Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mac, 2012

GADIS REMAJA SEKARANG…

Budak perempuan (baca; gadis remaja) zaman sekarang aku rasa lebih suka hidup di luar rumah dengan boifren masing-masing berbanding hidup dengan mak dan bapa. Iyalah, hidup bebas. Boleh beromen tiap hari tanpa segan. Bercumbu saban waktu tanpa silu macam kuda liar. Kenapa aku utarakan hal ini? Manakan tidak, saban hari ada sahaja kes remaja/gadis yang “hilang” atau “diculik” dan perkara ini dah macam jadi satu trend terkini pula. Lepas satu kes, menyusul satu kes yang lain.  Kalau kena culik betul-betul tak apalah jugak, ini ada yang mereka-reka cerita kononnya diculik dan dibawa lari ke Siam untuk dijadikan pelacur walhal, hakikatnya tidak dan kebanyakkan kes, gadis-gadis remaja ini menghilangkan diri bersama teman lelaki masing-masing.

Pelik.

Lebih menghairankan, kenapa budak-budak ni semua berani berbuat demikian hingga sanggup membelakangkan keluarga, meninggalkan ibu bapa dan lari begitu sahaja tanpa sebarang berita dan nota. Apa tujuan mereka berbuat demikian? Tidakkah mereka fikir masa depan mereka? Tidakkan mereka terfikir akan sebab dan akibatnya? Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka ini bakal menyusahkan diri sendiri dan semua orang secara langsung dan tidak langsung.

Dangkal sungguh pemikiran budak-budak ni dan sungguhlah murah maruah mereka. Bak kata member aku, budak-budak zaman sekarang ni kalau bagi berger spesial tepi jalan pun dah boleh bawak ke katil satu malam! Kalau mahu bermalam-malam, belikan terus kedai berger tersebut. Komfom!

Bila sudah lari dari rumah, mulalah si ibu dan si bapa muncul di kaca tv meminta bantuan dari orang ramai untuk mencari gadis remaja mereka.  Bapa akan memberikan kenyataan di media, ibu dibelakang menangis kesyahduan teresak-esak sambil merayu supaya si anak perempuannya pulang ke rumah. Ini antara ayat-ayat yang biasa kita dengar di kaca tv…

“Pulanglah sayang…mama janji mama tak kan marah lagi…”

“Baliklah…kami semua sayangkan kamu”

Tak kanlah mak dan bapak marah sikit sudah mahu cabut lari. Tak kanlah tidak boleh ditegur oleh ibu dan bapa. Jika ada buat silap atau buat salah ibu bapa ada hak menegur anaknya. Jadi sebagai anak, admit sahajalah. Terima. Tak kan kerana ditegur dan dimarahi sudah terasa hati lalu terus membawa diri kepada sang kekasih arjuna tapa yang memang “sedang tunggu time” untuk melahap. Aiya!!!

Hai lah gadis remaja oi! Bawak-bawaklah fikir sedikit. Janganlah nak difikirkan “sedap” dan “nikmat” sahaja. “Sedap” dan “nikmat” yang sementara tu boleh tahan sampai bila dik oi? Esok atau lusa kamu bakal ditinggalkan. Merempatlah kamu macam kain buruk kotor yang terpalit najis lembu di tepi-tepi jalan.

p/s – Muka pecah, ayat power!

Advertisements

DUNIA HARI INI. MALAYSIA HARI INI.

Dunia hari ini tidak pernah sunyi dari bermacam perkara yang merungsingkan. Perang. Krisis makanan. Politik kotor. Pemerintahan kejam dan kuku besi. Masalah kebuluran. Ahli politik yang saling bertikam lidah bergaduh dengan bermodalkan cerita seks/blue film. Gejala gay dan lesbo. Bapok dan pondan. Kedai mamak kotor dan bermacam perkara lagi yang memeningkan kepala. Selagi dunia belum kiamat, inilah permainannya.

