Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for April, 2012

LAGAK BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG

Budak-budak sekolah zaman sekarang memang cara. Mungkin lebih Kewl kononnya. Kenapa?

Balik sekolah, terus lepak di restauran makanan pantas. Lepak Mc D. Lepak KFC. Lepak kedai kopi yang menghidangkan kopi secawan dekat RM 20. Lelaki dan perempuan, sekali pukul…sekali jalan. Setakat makan Mc Chicken tak mainlah. Musti mahu Big Mac tak pun Mc Deluxe big size itupun kalau makan kat Mc D lah! Ipad, Iphone, Galaxy Note dibawa bersama. Lagak dan gaya macam ahli bisnesman berjaya yang gunakan gajet canggih untuk urusan perniagaan dan pembentangan projek berjuta-juta.

Huh. Tahi.

Bukak Iphone. connect wifi. Fesbuk juga dicari.Twitter juga dilayan. Najwa Latif juga didengar. Bosan

Update status sana sini, Tweet itu ini. Upload gambar bermuncung itik dan lain-lain hal lagi.

Budak-budak zaman sekarang semuanya budak high maintanance tak kiralah lelaki atau perempuan. Semuanya boros dan berbelanja besar. Juga berlagak dan poyo. Menunjuk-nunjuk. Riak dan takabur. Tak suka bersenam atau bermain bola di padang pada waktu petang tapi lebih suka lepak dan makan di kedai-kedai high standard yang ada kelas dan juga layan K-Pop. Chait!

Aku lebih suka style budak-budak zaman aku. Lepak pun kat kedai cendol bawah pokok. Bercerita pasal bola dan nak belasah berapa bijik team lawan (baca; team taman sebelah) untuk “match suka-suka” petang nanti. Bawak duit lebih kurang seringgit untuk sekolah pagi dan seringgit sekolah petang dan pandai-pandailah nak berjimat dan nak menyimpan duit. Zaman tiada gajet canggih macam android dan sewaktu dengannya (baca; budak-budak zaman sekarang salah guna untuk tengok benda-benda tak senonoh).

p/s – Dunia berteknologi dunia yang menyeramkan!

Advertisements

DADDY DAY AND NIGHT CARE

Pagi yang hening. Aku menulis. Tak dapat nak lelapkan mata. Anak di sisi. Tidur nyenyak, bergolek ke kiri dan kanan. Jari jempolnya dihisap-hisap macam puting susu pulak. Aku biarkan. Baru sahaja tadi susu diberi bagi menangani suara garaunya yang nyaring meminta-minta susu.

Oh….Rupanya sudah agak lama tak update. Macam biasa, alasan tipikal. Bizi.Aku tiada alasan lain selain dari alasan yang ini.

Bercerita pasal anak tadi bukan kerana apa. Aku sekarang menjadi “sura rumah” secara separuh masa kerana “orang rumah” sedang berkurusus 2 minggu. Satu tempoh masa yang agak lama dan panjang juga. Harap-harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. “Orang rumah” dapat bekursus dengan tenang dan sukses, si Khaliff pula tak lah merengek atau buat hal di sepanjang tempoh pemergian mummynya buat sementara waktu ini.

Oh….lamanya….

p/s – Malam ni aku terus overnight, layan Man U lawan Man City. Cara! Nasib baik esok cuti.


RAGAM DREBAR-DREBAR BAS EKSPRES

Aku seperti mahu menulis mengenai PTPTN. memandangkan isu ini begitu berapi-api baru-baru ini. Tapi entah kenapa, aku bantutkan dahulu plan aku itu dan bercadang untuk menulis mengenainya pada masa akan datang di kala isu itu semakin malap dan tenggelam. Tenggelam dek tak dipukul canang lagi oleh media tradisional. 

Oleh itu, aku ingin menulis mengenai hal lain. Hal Lebuhraya. Lebuhraya Utara Selatan (baca; PLUS).

Aku merupakan pengguna tegar lebuhraya ini. Boleh dikatakan aku berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur saban hari dan telah melakukannya (baca; berulang-alik dari Melaka-KL) hampir 2 tahun.  Cuba bayangkan sudah berapa kilometer aku berjalan atau sudah berapa ringgit aku gunakan untuk membayar tol dan menuang minyak ke tangki kereta? Bayangkan? Aku pikir, kalau dikumpul-kumpul duit itu, aku mampu membeli 4-5 biji Proton Preve High Spec! Atau 2 biji VW Golf GTi! Atau sebiji rumah banglo! Atau menunaikan umrah lebih dari 10 kali dan naik haji lebih 5 kali.

