Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ULANG TAHUN PERKAHWINAN, HARI NATAL & WAD HOSPITAL

Esok 25 Disember 2011 hari Natal yang juga merupakan hari ulang tahun pertama perkahwinan aku dan isteri. Kalau ikut planning asal, kami sekeluarga (aku, isteri dan khaliff) akan pulang ke Melaka pada hari ini (baca; Sabtu). Tapi, apakan daya…si kecil Khaliff telah pun admit di Hospital Kajang akibat jangkitan/ Bronchitis. Bermula dengan hanya batuk yang sederhana hingga ke batuk berkahak dan keadaan yang sukar bernafas di akhirnya telah membawa satu episod duka buat aku dan isteri. 

Bronchitis ni dari apa yang aku faham setelah mendapat sedikit info dari doktor, merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria/virus di sekitar epithilium di paru-paru. Antara virus yang mengakibatkan penyakit ini adalah rhinoviruses, adenoviruses, dan influenza. Bakteria, termasuk Mycoplasma pneumoniae, Chlamydophila pneumoniae, dan Bordetella pertussis.

Ok, berbalik kepada kisah Khaliff. Batuk kecil yang dihidapinya bermula sejak dari minggu lalu lagi, kebetulan pada hari Khaliff mendapat sakit tersebut telah jatuh dengan tarikh untuk dia menjalankan medical check-up berkala di klinik kesihatan.

“Alang-alang dah ada kat klinik, baik aku terus tanya’ getus hati kecilku.

“Doktor, kenapa anak saya ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan kalau dia nak amibil nafas?”

“Meh sini saya cek”

Setelah di cek oleh doktor……

“Anak awak, ok cuma kesukaran bernafas adalah akibat dari ruang pernafasan yang semakin sempit”

“Jadi ada ubat?”

“Ada, saya bekalkan kamu dengan ubat kahak dan ubat lelah”

Pulang ke rumah. Khalif ok dan masih terkawal cuma kadang-kala sahaja batuk. Jumaat lalu Khaliff semakin teruk, keadaannya semakin tenat dan ini memaksa isteriku membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Aku yang pada ketika itu masih berada di ofis menjadi semakin celaru dan gelabah apabila dikhabarkan dengan berita sebegini. Jadi, setelah inform pada pegawai atasan, aku pun keluar dari ofis pada jam 4 petang dan memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Targetku di dalam kepala hanya mahu cepat sampai dan bawa Khaliff ke klinik. Apa yang membimbangkan Khaliff pada ketika itu sukar bernafas, batuk yang tidak lepas dan mukanya pucat serta kebiruan. Sejujurnya sejak dari awal pagi lagi ibuku sudah memaksa isteriku supaya membawa Khaliff ke hospital atau paling tidak pun membawanya ke klinik tetapi akibat kedegilan dan kekerasan kepala isteri telah mengakibatkan keadaan yang pada mulanya terkawal menjadi semakin teruk.

Setibanya di Poliklinik Dinamik, Khalif dikejarkan untuk mendapatkan rawatan awal. Gas oksigen diberikan. Kebetulan dalam keadaan yang mencemaskan itu, gas yang tinggal pada waktu rawatan tersebut merupakan satu-satunya gas yang ada di dalam klinik tersebut. Dalam erti kata lain merupakan gas spare. Mengikut kata doktor yang merawat, sekiranya Khaliff lewat dihantar (baca; setengah jam lewat), sudah tentu keadaan menjadi semakin buruk dan kemungkinan bakal meragut nyawa anak kesayangan kami itu! Alhamdullilah, dengan izin dan rezeki Allah S.W.T akhirnya Khaliff berjaya dipulihkan dan keadannya semakin stabil dan beransur pulih, cuma perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital.

Pada hari petang yang sama, Khaliff terus dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Kajang. Rawatan yang sama juga diberi dan setelah di X-Ray serta di diagnosis akhirnya Khaliff admit. Ditempatkan di wad Padeatrik di Hospital Kajang. Tika entri ini ditulis, Khaliff masih lagi di dalam pemantauan yang rapi oleh doktor. Aku harapkan, semoga Khaliff anakku kembali pulih seperti sediakala dan ceria macam selalu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran yang berguna kepada kami sekeluarga.

p/s-  Harap-harap esok dah discharge.Aminn….Selamat ulang tahun perkahwinan Syarin dan Yana yang pertama!

3 responses

  1. moga semuanya baik² saje faer.amiin

    Disember 24, 2011 at 4:13 pm

    • faerrin

      terima kasih jal, wah…bukan main lagi shopping mlm krismas!

      Disember 24, 2011 at 10:41 pm

  2. Pingback: KHALIFF KEMBALI PULIH « PANDANG-pandang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s