Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Februari, 2012

HARIMAU MALAYA LAWAN SAMURAI BIRU

Malam ini Harimau Malaya menentang Samurai Biru.
Ada can ke Harimau Malaya mahu baham Samurai Biru? Atau, adakah balingan kunai Samurai Biru tepat ke mata penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi?

Sama-sama kita nantikan malam ini. Aku harap ada keajaiban dan pastinya corak serangan yang impressive perlu digunakan bagi menjatuhkan pihak lawan.

p/s – Walaupun dah “out” dari kempen kelayakan Olimpik, biarlah berjuang berhabis-habisan. Kalau kalah pun, biarlah bermaruah!

oH..dah lama aku tak update blog ini, sebuk mengarang novel!

Advertisements

AKU MAHU TULIS NOVEL. AKU SERIUS!

Aku dalam perancangan untuk buat novel. Novel apa? Heh! Aku sudah ada konsepnya

Aku terfikir mahu tulis pasal perang. Komando. Pasukan khsusus. Operasi-operasi sulit. Bom sana. Bom sini. Selamatkan tebusan. Helikopter. Pendaratan HALO dan HIHO. Payung terjun. AK-47. M4 Carbine. M203 Grenade Launcher. Nigh Vission Google. CQB. Ya…aku seperti mahu tulis pasal benda itu. Sudah lama aku terfikir mahu lakukan benda ini, tapi tak berjalan-jalan. Bila sudah draft, aku simpan. Bila sudah plan dan tulis rangkanya…aku simpan lagi. Bila aku cari balik benda-alah yang aku dah tulis dan draft. Hilang, tak jumpa. Terus terbantut. Haram nak buat.

Ya! malam ini. malam yang keramat. Aku tak mahu draft. Tak mahu rangka. Aku terus tulis. Tulis sambil idea-idea yang banyak menaglir laju sampai aku tidak tahu mana satu yang perlu aku tulis dahulu. Aku biarkan sahaja ianya mengalir macam air paip yang dibiarkan terbuka. Dibiarkan membazir sampai bil air pun naik dan bikin mak dan bapak kamu semua marah.

Akhirnya…aku dapat siapkan dua page. dan. aku berhenti. Idea tiba-tiba stop dan hilang. Aku berhenti dan berkata sesuatu dalam keadaan bermonolog.

“Cis ada baiknya kalau aku buat draft dulu”

p/s – Aku serius mahu buat novel! Mana publisher? Heh!


ESOK KERJA, JADI JANGAN LUPA.

Cuti empat hari merupakan satu tempoh yang agak lama. Hal pejabat tak perlu fikir. Hiruk pikuk dan keributan pejabat tidak pernah terlintas di benak fikiran dalam tempoh empat hari ini. Esok, semuanya berakhir. Perlu kembali kepada sistem asal dan tentu-ukur jam biologi supaya tepat seperti sediakala.

Empat hari duduk di rumah, buang masa, tajamkan skil memasak dan jaga anak sambil layan movies.Mahu berjalan jauh pun, ada banyak kekangan dan halangan. Jadi apa boleh buat selain dari itu? Duduk sahajalah di rumah.

Malam ini kena tidur awal. Alarm kena set dan niat bangun awal, jangan sampai terlepas, terlupa atau terlajak. Apa yang pasti, jam 5:30 pagi esok perlu bangun. Siapkan segalanya dan bergerak menyelusuri lebuhraya di hening subuh suci.

p/s – Malasnya gue! Bulan Mac ngan April langsung tak de cuti umum! Cis!


KALAH, KALAH, KALAH DAN KALAH LAGI

Kalah, kalah, kalah dan kalah lagi. Itulah, leka lagi. Cuba control ball tu elok-elok. Cuba main laju macam biasa. Ini tidak, asek hilang bola tak pasal-pasala terus kena sumbat 2 biji. FOKUS!

Tumpas kali kedua di tanggan Bahrain sudah cukup memalukan selepas tewas di tempat sendiri di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri pada perlawanan sebekum ini.

Masihkah ada sinar Malaysia untuk terus ke Olimpik London?

p/s – Dah pagi rupanya!


LUPA…

Jam 5.15 pagi di Alor Gajah, Melaka. Lecture mengejutkan aku untuk bangun dan bersiap kerja. Aku perlu bangun awal untuk ke pejabat. Berulang-alik dari Melaka ke KL saban hari adalah rutin hidupku kini. Jadi, untuk mengelakkan kesesakan trafik yang teruk di Sungai Besi, bangun awal dan gerak awal adalah kesimpulannya.

Biasanya aku tangguhkan aktiviti tidur dan melajakkannya 15 minit lagi. Jadi, aku bangun jam 5:30 pagi. Macam biasa dan macam selalu. Dalam keadaan yang mamai, aku capai tuala, mandi, bersiap dan berkemas. Siap semuanya, aku bukak tv saluran Astro Oasis sementara menanti Bang Subuh. Biasanya saluran ini menyediakan bacaan-bacaan zikir dan Al-Quran di awal-awal pagi dan ianya elok untuk didengari sambil dapat menghidupkan Subuh hari. Tenang sikit. Iyalah, kalau di pejabat, segalanya kelam-kabut. Tak menang tangan, jadi tenaga dalaman perlu ditingkatkan melalui bacaan ayat-ayat suci ini.

Lebih kurang jam 6:15 pagi, azan subuh berkumandang dan terus solat subuh. Siap. Enjin kereta pula dipanaskan. Siap semuanya dan bersalaman dengan lecturer, aku masuk kereta dan undurkan kereta. Baru nak memacu ke hadapan, aku teringat hari ini 1 Februari 2012. Cuti hari Wilayah Persekutuan. Lecturer yang dari tadi setia berdiri di depan pintu pagar terus menyapa aku.

“Kenapa tak gerak-gerak lagi bang?”

“Hari ni cuti rupanya, baru teringat…”

“Cuti? cuti apa?”

“Cuti hari wilayah…KL, Putrajaya, Labuan semua cuti…”

“Lah…tak tau pulak…kenapa tak alert semalam?”

“Heh! Lupa”

Ringkasnya…aku masuk balik rumah dan sambung tidur.

p/s – Selamat bercuti! Minggu depan ada cuti lagi…yang itu komfom aku tak lupa. Heh!