Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei, 2012

HAI LA PAK ARAB….PAK ARAB…

“CRACK!!!!!”

Aku terdengar satu bunyi yang sangat familiar. Bunyi benda patah di pijak. Macam bunyi patah ranting kayu. Aku perhatikan dari satu sudut. Aku terdiam, terkaku, terpana dan terbata. Aku hilang fokus dengan kerja yang sedang aku lakukan.

“ALLAH!”

Bunyi “crack” tadi tu bunyi spek aku yang patah. Dipijak oleh Pak Arab yang tergopoh-gapah nak menunaikan solat. Begini, selepas menunaikan solat zohor berjemaah, Pak Imam mengajak makmum dan jemaah yang ada menunaikan solat hajat. Jadi, tanpa buang masa aku follow lah. Nak dijadikan cerita, makmum di sebelah aku berganjak ke tengah saf (baca; merapatkan saf) aku pun follow. Pada masa yang sama, spek (baca; kaca mata) aku tinggalkan di lantai di tengah sejadah. Jarak aku dengan spek yang aku tinggalkan tadi tak jauh, cuma beza sorang makmum sahaja.

Dalam dok khusyuk baca surah Al-Kafirun (baca; untuk dibaca 3 kali) aku terdengar bunyi tapak kaki yang laju berjalan dari arah belakang (baca; dah mula hilang tumpuan). Di dalam hati, aku dah berfikir mesti ada makmum nak kejar solat dan pasti akan masuk saf di sebelah aku, yakni di mana tempat spek aku diletakkan tadi. Benar jangkaan aku, datang seorang Pak Arab dan tiba-tiba!

“CRACKKKK!!!!!”

ALLAH spek aku! getus di dalam hati (baca; ketika bersolat) Surah Al-Kafirun entah ke mana, fikiran aku dah melayang pikir apa aku nak buat dengan Pak Arab ni. Dalam kepala aku dah bermacam-macam aku fikir. Nak je aku belasah atau pukul je Pak Arab tu kalau dia tak nak ganti balik, itu kalau dia tak nak lah…tapi kalau dia nak, aku mintak dia repaire je pun dah cukup. Dah namanya pun solat hajat, terus aku berhajat dan berdoa supaya si Pak Arab tu nak untuk menggantikan atau paling tidak pun repaire spek aku ni.

Sumpah solat hajat aku tak khusyuk waktu tu!  

Dipendekkan cerita, sejurus selapas salam. Si Pak Arab tu terus salam aku dan berkata.

“Brother, very-very sorry…SOOOOO sorry and I will replace it with a new one!”

“Yeah, its ok…But you know what, I lost my khusyu’ doing my solat just now”

Dipendekkan cerita lagi. Spek aku dah pun direpaire dan siap pada petang tadi sekitar jam 4:30 petang. Aku ni jenis rabun yang agak teruk, macam kata pepatah Bagaikan si buta kehilangan tongkat, tapi bagi aku bagaikan si rabun kehilangan spek! Sepanjang petang aku tak buat kerja. Lepak di surau dan apa yang lebih best aku dapat tidur sepuas-puasnya di surau sambil dihembus salju kedinginan York Si Cooling King!

Pak Arab yang buat onar, namanya Ahmed dan berasal dari Yaman anak saudagar emas hitam. Tiba-tiba dia offer aku pergi Yaman melawat kampungnya! Hahaha…rezeki!

p/s – Khusyuk solat itu penting ya!


25 PROTOKOL PEMIMPIN ZIONIS BAHAGIAN 2

Sambungan tempoh hari…sili klik di sini.

Protokol Yahudi ini sebenarnya mendedahkan rancangan atau game plan yang disusun bagi mendirikan sebuah negara Yahudi yang diusahakan berkurun lamanya. Protokol ini disunting sendiri oleh para ilmuan, cendiakawan, strategis Zionis. Protokol ini juga menggariskan bagaimana Yahudi merancang kemusnahan agama, bangsa dan negara-negara sasaran mereka bagi memastikan perancangan keji mereka mencapai matlamatnya.

Kali ini aku senaraikan 5 (lima) lagi protokol Yahudi Zionis.

