Tapi, ada satu lagi LIMA yang boleh buat kao berdarah hidung Faer!”

“LIMA apa, Buku LIMA ke?”

“Tu pun ye jugak…tapi ni bukan setakat berdarah hidung…tapi boleh jugak buat kau bereraksi!”

“Cis, ape bendenye ni? Double meaning pulak kao…pebendanya ni?”

“Adriana Lima! Ni, cuba kao tengok gambar dia!”

 Image Detail

Ok adik-adik…siapakah gerangan si LIMA jugak ni?

Adriana Lima adalah Super Model Brazil atau lebih dikenali dengan nama Victoria’ Secret Angel. Lahir pada tahun 1981 dan sudah berkahwin dengan pemain bola keranjang yang bermata keranjang. Sebenarnya berlambak gambar-gambar yang lebih hot dari ini, tapi tak nak lah aku letak kerana blog aku ni bukannya blog lucah!

p/s – Kalau tak kerana member aku, sumpah aku tak kenal si Adriana Lima ni!

2 responses

  1. kaki lima je kao tak ulas bro..haha

    p/s gua dh pindah laman baru..angin baru,sepoi2 bahasa..haha

    Disember 12, 2011 at 2:04 pm

    • faerrin

      url apa bro??? hehehe..awat indah lak???

      Disember 13, 2011 at 10:36 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s