Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KHALIFF KEMBALI PULIH

Alhamdullilah. Aku bersyukur apabila melihat keletah anakku Khaliff yang semakin sehat dan kembali pulih seperti sedia kala. Dia kembali aktif dan tidak lagi pasif, malah alat bantuan oksigen yang digunakan untuk bernafas juga sudah ditanggalkan. Khaliff sudah mula hendak bermain, semakin bersungguh menyepak, menendang dan menolak-nolak tangan dan kakinya dan sudah pandai hendak senyum-senyum semula! Terutamanya dengan doktor-doktor perempuan pelatih muda! Tak padan dengan kecik anak aku ni. Tapi dalam kegembiraan tersebut, ada juga sedikit kerisauan di sudut hati kami berdua. Batuk dan kahaknya tidak pula kebah. Masih sama lagi dan kadang-kala apabila Khaliff batuk, seolah-olah batuknya tidak lepas. Tapi, walaubagaimanapun keadaannya semakin pulih. Itu yang penting.

Sebenarnya awal pagi tadi (baca; sekitar jam 1 pagi dan 4 pagi tanggal 25 Disember 2011) aku mendapat khabar kurang enak dari isteri bahawa Khaliff demam. Suhunya mencapai sekitar 38′ celcius! Gila panas! Aku amat risau hingga tidak mampu melelapkan mata, tapi mujur dengan tindakan pantas isteri dengan melakukan rawatan awal dengan menjelumnya menggunakan air sejuk, menyapukan mukanya dan memberikannya  air zam-zam demamnya semakin kurang dan hilang terus! Lega hati kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapaku yang tidak jemu dan tidak putus-putus memberikan khidmat nasihat untuk melakukan rawatan awal kepada Khaliff, maklumlah orang tua lebih pengalamannnya…jadi pengalaman ini telahpun diberikan kepada kami untuk digunapakai kepada Khaliff. Sokongan padu dari keluarga amatlah penting ketika ini, kerana dengan adanya sokongan yang kuat dari segi moral, wang dan juga lain-lain ianya sedikit sebanyak memberikan kekuatan yang tersendiri dalam menangani masalah-masalah kritikal sebegini. Ramai yang datang melawat Khaliff termasuklah pakcik- dan makcik ku sendiri.

Esok, aku mendapat info bahawa Khaliff akan diberi rawatan Chest Physio dan pada masa yang sama kahaknya yang bersarang di paru-paru akan disedut secara paksa. Sakit? Memang sakit, tapi demi kebaikkan dan kesihatannya…terpaksa juga dilakukan. Mudah-mudahan selamat dan yang penting adalah lagi khabar gembira untuk kami semua esok.

p/s – Esok discharge! Yahooo!!! Amin….Diam tak diam dah 3 hari juga Khaliff ditahan di wad.

Kisah sebelumnya, klik sini

One response

  1. Pingback: KHALIFF SUDAH DISCHARGE! « PANDANG-pandang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s