Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ORANG SINGAPORE KALAU KAT HIGHWAY….

Lions XII tewas di tangan Terengganu satu berbalas kosong. Ternyata, Lions XII tidak ke mana walaupun serangan bertali arus dilancarkan pada separuh masa pertama dan kedua. Babak kedua, Lions XII semakin jinak dan ramai pula pemain yang pancit dan kejang otot, Izwan Mahbud tidak terkecuali (baca; entah kenapa aku agak anti sedikit dengan GK Singapura ni, mungkin dalam banyak perlawanan sebelum ini yang membabitkan Malaysia, GK ini sering bernuat/berniat jahat kepada pemain-pemain Harimau Malaya dan juga sering “pura-pura” kejang otot, sakit kaki dan sewaktu dengannya demi melengahkan masa. Juga, beliau ini merupakan antara “pelakon” terbaik atas padang kerana begitu bijak bermelodrama di depan gawang gol sendiri).

Tahniah Terengganu. Walaupun yang menjaringkan gol adalah pemain import, Francis Doe tapi ia merupakan satu jaringan yang cantik dan padu terus ke sudut kiri gawang gol Singapura. Gol ini berjaya melenyapkan sedikit sebanyak keangkuhan ribuan penyokong Singapura yang tidak sudah-sudah mem”boo” pemain Terengganu setiap kali mereka pegang bola.

Tapi, adakah ini juga dapat melenyapkan keangkuhan orang Singapura ketika mereka memandu di atas jalan-jalan raya Malaysia (baca; terutamanya lebuhraya)? Aku biasa pulang ke kampung di Johor, jadi sudah tentulah kerap menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Setiap kali menggunakan lebuhraya itu, sudah pasti akan bertembung dengan kenderaan yang didaftarkan di Singapura. Mereka ini, kalau menggunakan lebuhraya PLUS, macam orang lupa diri. Bawak kereta sederas yang mungkin, selaju yang mungkin, sepantas yang mungkin hingga mengundang bahaya kepada pemandu dan pengguna lebuhraya yang lain. Paling menjengkelkan, sudah beberapa kali aku ternampak pemandu-pemandu dari Singapura ini sering menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain dan sudah tentulah memandu kenderaan mereka dengan amat laju ketika overtake untuk ke lorong kecemasan! Mereka tidak pernah menghormati undang-undang lebuhraya kita, apatah lagi pemandu-pemandu lain. Tahi.

Aku faham yang kenderaan mereka semua adalah kenderaan mewah. Super car. Sport Car. Hyper Car. Tak kanlah deme mau bawak slow? Tak gereklah bawak Ferari, tapi slow. Tak gempaklah bawak Audi tapi perlahan macam siput babi dan tak cunlah bawak Skyline tapi tak main lampu dari jauh! Dah alang-alang masuk highway Malaysia, tiga lane lagi….berdesuplah mereka. Kemaruk nak race gamaknya! Tapi, itu bukan alasan. Undang-undang tetap undang-undang dan mereka perlu patuh kepada undang-undang. Mahu lajupun, biarlah berpada dan jangan sampai memudaratkan orang lain!

Sudahlah memandu laju, buang sampah pula merata-rata. Apa kamu ingat highway Malaysia ni insenarator ke atau tempat pembuangan sampah? Minggu lepas, ketika aku mahu pulang ke kampung di Batu Pahat, dengan slumber badak beruk mat yeh, sebuah kereta Singapura membuang plastik sampah. Salah satu sampahnya melekap betul-betul di windscreen kereta aku. Sungguh kurang ajar. Dasar Kiasu! Inikah yang dikatakan rakyat Singapura peka dengan kebersihan dan berdisiplin? Atau adakah mereka peka dengan kebersihan di negara sendiri dan membuat kekotoran di negara orang? Perlakuan yang ditunjukkan oleh pemandu Singapura ini sama sekali tidak menyerlahkan mereka sebagai orang yang berdisiplin dan bersih. Mungkin di republik itu mereka patuh pada undang-undang. Tetapi apabila di Malaysia mereka bagaikan baru terlepas dari kandang dan tidak menghormati undang-undang negara ini.

Cis bedebah!

p/s – Kete ampa besaq, tu pun gomen ampa sapot. Ceh! Pui!

12 responses

  1. NW

    Nak buat macam mana, diorang punya highway tak se’best’ highway kat malaysia. tu sebab serupa orang jakun bila masuk malaysia….

    Januari 29, 2012 at 3:03 am

  2. faerrin

    org singapore mmg kiasu

    Januari 30, 2012 at 12:25 pm

  3. misae

    tu baru tengok diorang bawak kereta kt PLUS…cuba tengok diorang bwk kereta kt sekitar bandaraya johor bahru lagi sakit hati (dah 19 tahun membeso kat JB…dah masak sangat perangai diorang ni)

    Januari 31, 2012 at 1:40 am

    • faerrin

      Diorang tak takut dengan undang2 kita. sebab tu diorang berani.

