Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LAGAK BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG

Budak-budak sekolah zaman sekarang memang cara. Mungkin lebih Kewl kononnya. Kenapa?

Balik sekolah, terus lepak di restauran makanan pantas. Lepak Mc D. Lepak KFC. Lepak kedai kopi yang menghidangkan kopi secawan dekat RM 20. Lelaki dan perempuan, sekali pukul…sekali jalan. Setakat makan Mc Chicken tak mainlah. Musti mahu Big Mac tak pun Mc Deluxe big size itupun kalau makan kat Mc D lah! Ipad, Iphone, Galaxy Note dibawa bersama. Lagak dan gaya macam ahli bisnesman berjaya yang gunakan gajet canggih untuk urusan perniagaan dan pembentangan projek berjuta-juta.

Huh. Tahi.

Bukak Iphone. connect wifi. Fesbuk juga dicari.Twitter juga dilayan. Najwa Latif juga didengar. Bosan

Update status sana sini, Tweet itu ini. Upload gambar bermuncung itik dan lain-lain hal lagi.

Budak-budak zaman sekarang semuanya budak high maintanance tak kiralah lelaki atau perempuan. Semuanya boros dan berbelanja besar. Juga berlagak dan poyo. Menunjuk-nunjuk. Riak dan takabur. Tak suka bersenam atau bermain bola di padang pada waktu petang tapi lebih suka lepak dan makan di kedai-kedai high standard yang ada kelas dan juga layan K-Pop. Chait!

Aku lebih suka style budak-budak zaman aku. Lepak pun kat kedai cendol bawah pokok. Bercerita pasal bola dan nak belasah berapa bijik team lawan (baca; team taman sebelah) untuk “match suka-suka” petang nanti. Bawak duit lebih kurang seringgit untuk sekolah pagi dan seringgit sekolah petang dan pandai-pandailah nak berjimat dan nak menyimpan duit. Zaman tiada gajet canggih macam android dan sewaktu dengannya (baca; budak-budak zaman sekarang salah guna untuk tengok benda-benda tak senonoh).

p/s – Dunia berteknologi dunia yang menyeramkan!

4 responses

  1. Hahaha. Ada betul jugak apa yang bro cakap tapi pada pendapat saya bukan semua begitu. Serius. Yang tinggal di bandar mungkin ya! Rutin diorang macam tu. Tapi bagi kami yang tinggal di kampung, hmmm jarang lah. Gaget yang mahal? Susah sikit. Bukan takde tapi kurang. Betul budak-budak zaman bro mungkin lebih baik dari zaman kami. Tapi zaman dah berubah. Kecanggihan teknologi tak salah tapi manusia yang selalu salah gunakan. Pendapat saya yang kerdil saja 😛

    Mei 3, 2012 at 2:10 pm

  2. ghaz-yakuza

    aku setuju…aku jumpa dak jenis camtu..mkn tangan jer aku buat

    Mei 9, 2012 at 8:02 am

  3. fara_love

    betul bro…teringat zaman dolu2…

    Mei 16, 2012 at 11:52 pm

  4. sitaro

    Saya setuju bro, makbapak eksyen, duit banyak, labur kat anak anak,, anak -anak tak sedar diri..hehe berlagak macam bapak dia…(buka i pod, thje very busy)bapak saya dulu banyak duit gak 9duit kebun) tapi tak bagi kat anak-anak..sebab bapak tahu inilah gejalanya bila kehendaka anak dituruti

    Jun 25, 2012 at 4:08 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s