Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RAGAM DREBAR-DREBAR BAS EKSPRES

Aku seperti mahu menulis mengenai PTPTN. memandangkan isu ini begitu berapi-api baru-baru ini. Tapi entah kenapa, aku bantutkan dahulu plan aku itu dan bercadang untuk menulis mengenainya pada masa akan datang di kala isu itu semakin malap dan tenggelam. Tenggelam dek tak dipukul canang lagi oleh media tradisional. 

Oleh itu, aku ingin menulis mengenai hal lain. Hal Lebuhraya. Lebuhraya Utara Selatan (baca; PLUS).

Aku merupakan pengguna tegar lebuhraya ini. Boleh dikatakan aku berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur saban hari dan telah melakukannya (baca; berulang-alik dari Melaka-KL) hampir 2 tahun.  Cuba bayangkan sudah berapa kilometer aku berjalan atau sudah berapa ringgit aku gunakan untuk membayar tol dan menuang minyak ke tangki kereta? Bayangkan? Aku pikir, kalau dikumpul-kumpul duit itu, aku mampu membeli 4-5 biji Proton Preve High Spec! Atau 2 biji VW Golf GTi! Atau sebiji rumah banglo! Atau menunaikan umrah lebih dari 10 kali dan naik haji lebih 5 kali.

Kalau namanya sudah saban hari menggunakan lebuhraya ini, sudah tentu aku sudah masak dengan gelagat pengguna lebuhraya dan boleh dikatakan bermacam-macam ragam aksi mereka di atas lebuhraya seperti mana aku menulis sebelum ini pasal gelagat pemandu Singapura. Aku juga sudah boleh “baca” di tempat mana kebiasaannya akan berlaku kesesakan trafik. Laporan trafik? Abaikan…bidaah semata-mata!

Aku mahu beri sedikit komen sedikit mengenai gelagat brader-brader drebar bas ekspres kita. Boleh dikatakan mereka ini “sepesen”. Berkulit hitam manis, sawo matang. Berkaca mata hitam. Berkumis/bermisai dan menghisap rokok dan boleh dikatakan berstyle macho. Itu ciri-ciri luaran mereka.

Mereka ni kalau di lebuhraya boleh diibaratkan macam di atas litar F1! Laju! Memang laju. Lagi-lagi bas ekspres dari syarikat………………….TUT..!!!! Macam lahabau! Sudahlah memandu laju, memotong pula ikut suka hati mak, bapak, atok, nenek depa ja! Sat potong ikut line kiri, sat cilok masuk kanan lepas tu masuk tengah balik. Belum lagi dengan aksi mereka “membakar” amarah pemandu lain. Aku bagi contoh, aku pernah “dicucuk” oleh sebuah bas ekspres. Bas ini mengekori rapat kereta aku sambil mengangkat lampu tinggi berulang kali. Aku tak layan. Tidak juga ingin berlumba. Jadi aku maintain dengan halaju aku yang asal. Jadi, bila aku tak layan, pemandu ini agak berang dan terus mengambil line kiri dan memotong kereta aku sambil mencilok kembali ke lorong tengah dan kemudian, bas ini pulak bawak agak perlahan di depan aku. Macam nak balas dendam pulak! Untuk makluman, halaju aku lebih kurang 110 km/h ke 120 km/h ketika memandu dengan berhemah. Kalau kurang hemah dan hilang budi bahasa, aku boleh bawa lebih laju dari itu!  Jadi, berbalik kepada sifat pemanduan drebar-drebar bas ini, di mana sifat-sifat pemanduan berhemah mereka?

Kalau ini macam punya style bawak bas, aku rasa tak lama lagi akan ada tragedi berdarah di lebuhraya. Tengoklah. Yang menghairankan aku, brader-brader drebar bas ni tak pernah pulak serik. Tak pulak dijadikan teladan dengan apa jua yang tragedi yang sudah berlaku yang mengaitkan bas ekspres. Bukan sikit-sikit anak kemalangan ngeri yang melibatkan bas dan dah beratus nyawa dah melayang dek kecuaian drebar bas ni. Masih tidak insafkah?

Lebih menghairankan lagi, tiada ke tindakan dan penguatkuasaan dari mana-mana agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu dan kemelut ini? Mungkinlah penguatkuasaan itu ada, cuma tidak begitu tegas dijalankan. Emmm…

p/s –  Elok di pasang alat penentu halaju pada bas ni. Mungkin setkan halau pemanduan bas kepada 100 km/h sahaja. Lebih dari itu, jika ditekan pedal minyak untuk lebih laju…bas akan berhenti secara automatik!

6 responses

  1. cHilat

    hahahaha… betoi tuh… aku sbg pengguna setia lebuh raya malaysia… walaupun hanya menunggang motorsikal… tetapi kami juga adalah golongan yg menyumbang kepada pendapatan negara…. pendapatan negara tu laaa yg bayar balik pampasan tol tuuu… itu maksudnyaaa kami juga bayar to…so jgn pandang lekeh kat penunggang moto yeeee… aku jugak geram kekadang tuh gang2 kenderaan besar dari kami nih menggunakan lorong kecemasan apabila berlakunya kesesakkan di lebuh raya.

    Pikir2 la skit…. kasihanilah kamiiii yang hanya mampu menunggang motorsikal utk ke tempat kerja untuk mencari rezkiiii dek kerana kos sarahidup yg semakin meningkat buat masa lanih…..

    April 19, 2012 at 12:20 am

  2. elle

    saya pun pernah berulang alik shah alam melaka setiap minggu selama 2 tahun. memang pernah kena cucuk ngan bas express sama mcm kes awak..jalan ada 3 lane tapi bas tu kurang ajar nak cucuk kita jugak..

    Mei 29, 2012 at 3:07 pm

    • leen

      Bas dan lori di larang berada di lorong 3…
      Nak memotong pun kena lorong kiri atau tengah je..

      Mei 7, 2013 at 5:28 am

  3. bbty

    bape tol ko dri KL ke mlaka ?

    Jun 10, 2012 at 4:29 am

  4. sitaro

    kerana mereka hanyalah pemandu bas

    Jun 25, 2012 at 4:13 am

  5. pemandu bas ekspress

    Elok crita hang ni….tapi Pakai akai la….kalau terhegeh2 duduk la lorong kiri blakang lori…tak pyah la nak menyemak kat lorong tengah.Bila org Kata bodoh tau pulak marah,tapi tak pernah pun terpikir kat kepala batu korang ni yg bas ekspress sedang bekerja dan mengikut masa jadual perjalanan.bukan semua pemandu bas gila babi…ada yg ok…tapi pemandu kenderaan kecik ni ada yg paham dan ada yg tak paham…tapi kebanyakan nyer tak paham la..jadi kes sumer nak salahkan pemandu bas…fikir fikirkan la….kami sedang bekerja,lorong 3 tak boleh pandu,jadi kalo nak sms ke nak bercinta ke,tolong jangan menyusahkan orang,pandu lah dilorong yg paling kiri sekali,sape pun tak marah….INGAT bukan korang jer yg bayar tol dan road tax…bas pun bayar jugak….

    April 23, 2014 at 11:43 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s