Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

JAM TIGA PAGI…

Entah macam mana aku tertidur di depan pintu bilik, itupun setelah dikejutkan oleh si lecturer. Aku terpisat-pisat bangun dan mencuci muka. Oleh kerana aku belum Isya’ lagi maka aku tunaikannya. Aku terus cuba mengingat kembali kenapa aku boleh terlelap di pintu bilik. Ceritanya begini.

Malam tadi macam biasalah Astro Warna Saluran 132 dibuka dan ditonton. Raja Lawak 6 dah bermula dan masih dihostkan pengacara gila-gilanya, JOZAN. Ok, harapan aku agak tinggi untuk musim Raja Lawak yang baru ni, iyalah sudah 6 musim dan selepas disajikan dengan Maharaja Lawak Mega yang dijuarai oleh Osbon aku telah menetapkan standard yang tinggi di dalam benak minda. Hanya lawak yang betul-betul “pandai” dan jujur sahaja aku akan gelak selain dari itu, aku boh layan!

Hasil dari mutu dan kualiti lawak yang dihasilkan dari Maharaja Lawak Mega yang lalu memang terkesan dan malam tadi aku langsung tak berupaya untuk bergelak ketawa. Tiada satupun persembahan yang mampu membuatkan aku untuk bergelak besar apatah lagi gelak hingga mengeluarkan air mata. Tiada! Rata-rata peserta seperti tiada bakat untuk melawak secara semulajadi. Lawak yang terhasil macam dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Jadi gelak-gelak yang terhasil oleh live audience juga mungkin dibuat-buat atau dipaksa-paksa oleh Floor Manager di Pentas Raja Lawak tu.

Patutnya, peserta mesti lebih matang. Lihat sahaja mutu semasa awal-awal persembahan Raja Lawak 5 lagi-lagi si Nazmi “Aku lupa” terus dah kelakar dan buat usus perut macamm nak tercabut. Apa yang pasti standard untuk melawak dah semakin tinggi. Lawak bodoh dah tak de. Lawak zaman sekarang perlu research, perlu banyak baca, perlukan latihan yang berulang kali dan perlukan satu aksi spontan yang menghiburkan hati bukan menyakitkan. Ya…mahu buat lawak bukan perkara yang mudah, ianya lebih sukar dari menyanyi yang hanya perlu berdiri di atas pantas dan menghafal lirik lagu dan melodinya dan oleh sebab itulah kajian itu perlu sebelum membuat lawak! Aku tahu mereka semua amatur. Tapi, kamon….inikan zaman internet. Jujurnya, aku hampa. Oleh kerana kehampaan yang begitu tinggi, aku membawa diri.

Ambil buku dan bantal. Bukak kipas dan baring depan pintu. Akhirnya tertidur.

Takpe. Aku masih bagi peluang sebab mereka ini amatur. Banyak yang kena belajar.

– — – – – – – – – – PPPfttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – –

Aku ada satu teori tentang program realiti. Mahu berjaya, niat perlu suci dan tulus. Kenapa? Cuba tengok budak-budak program realiti (baca; musim awal-boleh dikira musim 1 hingga musim 3) yang menang (baca:walaupun dapat tempat ketiga atau naib johhan) mereka boleh dikatakan berjaya di dalam industri seni dan tidak terikat hanya pada satu bidang sahaja malah lebih dari itu (baca; pengacaraan, berlakon, deejay radio dan sewaktu dengannya). Ini kerana niat mereka betul! Masa awal-awal ditanya kenapa mahu masuk program? Jawabnya ringkas, mahu ubah nasib keluarga dan bantu keluarga. Tapi, kalau sekarang ditanya. Jawabnya, mahu jadi popular! Nawaitu tu pun dah salah. Bila dah menang, tak jadi apa pun. Haha. Ini teori aku. Tapi, macam betul jugak kan? 

p/s – Malam-malam layan bola dah tak kesorangan! Si Khaliff yang dah 3 bulan tu dah pandai tengok bola jugak! Oh ya! Jam tiga pagi, aku masih menulis!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s