Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KLISE SINETRON INDONESIA

Sumpah aku tak suka sinetron Indonesia, lagi-lagi kalau melibatkan percintaan budak sekolah SMU yang gadisnya berskirt pendek dan lelakinya mekap tebal macam gei. Kenapa? Sebabnya mudah. Siri dramanya yang panjang dan membosankan dan tahukah kamu sinetron ni ada banyak persamaannya dan persamaan-persamaan inilah yang membuatkan aku bosan dan benci untuk menontonnya. Selalunya adegan-adegan yang berlaku pula macam tak masuk dek akal dan kadang-kadang macam tak logik pulak!

Adegan tampar-menampar yang disusuli dengan menangis, berlari ke bilik, carut-carutan umpama menegakkan benang yang basah antara orang yang bertengkar. Si bapa menampar si ibu, si balak menempeleng si awek dan begitulah seterusnya. Selalunya ia akan diiringi dengan muzik “yang konon-kononnya suspen” dan jangan lupa di saat muzik dimainkan, kamera akan berulang kali fokus kepada pelakon. Aku dapat rasakan semua sinetron begitu. Bukankah ianya membosankan?

Kebiasannya apabila adegan tampar-menampar dan tempeleng-menempeleng ini berlanjutan maka bermulalah pula drama air mata. Jika kamu perasan, setiap episod drama sinetron ini pasti ada adegan menangis! Tak keterlaluan juga untuk aku katakan bahawa setiap sinetron pasti ada drama air matanya! Tak percaya? Cuba tonton.

Sinetron tak akan lari dari siri drama yang panjang dan berlarutan. Kadang-kadang siri dramanya akan makan tahun juga untuk menamatkannya, walaupun ada ketika siri tersebut seolah-olah sudah boleh ditamatkan. Bukankah ini juga membosankan?

Antara konsep garapan cerita yang sering dimainkan atau menjadi isu utama adalah cerita berebut harta pusaka atau harta pusaka tersebut jatuh pada anak atau cucu yang sudah lama hilang atau rebutan kekuasaan di dalam perniagaan atau berebut anak di antara keluarga. Kalau latar belakang penceritaannya adalah masih bersekolah sudah pasti jalan ceritanya adalah berebut boifren dan gurlfren. Kebiasaannya pula, yang merebut gurlfren atau orang yang popular di sekolah pasti anaknya adalah seorang yang miskin atau baru sahaja masuk pindah ke sekolah tersebut (baca; macam mana orang yang miskin boleh masuk sekolah elite yang pastinya memerlukan pembiayaan yang besar). Kemudian, yang merebut tersebut pastinya akan merasan bangga dengan kejayaan itu dan akan dicemburui oleh mereka yang lain-lain. Biasanya yang memenangi hati gurlfren dan boifren tu, mestilah seorang anak yang terkenal dan adalah anak kepada Pengetua Sekolah/empunya sekolah/ Ketua PIBG.

Orang kaya selalunya jadi orang jahat. Mata yang galak dengan renungan tajam macam helang. Jahat dan macam gampang! Selalu buat orang sakit hati dengan niat untuk menjatuhkan orang di pihak yang baik. Orang baik pula selalunya miskin, hidup melarat, dungu dan bodoh. Selalu sahaja dibohong, ditipu dan dihelah dengan macam-macam cara. Orang baik pula selalunya mesti tidak dapat bantuan dari peguam. Bila minta tolong pada polis pula selalu usahanya gagal dan tidak membuahkan hasil. Tapi bila orang jahat minta bantuan polis, sekelip mata polis sampai dan terus berpihak kepada orang jahat dan apa yang selalu berlaku bila ada adegan menuntut harta oleh orang baik pasti peguam akan disogok untuk menghalangnya dengan pelbagai cara, contohnya diberikan duit yang banyak. Sebagai akibatnya, orang baik tadi habis hartanya diambil, dihalau dan dicemuh dan bisanya lagi orang baik hanya mampu berdoa menadah tangan dengan ayat begini…

“Ya Allah…tolonglah hambamu ini”…..sambil menangis dan bercucuran air mata di bawah hujan yang lebat.

Dari sudut kepintaran IQ pula, orang baik pastinya memiliki IQ yang rendah dan agak kurang pintar. Mungkin bodoh, mungkin goblok.  Orang jahat, sekalipun masih budak kecil yang baru mengenal erti hidup jauh memiliki IQ yang tinggi dan idea-idea jahatnya untuk menjatuhkan orang baik selalunya bernas dan menjadi! Pelikkan?

