Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PUKUL 2:30 PAGI MASIH BISA MENULIS MENGENAI ANAK DAN JUGA BOLA

Jam 2:30 pagi yang hening dan sunyi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Ini semua kerana Khaliff (baca; anakku) yang enggan tidur. Sudah bermacam-macam nasyid di dendangkan, berpuluh-puluh lagu dinyanyikan, bersurah-surah ayat suci al-quran diperdengarkan tapi beliau masih tidak mahu melelapkan mata. Matanya semakin bulat dan membesar, pergerakan badan semakin aktif dan kaki serta tangannya tidak henti-henti berkayuh, menumbuk dan menendang ke pelbagai arah. Aku pusing. Sudahlah esok mahu ke klinik dahulu sebelum ke pejabat di awal pagi, aku perlukan rehat yang cukup. Tak mengapa, aku redha dan tidak jemu-jemu memujuk Khaliff supaya tidur.

Sebenarnya di awal pagi esok aku perlu membawanya ke klinik kesihatan bagi urusan medical check up dan pada esok hari juga Khaliff akan dikenakan injection untuk bulan ke dua. Injection yang lebih dikenali dengan nama pena “tiga serangkai” dari kalangan mak cik-mak cik dan kaum ibu ini membarisi ubat pelalian dari jenis DPT (1), Hib (2) dan IPV (1). Pada kebiasaannya bagi bayi yang dikenakan suntikan ini, kebanyakkan dari mereka akan mendapat demam ekoran dari kurang daya tahan bayi menghadapi suntikan tiga serangkai ini. Apapun aku harapkan agar Khaliff dapat bertahan dan mengelakkan diri dari demam. Khaliff juga baru-baru ini agak susah untuk buang air besar. Kadang-kadang perlu tunggu hingga 3-4 hari baru boleh melunaskan hajatnya itu dan paling lama 5 hari. Ini yang agak menghairankan aku kerana Khaliff tidak pula meragam malah program penyusuannya masih berjalan macam biasa seolah-olah tiada masalah.

Tak pelah, besok segala-galanya aku mahu ajukan kepada doktor. Biar doktor terangkan. Biar aku faham. Tiada lagi persoalan. Hati pun tenang dan senang.

Kalau boleh dan jika diizinkan, aku sebenarnya mahukan si Khaliff menyarung jersi Harimau Malaya satu hari nanti. Main bola di pentas dunia dan harumkan nama negara. Buat ayah dan ibu bangga. Atuk dan nenek tersenyum megah. Letakkan kembali kegemilangan bola sepak Malaysia seperti di dekad-dekad lalu. Ketika era 70-an dan 80-an dulu. Era Supermokh, era Zainal Abidin Hassan. Tapi biarlah masa menentukan segalanya.

Sebetulnya, aku mahu ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda yang bertandang ke Australia bagi misi membalas dendam (baca; skuad senior Malaysia dibelasah teruk 0-5 pada perlawanan sebelum ini). Mereka ke sana untuk beradu kekuatan dengan kelab Sydney FC. Difahamkan, Harimau Muda berjaya meratah Syndney FC 3 gol berbalas kosong yang disumbangkan oleh K. Gurusamy pada minit ke 45′ dan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke 79′ dan 90′. Kemenangan yang bergaya ini dilakar menerusi percaturan Ong Kim Swee terhadap muka-muka baru yang membarisi skuad Harimau Muda kali ini.

Tahniah Harimu Muda!

Yeah!! buku Malaysia Tidak Ke Piala Dunia sudah dilanggan! Aku mahu meneliti, kaji dan faham.

p/s –  Sudah tiba masa melelapkan mata. Khaliff aku pass pada orang rumahku! Batton bertukar tangan. Servis over!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s