Di Timur tengah sebuk dengan revolusi dan penggulingan kuasa. Rakyat turun ke jalan raya buat demo. Permerintah lihat dari jauh dengan penuh kegeraman dan kegusaran, apa lagi senjata dan bala tentera digerakkan bagi menghapuskan kuasa rakyat di jalanan. Peluru dan bom hanya berlawankan batu dan semangat waja rakyat. Siapa yang menang dan siapa yang tumpas? Komfom pemerintahlah yang menang, tapi soalnya adakah kemenangan secara zahiriah itu adalah sebuah kemangan yang total? Hari demi hari semangat kebencian rakyat kepada pemerintah semakin meluap-luap. Konfrontasi semakin menjadi-jadi. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku di Timur Tengah nanti.

Malaysia tidak terkecuali. landskap politik Malaysia bertukar wajah selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apa yang membeza dan merencanakan senario politik Malaysia hari ini adalah pengundinya hari ini lebih berpendidikan, celik IT dan tidak menerima bulat-bulat laporan media tradisional (baca; media arus perdana). Rakyat sudah pandai turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidak puasan hati mereka setelah pelbagai medium yang cuba digunakan tidak mendapat restu pemerintah. Perubahan dan perkembangan ini memaksa semua pihak yang terlibat dalam proses politik tanah air menilai semula pendekatan dan cara mereka menangani karenah dan tuntutan pengundi era baru. Kalau dulu, janji-janji pembangunan sudah memadai untuk memikat pengundi, kini ia mungkin tidak mempesonakan lagi. Apapun, perkara yang bakal menarik pastinya berlaku semasa pilihanraya umum ke-13 nanti. Juga, mari kita tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti.

p/s – Makin dekat nak PRU makin banyak pulak cerita blue! Hip-hip Hooray!!


ZAMAN SEKARANG (3)…

Zaman sekarang ni, hidup semakin sukar. Mahu ke sana dan ke sini semuanya pakai wang. Ke hulu dan ke hilir pun guna duit. Pakai duit pulak macam pakai air paip, mengalir laju dan deras selaju Niagara Waterfall. Mahu guna jalan raya/lebuh raya ada ongkosnya. Mahu guna toilet pun ada bayarannya. Semuanya pakai duit dan tiada yang free. Benar kata orang, duit bukan segala-galanya tapi, segala-galanya perlukan duit.

Cari duit zaman sekarang pun bukan senang. Kena kerja dulu, cukup bulan dapatlah duit nak bagi anak bini makan. Itu cara baik. Kalau cara jahat dan pantas serta lebih menguntungkan, pergi rompak bank atau mana-mana kedai emas dan hasilnya lebih banyak dari kerja makan gaji. Tapi ada pula risikonya. Kalau tak kena potong tangan, entah esok atau lusa merengkoklah dalam penjara. Tu baru hukum dunia, hukum akhirat? Sendiri mau ingat.

Cerita bab cari kerja ni pula. Mahu cari kerja pun bukan senang. Kena compete dulu dengan beribu-ribu siswazah di luar sana tu. Gaji ciput? Belakang kira, yang penting dapat kerja dan dapat duit yang halal. Status pekerjaan? Kontrak? Sementara? Apa boleh buat, dah itu realiti zaman sekarang. Kenalah bersabar.