11. Melaga-lagakan sesama manusia supaya sentiasa berperang dengan menanamkan bibit-bibit permusuhan dalam perjanjian damai yang sedang berlangsung, sebagai titik tolak persengketaaan hakiki sehingga beradu kuasa untuk menundukkan lawan melalui kelengkapan persenjataan perang. Bagi mencapai tujuan itu, pinjaman diberikan selepas perang untuk pembangunan semula negara yang hancur. Kesannya negara terbabit akan terbeban dengan hutang yang sukar dilangsaikan kecuali dengan tunduk pada arahan pihak pemiutang. Maka orang Yahudi dapat mengatur strategi mengahancurkan politik dan negara tersebut dengan mudah.

12. Melahirkan pemimpin bangsa yang lemah sahsiahnya, mudah terpengaruh dan tunduk kepada mana-mana kuasa. Namun sebagai ganjaran, kehebatan pemimpin itu didedahkan kepada khalayak umum melalui propaganda media massa yang mempromosikan kelayakan menerajui barisan kepimpinan negara. Selepas itu, pemimpin yang dipilih dapat diperalatkan dengan mudah bagi mencapai cita-cita politik kuasa asing.

13.  Memiliki dan menguasai media massa seluruhnya untuk mempromosi tipu muslihat, propaganda murahan dan menjajakan idea yang berbaur hasutan dan memburukkan orang lain sehingga konspirasi tercapai melalui kontrovesi.

14. Menggulingkan negara yang merdeka dan berdaulat tetapi enggan tunduk kepada konspirasi mereka. Hal ini dilakukan dengan cara menabur benih hasutan bagi mencetuskan pemberontakan dan keganasan dalam negara sehingga mengkucar-kacirkan keadaan yang membawa kepada kehancuran.  Serentak dengan itu kecaman dan kutukan bertalu-talu dilemparkan bagi membentuk pembentukan kepimpinan baru dan menghambat pemimpin yang lama ke tali gantung atas tuduhan khianat kepada undang-undang. Maka dalang-dalang yang mewarnai konspirasi diangkat untuk menerajui negara yang baru.

15. Mempergunakan saat genting negara yang dilanda masalah ekonomi dengan menawarkan panduan mengatasinya. Kajian-kajian ilmiah dapat memperdengarkan isu kemiskinan, kebuluran dan pengangguran yang disebabkan pengabaian rakyat dan negara terhadap pembangunan ekonomi. Mereka mengingatkan betapa ekonomi yang mantap memungkinkan segala perubahan yang baik pada masa depan.  Bermula dari situlah mereka menanam semangat menyayangi harta dan menjadikan agenda hidup terpenting dalam semua lapisan masyarakat, baik pemimpin mahupun rakyat jelata. Tanggapan yang “indah di luar tetapi di dalamnya tersirat 1001 masalah dipegang kukuh oleh kebanyakkan orang dalam mengejar harta sehingga lupa tanggungjawab kepada masa depan politik negara dan agama.

Bersambung….

p/s – Yahudi jahat ada di mana-mana! New World Order, itulah sasaran mereka!

Dipetik dari Buku “Musuh Rahsia” Karangan Rosli Husin serta dari sumber-sumber bertulis lain untuk tujuan perkongsian ilmu bersama.


BEDEBAH LU!!!

Pagi. Jam 9.

“Tettt…..Tetttt”

Aku terima mesej. Bunyinya ringkas.

“Bro, petang ni lepak mana?”

Dengan laju, aku reply.

“Macam biasa bro!”

Petang. Jam 6.

“Tettt…Tettttt”

Mesej berbunyi. Sekali lagi aku terima.

“Bro, aku dah sampai kat tempat biasa…lu mau order apa-apa ke? Gua boleh orderkan”

Juga, dengan laju…aku reply dengan pantas sambil berhati-hati sebab tengah memandu.

“Lu lepak tempat biasa ke? Gua otw balik Melaka macam biasa!”

Sepantas kilat aku terima mesej. Juga amat ringkas.

“Bedebah lu!”

p/s- Sila buat appoitment awal-awal ok! Gua bz sikalang! Macam tak biasa ragam orang sudah kahwin macam mana. Heh!


KARIPAP MESTILAH BERINTIKAN KENTANG DAN KARI, KALAU BERINTIKAN SARDIN, MASIH BOLEH DITERIMA AKAL…

Aku penggemar karipap. Sumpah aku penggemar karipap!

Karipap mestilah berintikan kentang yang dimasak kari. Ada juga dicampurkan daging lembu atau ayam. Aku juga biasa menikmati karipap berintikan sardin sambal (baca;ditumis bersama bebawang yang enak). Digoreng hingga kuning ke-emasan. Dihidangkan bersama teh o panas atau kopi o panas di kala petang atau ketika ada kelapangan.

