Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ESOK KERJA, JADI JANGAN LUPA.

Cuti empat hari merupakan satu tempoh yang agak lama. Hal pejabat tak perlu fikir. Hiruk pikuk dan keributan pejabat tidak pernah terlintas di benak fikiran dalam tempoh empat hari ini. Esok, semuanya berakhir. Perlu kembali kepada sistem asal dan tentu-ukur jam biologi supaya tepat seperti sediakala.

Empat hari duduk di rumah, buang masa, tajamkan skil memasak dan jaga anak sambil layan movies.Mahu berjalan jauh pun, ada banyak kekangan dan halangan. Jadi apa boleh buat selain dari itu? Duduk sahajalah di rumah.

Malam ini kena tidur awal. Alarm kena set dan niat bangun awal, jangan sampai terlepas, terlupa atau terlajak. Apa yang pasti, jam 5:30 pagi esok perlu bangun. Siapkan segalanya dan bergerak menyelusuri lebuhraya di hening subuh suci.

p/s – Malasnya gue! Bulan Mac ngan April langsung tak de cuti umum! Cis!

Tinggalkan komen