Mahu cari duit zaman sekarang memang cukup mencabar, lagi-lagi bila kos sara hidup semakin meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Alasan kenaikan kos sara hidup? Huh…seperti biasa, jawaban tipikal dari syarikat konglomerat…”Kesan langsung dari kos pengeluaran/operasi dan bahan mentah dunia yang semakin hari, semakin meningkat. Tidak dapat tidak, terpaksalah menaikkan kos tersebut”. Kita selaku pengguna, semakin hari semakin ditekan dan  mengikut sahaja kehendak hati syarikat konglomerat ini dalam keterpaksaan. Hidup di kampung atau bahagian pendalaman Mlaysia mungkin tidaklah terasa dan terkesan sangat, tapi bagaimana pula kesan langsung hidup di bandar besar macam Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang? Dengan pendapatan yang cuma lebih kurang RM2500 sebulan memang tak kan cukuplah malah dikategorikan sebagai “miskin bandar” pula. Duit yang ada diguna untuk bayar itu dan ini, bil itu dan ini, tol itu dan ini, caj itu dan ini habis macam tu sahaja. Silap-silap, mahu buat simpanan pun tak da. Jadi, makanlah nasik berlaukkan ikan masin dan kicap tiap hari kalau bosan, mee maggi lah jawabnya. Cukup? Heh, manusia tak kan pernah rasa cukup.

p/s – Gila!


ZAMAN SEKARANG (2)…

Zaman sekarang budak-budak SPM dapat berbelas-belas dan berpuluh-puluh A tu dah tak hairan. Kalau amek  setakat 9 subjek standard, then A pulak ke-sembilan ke-sembilan subjek tu lagi lah boh-layan. Setakah 5,6,7 A tu orang dah tak pandang. Langsung tak de A lagi lah duduk tepi jalan.

Tapi adik-adik sekalian. Zaman sekarang bukan zaman yang mudah. Zaman sekarang zaman brutal. Kalau dapat berpuluh A sekali pun tak mencerminkan kamu semua berjaya dalam hidup di masa depan dan jangan kata budak yang tak de A langsung yang kena duduk tepi jalan tu tak boleh membina masa depan yang gemilang satu hari nanti. Nak hidup zaman sekarang ni susah beb.

Ok, bagi yang dah berjaya dapat berpuluh A bolehlah apply mana-mana Universiti, amek asasi atau sambung matriks atau ke tingkatan enam untuk membina kerjaya dan karier di masa hadapan. Ingat, belajar rajin-rajin dan cubalah bina softskill sekali. Apa itu softskill, sila google untuk keterangan lanjut, ok!

Bagi adik-adik yang dah pelingkup dapat result buruk macam kain lap kaki depan jamban kedai mamak, baik pergi cuba, try, acu dan test mana-mana uji bakat program realiti tv, kot-kot ada peluang jadik bintang “mee segera”. Kalau tak berpeluang, jangan risau. Gunakan teknologi dan kecanggihan gadget moden zaman ini. Apa yang diperlukan? Sedikit bakat seni muzik, suara yang “ala-kadar” dan “bolehlah tahan”, rupa yang sedikit menarik dan pandai bermain instrument muzik sekurang-kurangnya gitar. Buat lagu ringkas pasal cinta, pasal fb, pasal twiter ke. Rakam dan upload dalam Youtube. Kemudian, tunggulah nasib anda. Untung sabut timbul…ye tak?

p/s – Hidup ini susah kalau kao berjalan lurus bendul.


ZAMAN SEKARANG (1)…

Zaman sekarang tak kira tempat jenayah bunuh, bakar, culik, hilang, kena guni dah macam trend terkini. Makin lama makin menjadi-jadi. Silap-silap haribulan entah esok atau lusa berlaku pulak di kejiranan kita atau sebelah rumah kita. Aku tak berapa faham kenapa hal sebegini berlaku. Kenapa masih ada manusia yang begitu tergamak untuk melakukan perkara-perkara brutal sedemikian rupa? Hilangkah rasa kasih sayang di dalam diri atau terdapat desakan lain hingga tergamak melakukan kekejaman sedemikian rupa?

Aku hairan.

Manusia moden zaman sekarang makin jumud. Hilang pedoman. Hilang kewarasan. Zaman makin maju kehadapan tapi nilai hidup sebagai manusia lenyap entah kemana.

p/s – Tak kan Melayu hilang di dunia! Itu pesan Hang Tuah, tapi kalau yang tinggal cuma Melayu bengap nak buat apa? Ada betulka?