Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARGA KAMBING MAHAL, KENDURI AKIKAH SUKSES!

Macam biasa bila tiba waktu malam terutamanya waktu malam yang panjang dan esoknya cuti pulak, mata aku memang susah nak terkatup rapat. Susah mahu tidur. Susah mahu lelap. Aku lebih rela untuk duduk depan tv,bukak rangkaian channel movies dan layan sampai Subuh. Lain dari tu, aku menulis. Ya, macam entri yang sedang kamu semua baca ni. Entri di awal pagi yang hening.

Biasalah, aku memang suka menulis di waktu pagi. Sunyi, senyap dan tenang. Tiada apa yang mengganggu. Mahu fikir lebih elok waktu-waktu begini. Mahu buat assignment pun lebih afdal dibuat waktu ini.

– – – – – – – – – PPPffftttttttttttttttt – – – – – – – – – –

Minggu lepas, Ahad malam Senin kenduri akikah anakku berjalan dengan lancar. Se-ekor kambing telah ditumbangkan di Batu Pahat, lagi se-ekor bakal disembelih di Kota Tinggi pula. Cukup dua ekor untuk anak lelaki bagi majlis akikah. Cerita pasal kambing, sekarang harga bagi se-ekor kambing memang mahal. Kambing yang aku beli adalah dari jenis biri-biri, bersaiz sederhana besar (baca; berat lepas di sembelih dapatlah sekitar 20kg lebih) berharga RM780 (baca; harga sebenar RM800, dapatla kurang 20 henggit). Kalau nak beli kambing, zaman sekarang ni jika tak ada RM700 dan ke atas tak payah nak borak lebih la. Kalau tahun-tahun sudah, terutamanya sekitar tahun 1990an ke tahun 2000, harga kambing jauh lebih murah. Mengikut cerita-cerita dari pak cik-pak cik aku, dulu se-ekor kambing hanya berharga RM200 nak murah dari tu pun ada!

Yang menghairankan aku, kenapa boleh terjadi begini? Kenapa harga barangan, produk dan services semakin lama, semakin mahal walhal dari sudut ekonominya negara sudah mencapai tahap sebagai sebuah negara yang berekonomi tinggi, berdaya saing dan maju? Perlukah dengan setiap kali naik tahun baru, harga barangan juga perlu dinaikkan? atau setiap kali gaji kakitangan Gomen dinaikkan, juga harga produk perlu dinaikkan? Jangan cakap pasal kambing je, harga-harga barang lain pun mencanak naik. Mas kahwin? HAHA. Tok sah cerita la kawan, kalau dalam bank setakat ada 10 riban, mak mertua tak kan layan punya!Kuih karipap bersaiz regular pun sudah naik harga, 50 sen sebiji. Apa cerita?

Ok, berbalik kepada kenduri akikah tadi (baca; bukan upacara “ritual” KEKAH yang selalu dilakukan oleh mat-mat rempit) sebenarnya diadakan bersekali dengan kenduri doa selamat bagi ibu, ayah, adik, nenek dan mak cik ku yang bakal berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah pada bulan Mac ini. Jadi, untuk program kenduri kali ini, satu kampung Linau Kecil, Bukit Pasir, Batu Pahat telah dijemput. Saudara-saudara jauh dan dekat juga dijemput, malah ada saudara jauh dari Kedah turut turun hadir ke kenduri ini, alangkah beruntungnya kami sekeluarga.

Apapun, semoga majlis kenduri tersebut mendapat rahmat dari Illahi. Juga semoga perjalanan ibu, bapa, adik, nenek dan mak cik ku yang bakal berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dipermudahkan segalanya.

p/s – Supply exceed demand? Demand exceed supply? The higher the price of a product, the less of it people would be prepared to buy of it. Jadi, apa kaitannya dengan kambing?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s