Kalau namanya sudah saban hari menggunakan lebuhraya ini, sudah tentu aku sudah masak dengan gelagat pengguna lebuhraya dan boleh dikatakan bermacam-macam ragam aksi mereka di atas lebuhraya seperti mana aku menulis sebelum ini pasal gelagat pemandu Singapura. Aku juga sudah boleh “baca” di tempat mana kebiasaannya akan berlaku kesesakan trafik. Laporan trafik? Abaikan…bidaah semata-mata!

Aku mahu beri sedikit komen sedikit mengenai gelagat brader-brader drebar bas ekspres kita. Boleh dikatakan mereka ini “sepesen”. Berkulit hitam manis, sawo matang. Berkaca mata hitam. Berkumis/bermisai dan menghisap rokok dan boleh dikatakan berstyle macho. Itu ciri-ciri luaran mereka.

Mereka ni kalau di lebuhraya boleh diibaratkan macam di atas litar F1! Laju! Memang laju. Lagi-lagi bas ekspres dari syarikat………………….TUT..!!!! Macam lahabau! Sudahlah memandu laju, memotong pula ikut suka hati mak, bapak, atok, nenek depa ja! Sat potong ikut line kiri, sat cilok masuk kanan lepas tu masuk tengah balik. Belum lagi dengan aksi mereka “membakar” amarah pemandu lain. Aku bagi contoh, aku pernah “dicucuk” oleh sebuah bas ekspres. Bas ini mengekori rapat kereta aku sambil mengangkat lampu tinggi berulang kali. Aku tak layan. Tidak juga ingin berlumba. Jadi aku maintain dengan halaju aku yang asal. Jadi, bila aku tak layan, pemandu ini agak berang dan terus mengambil line kiri dan memotong kereta aku sambil mencilok kembali ke lorong tengah dan kemudian, bas ini pulak bawak agak perlahan di depan aku. Macam nak balas dendam pulak! Untuk makluman, halaju aku lebih kurang 110 km/h ke 120 km/h ketika memandu dengan berhemah. Kalau kurang hemah dan hilang budi bahasa, aku boleh bawa lebih laju dari itu!  Jadi, berbalik kepada sifat pemanduan drebar-drebar bas ini, di mana sifat-sifat pemanduan berhemah mereka?

Kalau ini macam punya style bawak bas, aku rasa tak lama lagi akan ada tragedi berdarah di lebuhraya. Tengoklah. Yang menghairankan aku, brader-brader drebar bas ni tak pernah pulak serik. Tak pulak dijadikan teladan dengan apa jua yang tragedi yang sudah berlaku yang mengaitkan bas ekspres. Bukan sikit-sikit anak kemalangan ngeri yang melibatkan bas dan dah beratus nyawa dah melayang dek kecuaian drebar bas ni. Masih tidak insafkah?

Lebih menghairankan lagi, tiada ke tindakan dan penguatkuasaan dari mana-mana agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu dan kemelut ini? Mungkinlah penguatkuasaan itu ada, cuma tidak begitu tegas dijalankan. Emmm…

p/s –  Elok di pasang alat penentu halaju pada bas ni. Mungkin setkan halau pemanduan bas kepada 100 km/h sahaja. Lebih dari itu, jika ditekan pedal minyak untuk lebih laju…bas akan berhenti secara automatik!


BILA MAHU PRU?

Aku tengok di kawasan daerah aku banyak bendera dah naik. Bendera Barisan Nasional ada, UMNO ada, PAS pun ada. Aku fikir, tak lama lagi pasti Pilihanraya akan berlangsung. Bila itu aku tak pasti. Aku jamin, kesemua rakyat Malaysia pastinya berteka-teki dengan tarikh pilihanraya kali ini. Tunggu ajelah pengumuman dari PM. Agaknya lepas dah habis semua “pengumuman transformasi” barulah beliau berani nak umumkan.

Sebenarnya, bau-bau PRU ni dah dapat dibaca dah. Tengok sajalah di media arus perdana/media tradisional dah bermacam-macam agenda dah dikeluarkan.

Oh ya, dah terlanjur pada hari Rabu yang lepas adalah pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong, ni aku nak berikan beberapa fakta berkaitan perbelanjaan diraja.

1. Bayaran Tahunan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bayaran meliputi Elaun peribadi: RM608,400. Elaun keraian: RM202,800. Elaun diraja Istana Negara:RM243,360

2. Bayaran Tahunan kepada pegawai pengawal Istana Negara

Perbelanjaan Istana dan pelayanan: RM2,259,100.  Gaji Kakitangan Istana: RM1,514,700. Derma diraja, sedekah dan khidmat khas: RM50,000

3.  Bayaran tahunan kepada Raja Permaisuri Agong

Elaun Peribadi: RM113,568 . Elaun keraian: R,36,504. Elaun diraja Istana Negara: RM46,800

p/s- Daulat Tuanku….

Sumber: Akta Senarai Awam 1982 (Dipinda 2006)