      Februari 1, 2012 at 12:34 am

  4. shasa

    5 tahun menghadap orang singapore (singapork)..baru tau,singapura negara yg mmbangun n maju tp rakyat perangai serupa binatang..berlagak kaya tp sebenarnye miskin..makan kat JB,isi minyak kt JB,beli brg dapur kat JB,kencing berak pun kat JB…nak2 kalo bangsa boyan..

    Februari 1, 2012 at 10:13 pm

  5. Memang terasa juga. Harap-harap kita tak jadi macam mereka.

    Februari 2, 2012 at 11:16 am

  6. Ijat

    Aku tak kisah dia orang bawa laju kat hway malaysia, tapi kalau kena saman, bayar lah ! jangan nak bawa ke mahkamah, bermacam-macam alasan diberi kerana tak nak bayar, dan akhir sekali akan memburuk-burukkan negara kita. Kalau nak dikira, lebih daripada separuh kenderaan singapore tak boleh masuk Malaysia kerana mereka tak pernah bayar saman bila disaman. Yang paling aku menyampah dan meluat, orang singapore memang berdisiplin di negara mereka, tapi bila masuk ke negara kita, langsung tak ada disiplin mengalahkan orang purba yang tinggal dalam gua batu, ini kerena aku pernah jadi “mangsa” balingan botol minuman di lebuhraya, aku bgi api kerana marah, dia memberik keretanya dgn tiba-tiba disebelah aku dan tunjuk penumbuk, nasib baik aku bersabar kerana aku takut sebab anak-anak kecil aku ada dalam kereta. Itulah kalau manusia merasa diri mereka bagus, kaya, bertamadun dan lain-lain lagi daripada orang lain. Sebenarnya negara kita tak pernah menjemput orang-orang seperti ini datang bertandang ke negara kita.

    Februari 5, 2012 at 4:24 am

  7. Abdul Razak

    Harap di maklumkan pada semua yang membaca,
    Sebagai pengetahuan Tuan2 yang di Hormati tidak semua kenderaan berdaftar di Singapura kepunyaan ra’ayat Singapura.Undang2 disini mewajibkan semua pekerja2 yang memegang permit kerja tidak di benarkan memandu kenderaan berdaftar di Malaysia maka itu semua ra’ayat Malaysia yang bekerja tak kira pekerja biasa atau berjawatan tinggi di Singapura memandu kenderaan mewah berplatekan Singapura.
    Masa mereka ini terlalu singkat untuk berulang alik dari Malaysia ke seberang maka itu mereka ini lah yang tergulungan memandu macam pelesit.
    Ra’ayat Singapura bila ke Malaysia sudah tentu mempunyai waktu yang panjang ia itu bercuti dan akan secara santai masa memandu di Malaysia kerna mereka2 ini ingin menikmati pemandangan yang indah masa dalam perjalanan terutama melalui Pantai Timur.
    Maka itu jangan lah kita buruk sangka terhadap apa yg terjadi di jalan raya sana dan terburu buru menyalahkan semua orang.Apa yang berlaku ini bila kita menuding jari telunjuk ke orang itu dan kita harus ingat ada 4 lagi jari yg menuding ke diri sendiri.
    Saya sendiri mempunyai saorang kenalan ra’ayat Malaysia diSingapura yang memandu Merz’S’380 beliau ini setiap hari cuti akan pulang ke Johor dengan memandu kereta berdaftar di Singapura kerna beliau Pegawai tinggi dalam Syarikat perbankan disini.
    Saya harap bersangka baik lah kepada semua agar apa yang kita dapat semuaNya baik.
    Akhir sekali saya memohon maaf jika penulisan saya ini menyinggung perasaan anda.
    Sebagai pengetahuan semua saya anak salah saorang insan yang duluNya raayat Malaysia juga tetapi telah menetap di Singapura dan menjadi raayat Singapura sampai hari ini.Bila saya membaca atikal ini saya tak sangka raayat Malaysia yang saya sanjung dengan beraklak dan berbudi bahasa tinggi telah berubah,ini berkemungkinan pengaruh dan gejala gejala arus permodenan yang pesat.

    Mac 4, 2012 at 4:11 am

  8. herbalis

    memang kiasu ler dia orang ni

    Mac 29, 2012 at 4:33 am

  9. makra

    abdul razak, x kisahla dia rakyat malaysia ke, singapore ke, kalau kete plat singapore, mesti kurang ajar… tu masalah dia la masa singkat, abis orang lain ada banyak ke masa?

    April 1, 2012 at 8:53 am

  10. Morsi (bukan nama sebenar)

    AES menyekat kebiadapan mereka di jalan raya … sekian.

    Julai 5, 2013 at 9:15 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s