Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LIGA BOLA TEMPATAN DAH TAK BOSAN..AKU PUN ADA TEMAN!

Malam-malam aku dah tak kesorangan lagi bila menonton bola sepak. Khaliff akan temankan. Entah kenapa anak aku yang sorang ni kadang-kadang agak payah nak tidur malam. Dia tak merengek, tak jugak menangis…cuma kadang-kadang macam agak gelisah. Tapi ada ubatnya. Bukak TV, bukak channel Astro Arena 801 dan layan bola sepak Liga Super Malaysia. Itu saja ubatnya dan Khaliff akan duduk diam, hanya memerhati peti telivisyen dengan penuh ghairah.

Melihat “orang-orang” kerdil di dalam peti berwarna yang asik berlari ke sana ke mari membuatkan Khaliff amat gembira. Aku tahu, dia suka bola dan aku pasti aku tak kan sunyi bila nak stay up malam-malam atau pagi-pagi buta hanya untuk tengok bola. Oh ya! Khaliff baru 3 bulan dan kakinya kuat menendang! Aku rasa budak ni esok ada potensi jadik pemain kebangsaan Malaysia dalam jangka masa dua puluh tahun lagi dan bawak nama negara ke Piala Dunia dan kali ini, pasti ada buku “Cerita Malaysia Sudah Ke Piala Dunia” yang ditulis oleh anak kepada Lucious Maximus pengarang kepada buku “Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia”!

Bila aku memerhatikan kehangatan Liga Super Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai “Astro Liga Super Malaysia” (baca; ditaja oleh Astro) boleh dikatakan mutu permainan agak meningkat sedikit berbanding musim-musim dahulu kala (baca; purbakala, boleh dikatakan zaman kejatuhan bola sepak Malaysia). Corak permainan lebih pantas dan laju dan aku juga agak terhibur dengan permainan mereka. Memanglah jika mahu dibuat perbandingan dengan Liga Inggeris umpama jauh panggang dari api, tapi sekurang-kurangnya liga bola sepak tempatan sudah ada menunjukkan improvisasi.

Boleh juga diperkatakan sokongan dari peminat-peminat bola sepak tanah air juga semakin ramai meningkat. Lihat sahaja di setiap perlawanan, jumlah penonton yang akan hadir ke stadium agak ramai dan aku masih teringat lagi semasa Piala Sumbangsih yang lalu melibatkan pertemuan antara Negeri Sembilan dan Kelantan, Lebuhraya PLUS dari Seremban hingga ke KL dipenuhi oleh peminat skuad Hobin Jang Hobin! yang mahu mara ke Stadium Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada skuad mereka. Begitu juga pertemuan antara Selangor dan Negeri Sembila baru-baru ini, Lebuhraya PLUS dipenuhi pula oleh penyokong skuad Merah-Kuning. Peminat tempatan sekarang lebih yakin untuk menyokong skuad kesayangan mereka dan kadang-kala perbualan di pejabat, kedai-kedai kopi dan lain-lain tempat pun berkisar dengan Liga Malaysia. Bukankah ini satu yang ajaib dan menyeronokkan?

Sebenarnya keyakinan yang datang di dalam sanubari peminat ini bukan datang secara tiba-tiba . Ini ditunjukkan dengan penampilan yang bergaya skuad bola sepak negara di persada antarabangsa malah skuad negara berjaya mengekalkan ibu segala emas Sukan Sea pada tahun lepas yang menambahkan keyakinan peminat tempatan untuk menyokong Harimau Malaya. Apapun, aku rasa bola sepak Malaysia akan kembali bersinar macam dulu-dulu di waktu zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar  Dahari.

p/s – Aku sokong N9 musim ni walaupun aku orang Selangor! HAHA!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s