Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DSAI BEBAS 901….

DSAI sudah menang perbicaraan. Ada suka. Ada juga duka. Ramai yang gembira dengan keputusan ini, tapi ada juga yang mencemuh dan mengkritik. Dengarnyaya si Sepol akan cuba merayu bagi kes ini di Mahkamh Rayuan, kita lihat nanti apa ceritanya. Mahkamah Malaysia masih telus, itu yang pasti. Apa yang penting jalan raya masih lancar seperti biasa pagi tadi, mujur aku tak kelewatan ke pejabat.

Ada pengajaran di sebalik kes besar ini. Harap-harap semuanya belajar tidak kira penyokong mahupun yang tidak. Jangan jadi seperti si dungu pula. Keputusan ini hanya di mahkamah dunia cuma. Mahkamah akhirat, itu esok punya cerita. Hukuman, azab dunia dan hukuman, azab akhirat jauh jurangnya. Bagai bumi dengan langit. Azab dunia ada pengakhirannya, azab akhirat tidak akan berakhir. Jadi bagi siapapun yang menang (baca; atau yang kalah) tidak bermaksud kamu terlepas dengan azab akhirat.

Aku ada khabar gembira hari ini, Ayahku sudah selamat dibedah. Sudah sedar dan bolehh bercakap. Syukur. Anakku pula agak “kerasan” di rumah baby sitternya. Juga syukur Alhamdullilah. Esok dan dua minggu seterusnya audit dalam akan buat kerja (baca; kacau) di pejabatku. Biarlah mereka buat kerja. Aku tak ganggu mereka, cuma mereka yang menganggu aku! Cis!

p/s –  Menonton wayang dunia yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon berkaliber! Politik  Malaysia bagaikan satu pentas melodrama yang penuh hiburan mencuit hati! Apapun gua dah tak sabar nak pangkah undi ni beb! Haha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s