Aku bisa sahaja menghabiskan karipap walau dihidang dua pinggan sekali gus!

Tapi, ada peristiwa  yang membuatkan aku kecewa mengenai karipap dan lebih parah, ianya telah mencabul kehormatan karipap itu sendiri. Peristiwa berlaku sebentar tadi.

Ceritanya begini. Malam-malam yang dingin, aku jarang makan nasi atau lauk-pauk yang berat-berat. Jadi, aku berhasrat untuk makan benda yang ringan-ringan asalkan boleh mengalas perut di kala malam yang singkat. Tanpa lengah. Aku ke dapur. Menuju ke “es-box”. Aku buka “es-box”, ada frozen karipap di dalam peti sejuk beku. Nah! Ini kegemaranku! Aku ambil karipap, panaskan kuali dan goreng 10 biji terus. Aku berhasrat mahu kenduri besar.

Segelas air susu segar berjenama HL telah aku sediakan. Saja mahukan satu kelainan. Karipap dan susu segar. Kena? Ape de hal!

Aku jengah ke kuali, karipap sudah pun masak ranum. Kuning ke-emasan. Tergambar di benak otak ku akan ke-enakkan karipap berintikan kentang+kari+daging. Juicy! Tender! Walllaaa!!!!

Aku angkat dan toskan karipap tersebut. Sementara menunggu karipap sejuk, aku bukak tv dan layan Nat Geo Channel. Aku malas mahu melayan berita. Merapu! Balik-balik cerita angkat bakul sendiri. Cuba cerita sikit bab hutang negara dah makin parah. Ada berani? Heh!

Di pendekkan cerita…..aku ambil karipap. Kunyah perlahan-lahan. Ada sedikit lain dari segi rasa dan tekstur karipap. Karipap tak punyai rasa seperti selalu. Ke”kari”an karipap agak kureng. Aku tengok, inti karipap tak seperti selalu. Karipap ini berintikan MIX VEGGIE! WTF!

Cis, siapalah manusia durjana yang mencabul kehormatan karipap! Tak signifikan langsung karipap berintikan MIX VEGGIE!

p/s – Cis! Pencabulan ke atas karipap adalah satu jenayah serius! PERLU DIINGAT, KARIPAP MESTILAH BERINTIKAN KENTANG DAN KARI, JIKA BERINTIKAN SARDIN MASIH BOLEH DITERIMA DEK AKAL…


25 PROTOKOL PEMIMPIN ZIONIS BAHAGIAN 1

Protokol Yahudi atau lebih dikenali sebagai Protokol Pemimpin Zionis adalah bermaksud “Keputusan Mesyuarat” yang telah dibuat oleh The Elders Of Zion yang berlangsung di Basle, Switzerland pada tahun 1986. Ianya telah dibentangkan oleh Theodore Herzl bagi tindakan seluruh bangsa Yahudi di seluruh dunia. Ada pendapat lain menyatakan ianya dibentangkan oleh Mayer Rothsiland yang merupakan salah seorang elit Yahudi di Frankfurt, Jerman lebih awal dari itu. Hal ini terbongkar secara tiba-tiba pada tahun 1784 di Jerman apabila senaskhah catatannya dikirimkan kepada pembesar negara dan gereja. Dalam masa yang singkat, orang Yahudi termasuk kesemua simbol mereka di Jerman pada masa itu mendapat tentangan dan kecaman yang hebat. Semenjak peristiwa itu, mereka bergerak secara rahsia.

1. Undang-undang berperanan menegakkan hak kebenaran melalui kekuatan. Dengan perkataan lain, orang yang memiliki kekuatan berhak menentukan konsep kebenaran, menundukkan orang lain dan berkuasa memiliki harta dan wang.

2. Kebebasan politik sekadar idea sahaja dan tidak terungkap dalam alam realiti sama sekali. Maksudnya, anda boleh mendakwa secara lisan bahawa andalah pendukung demokrasi dan diberikan kebebasan untuk menyatakan fikiran. Akan tetapi, sebenarnya anda mempengaruhi pandangan orang lain secara halus.

3. Kuasa emas atau dengan kata lain, harta mengatasi segala kuasa di dunia termasuk kuasa agama. Oleh itu, wajarlah kita memerangi agama, meruntuhkan institusi negara yang berpaling dari agenda protokol dengan memberikan dana yang cukup untuk melancarkan revolusi idea kebebasan dan memberikan pinjaman untuk gerakan Kristianisasi.

