Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ZAMAN SEKARANG (3)…

Zaman sekarang ni, hidup semakin sukar. Mahu ke sana dan ke sini semuanya pakai wang. Ke hulu dan ke hilir pun guna duit. Pakai duit pulak macam pakai air paip, mengalir laju dan deras selaju Niagara Waterfall. Mahu guna jalan raya/lebuh raya ada ongkosnya. Mahu guna toilet pun ada bayarannya. Semuanya pakai duit dan tiada yang free. Benar kata orang, duit bukan segala-galanya tapi, segala-galanya perlukan duit.

Cari duit zaman sekarang pun bukan senang. Kena kerja dulu, cukup bulan dapatlah duit nak bagi anak bini makan. Itu cara baik. Kalau cara jahat dan pantas serta lebih menguntungkan, pergi rompak bank atau mana-mana kedai emas dan hasilnya lebih banyak dari kerja makan gaji. Tapi ada pula risikonya. Kalau tak kena potong tangan, entah esok atau lusa merengkoklah dalam penjara. Tu baru hukum dunia, hukum akhirat? Sendiri mau ingat.

Cerita bab cari kerja ni pula. Mahu cari kerja pun bukan senang. Kena compete dulu dengan beribu-ribu siswazah di luar sana tu. Gaji ciput? Belakang kira, yang penting dapat kerja dan dapat duit yang halal. Status pekerjaan? Kontrak? Sementara? Apa boleh buat, dah itu realiti zaman sekarang. Kenalah bersabar.

Mahu cari duit zaman sekarang memang cukup mencabar, lagi-lagi bila kos sara hidup semakin meningkat hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Alasan kenaikan kos sara hidup? Huh…seperti biasa, jawaban tipikal dari syarikat konglomerat…”Kesan langsung dari kos pengeluaran/operasi dan bahan mentah dunia yang semakin hari, semakin meningkat. Tidak dapat tidak, terpaksalah menaikkan kos tersebut”. Kita selaku pengguna, semakin hari semakin ditekan dan  mengikut sahaja kehendak hati syarikat konglomerat ini dalam keterpaksaan. Hidup di kampung atau bahagian pendalaman Mlaysia mungkin tidaklah terasa dan terkesan sangat, tapi bagaimana pula kesan langsung hidup di bandar besar macam Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang? Dengan pendapatan yang cuma lebih kurang RM2500 sebulan memang tak kan cukuplah malah dikategorikan sebagai “miskin bandar” pula. Duit yang ada diguna untuk bayar itu dan ini, bil itu dan ini, tol itu dan ini, caj itu dan ini habis macam tu sahaja. Silap-silap, mahu buat simpanan pun tak da. Jadi, makanlah nasik berlaukkan ikan masin dan kicap tiap hari kalau bosan, mee maggi lah jawabnya. Cukup? Heh, manusia tak kan pernah rasa cukup.

p/s – Gila!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s