Sinetron tak kan lari dari kisah sedih. Kisah sedihnya macam berpanjangan. Orang baik selalunya menderita panjang dan jika berlaku kemalangan atau kecelakaan pastinya akan menimpa bertubi-tubi. Contoh.

“Seorang bisnesman yang berjaya kemudian ditipu (baca; padahal seorang peniaga yang berpengaruh, berpengalaman tapi senang-senang je ditipu?). Kemudian jatuh sakit, bila nak mendapatkan rawatan terus tiada duit (baca; padahal bekas CEO syarikat, pelik pula bila tak de duit). Bila dah sehat, perniagaan pula dirampas entah macam mana, terus hilang jawatan, hilang harta dan hilang segalanya. Terus cari kerja, dapatlah kerja jadik kuli. Tidur pula entah di mana-mana, kadang kat bawah pokok, kadang di tepi kedai. Lepas tu datang pula sahabat yang muncul tiba-tiba untuk membantu. Begitulah hidupnya terus menerus….”

Kekadang walau dimana sekalipun orang baik bersembunyi, pasti akan ketemu balik juga. Macamla Indonesia tu kecik, padahal ada 13000 buah pulau wei! Bila jalan cerita nak selesai pula, ada je halangan yang menimpa. Macam tak nak bagi cerita habis je. Contoh.

“Orang baik akan jadik lumpuh dan tak boleh nak cakap. Lepas tu bila berjalan ke luar pula entah macam mana ada pulak kereta datang melanggar orang baik tadi (baca; di bawa dengan Wheel Chair ke taman permainan/di bawa berjalan di sekitar kejiranan). Habis koma! Bila kebah dari koma, di bela pula oleh seorang isteri yang jahat, entah macam mana pulak boleh jatuh bergolek dari tangga. Terus jatuh koma balik. Bila koma, di bawa ke hospital pulak untuk rawatan. Di hospital, tiba-tiba ada pulak penculik datang nak menculik orang baik tadi….dan begitulah hinggalah jalan cerita menjadi tepu, buntu dan tak logik macam tak de penghujung. Merapek!”

Ok, bab penyakit pulak. Antara penyakit yang biasa melanda (baca; mungkin boleh dipanggil epidemik) adalah kanser otak. Kalau batuk-batuk pula terus akan keluar darah dan kesan dari itu ada pula penyakit kronik yang lain. Kadang-kadang ada juga penyakit yang disebabkan oleh terperanjat apabila mendengar berita-berita yang pelik. Bila terkejut, terus jatuh kemudian datang pula Stroke+Lumpuh yang menyebabkan jalan cerita tak akan selesai sampai bila-bila.

Oh ya, aku terlupa satu lagi hal. Budak-budak sekolahnya akan ke sekolah dengan menaiki/memandu sekurang-kurangnya kereta Honda Jazz dan paling mahal sekali adalah BMW atau Merscedez! Kasut sekolah pula, janagn cerita. Macam-macam kaler, macam-macam brand!

Ha! Itulah dia persamaan-persamaan yang ada dala sinetron. Meloyakan dan memualkan.

Tapi, ada satu lagi persamaan yang bisa buat kamu si teruna di luar sana berdarah hidung. Bak kata seorang temanku yang baru sahaja membuat komen untuk entri ini, Derperadol (bukan nama sebenar, yang sudahpun berkahwin dan punya anak satu) berkata…

“Tapi cewek-ceweknya cun dan seksi banget deh!”

p/s – Lepas ni aku buat pasal K-POP pulak! Padan muka!

4 responses

  1. paCat

    Surti dan Tejo, kool.!

    Btw,

    Temanku dari cabangan syarikat aku bekerja juga ad ayang dari IndoneSial.

    Sungguh sial tingkah laku mereka beb.!

    Yang peliknya, rakyat Malaysia ni suka sangat.

    Tak paham aku.

    Disember 29, 2011 at 11:01 am

  2. miz benzene

    bukan tu je….dye punyer action lak lembap gler….
    contohnya citer yg tgh tayang kat tv3 skrg ni….
    si zahira tu nk bukak keputusan DNA, mau amek masa 7 minit…dlm masa 1 saat je orang jahat leh rampas n koyak…
    tp nk wat cmne kan…tgh cuti…astro xde kat umah…xde citer lain yg best, mengadap jugak la….huhu

    Januari 2, 2012 at 4:22 pm

  3. daniel

    kata tak tgk…macam mana tau sedalam itu????

    Januari 5, 2012 at 3:34 am

  4. Ivan Permana (indonesia)

    banyak2 lah Hina Indonesia

    Thanks, Kita satu agama , satu bahasa (bahasa Melayu) 🙂
    Ta payah..

    Februari 9, 2012 at 4:57 pm

Tinggalkan komen