Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PTPTN BIKIN AKU SAKIT PERUT DAN SERABUT.

Malam-malam (baca; pagi-pagi buta) begini aku masih tak mampu nak lelapkan mata. Dua perkara yang bikin aku susah. Sakit perut dan hutang. Aku sudah 2,3 kali masuk keluar toilet melepaskan hajat. Cis, ni semua gara-gara makanan di pasar malam yang aku beli petang tadi. Naya!

Hutang. Ya. Hutang! Bilalah akan berakhir…Ini penyebab keduanya.

Hutang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Bukan sekadar hutang wang ringgit dengan bank atau sesama manusia tetapi ada yang berhutang janji, hutang kerja, hutang belajar, hutang ibadat dan macam-macam lagi. Tetapi dalam banyak perkara hutang, isu hutang duit yang mendapat perhatian. Hutang wang dapat dikesan oleh BNM yang akhirnya mereka diisytiharkan muflis. Hutang wang sama ada hutang dengan bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mara dan pelbagai lagi memang menyusahkan kehidupan. Akibat kegagalan membayar hutang, ramai yang disenarai hitam. Mereka dihalang meminjam wang bagi urusan lebih penting termasuk membeli rumah atau ingin ke luar negara.

PTPTN. Aku berhutang. Kau berhutang. Kalian juga berhutang dengan PTPTN. PTPTN sinonim dengan budak-budak muda macam aku, kau dan kalian. Bagi aku, PTPTN macam satu penggalak hutang kepada budak-budak muda terutamanya budak U YANG BARU NAK KENAL DUNIA. Belum grad, sudah berhutang. Mahu langsai hutang, makan masa yang lama, 10 tahun? 12 tahun? mungkin 15 tahun? Mungkin sudah beranak pinak pun belum langsai lagi. Jalan penyelesaian? Bayar atau, tak payah bayar?

Entah. Sakit perut aku memikirkannya.

p/s –  Kalau convert jadi biasiswa ok jugak. Atau kalau Kerajaan sedia ada tak mahu hapuskan hutang PTPTN, apakata buat begini. Jika pelajar yang meminjam lulus dengan cemerlang DENGAN 1st Class Honours boleh convert jadi biasiswa, jadikan tajaan. Jika cuma dapat 2nd Class Upper, pinjaman dikurangkan kepada 70%. Jika 2nd Class Lower, 50% dan begitulah seterusnya. Janganlah hanya diberi kepada pelajar yang membuat pinjaman selepas 1 Januari 2010 sahaja. Bagaimana dengan kami, mereka dan kalian yang mendapat/membuat pinjaman lebih awal dari itu sedangkan kami semua lulus dengan cemerlang dengan mendapat kepujian kelas pertama atau setaraf? Tak kan mahu dikecualikan? Dengan maklumat terkini dari FOMCA yang menyatakan seramai 41 orang belia diisytihar muflis setiap hari, 1,086 penjawat awam diisytihar muflis tahun lalu wajar perkara PTPTN INI DIBERI PERHATIAN SEPENUHNYA OLEH PIHAK BERWAJIB. SILA AMBIL SERIUS DAN PERTIMBANGKAN!

One response

  1. sepol

    hahaha sendiri sign sendiri tanggung huhuhu

    Februari 1, 2012 at 12:33 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s