Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LUPA…

Jam 5.15 pagi di Alor Gajah, Melaka. Lecture mengejutkan aku untuk bangun dan bersiap kerja. Aku perlu bangun awal untuk ke pejabat. Berulang-alik dari Melaka ke KL saban hari adalah rutin hidupku kini. Jadi, untuk mengelakkan kesesakan trafik yang teruk di Sungai Besi, bangun awal dan gerak awal adalah kesimpulannya.

Biasanya aku tangguhkan aktiviti tidur dan melajakkannya 15 minit lagi. Jadi, aku bangun jam 5:30 pagi. Macam biasa dan macam selalu. Dalam keadaan yang mamai, aku capai tuala, mandi, bersiap dan berkemas. Siap semuanya, aku bukak tv saluran Astro Oasis sementara menanti Bang Subuh. Biasanya saluran ini menyediakan bacaan-bacaan zikir dan Al-Quran di awal-awal pagi dan ianya elok untuk didengari sambil dapat menghidupkan Subuh hari. Tenang sikit. Iyalah, kalau di pejabat, segalanya kelam-kabut. Tak menang tangan, jadi tenaga dalaman perlu ditingkatkan melalui bacaan ayat-ayat suci ini.

Lebih kurang jam 6:15 pagi, azan subuh berkumandang dan terus solat subuh. Siap. Enjin kereta pula dipanaskan. Siap semuanya dan bersalaman dengan lecturer, aku masuk kereta dan undurkan kereta. Baru nak memacu ke hadapan, aku teringat hari ini 1 Februari 2012. Cuti hari Wilayah Persekutuan. Lecturer yang dari tadi setia berdiri di depan pintu pagar terus menyapa aku.

“Kenapa tak gerak-gerak lagi bang?”

“Hari ni cuti rupanya, baru teringat…”

“Cuti? cuti apa?”

“Cuti hari wilayah…KL, Putrajaya, Labuan semua cuti…”

“Lah…tak tau pulak…kenapa tak alert semalam?”

“Heh! Lupa”

Ringkasnya…aku masuk balik rumah dan sambung tidur.

p/s – Selamat bercuti! Minggu depan ada cuti lagi…yang itu komfom aku tak lupa. Heh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s