4. Matlamat menghalalkan cara. Politik memerlukan kelicikan. Sesiapa yang cekap menipu dan membuat helah akan dapat memegang teraju kuasa pemerintahan.

5. Kuasa dikatakan adil apabila memihak kepada yang paling kuat. Yang paling kuat mampu meruntuhkan segala macam institusi dan kepercayaan yang ada.

6. Rahsia perlu dijaga demi mengekalkan kuasa iaitu melalui penguasaan ke atas harta dalam bentuk yang tersembunyi dari pandangan mata awam. Dengan harta tidak ada kuasa lain yang mampu menghalang.

7. Usaha melahirkan pemimpin jahat yang akan membuat kerosakan adalah mustahak. Keamanan dan kebebasan hakiki dapat mewujudkan kekacauan yang memerlukan tindakan pemimpin perosak itu menghalangnya dan dapat peluang “merompak” harta rakyat, membebankan negara dengan hutang dan sedia menjual kedaulatan negara dan maruah bangsa.

8. Mencipta kemusnahan akhlak generasi muda semua bangsa di dunia. Promosi diperlukan untuk menyebar seluruh bentuk keruntuhan akhlak demi merosakkan anak-anak muda. Hal ini adalah  untuk memudahkan pemudi terlibat dengan pelacuran supaya pengaruh kejahatan mudah tersebar dalam kalangan isteri pembesar goloengan elit kerana terikut-ikut perwatakan anak muda membuai nafsu.

9. Menakluk secara aman adalah lebih elok dan merupakan jalan yang paling selamat untuk berperang dengan orang lain. Oleh itu, penaklukan ekonomi dengan mencabul pemilikan harta orang lain dianggap sebagai pencegahan kepada keguguran nyawa manusia jika dibandingkan dengan peperangan terbuka secara konvensional.

10. Menghalalkan sistem aristokrat harta sebagai ganti kepada aristokrat keturunan. Oleh itu slogan kebebasan, persamaan, persaudaraan sesama manusia dilancarkan agar sistem terdahulu dapat diruntuhkan. Sasaran sebenarnya adalah menghancurkan sistem keturunan beraja Eropah yang hebat dan disanjung tinggi oleh rakyat jelata.

Bersambung…..

Dipetik dari Buku “Musuh Rahsia” Karangan Rosli Husin

p/s – Yahudi jahat ada di mana-mana.


KITAKAN ORANG MALAYSIA!!!

Orang Malaysia. Masing-masing kelam kabut, gelojoh dan kurang sabar. Rushing. Lagi-lagi bagi mereka yang tinggal dan duduk di bandar-bandar besar  macam Kuala Lumpur. Semuanya huru-hara. Hidup bagaikan dikongkong oleh masa yang singkat dan cemburu. Pentingkan kerjaya dan duit hinggakan norma-norma kehidupan yang baik diabaikan begitu sahaja. Nilai moral ditolak ketepi diletak, diinjak dibawah kaki.

Contoh simple.

Di lampu isyarat. Ramai di kalangan kita suka “langgar” lampu merah. Alasan? Mahu cepat. Tak mahu tertinggal. Kejar masa.

Itu alasan tipikal. Tapi itu juga mencerminkan nilai negatif diri yang mula menjadi trend di kalangan warga Malaysia tidak kira kaum dan agama dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Apa yang melucukan, dari kereta berjenama besar yang dipandu oleh entah siapa konglomerat korporat hinggalah ke penuggang basikal buruk si pengutip besi dan kotak-kotak lama, semuanya sama! Semuanya mengejar masa dan mengabaikan soal keselamatan dan juga nilai moral diri sendiri dan orang lain.

Bagaimana pula jika meletakkan kenderaan di mana-mana car park. Pasti ada yang meletakkan kenderaan sesuka hati macam car park tersebut mak, bapak, atok, nenek depa yang punya. Ada kereta yang diparkir senget hingga termakan ruang di petak sebelah kenderaan lain. Senget 40 darjah. Melintang. Double parking. Triple parking. Malah ada juga double-double parking sampai bertindan-tindan! Pelik bukan budaya Malaysia? Nampak sangat orang Malaysia ni tak suka berjalan jauh dan juga gelojoh (baca; tak menyempat). Bila dah sempit dan bersesak-sesak di kawasan parkir tersebut, sampai kereta nak keluar pun susah akibat di block oleh kereta lain. Mulalah tekan hon kuat-kuat. Hon sana, hon sini untuk panggil tuan punya kereta. Jemu untuk hon lama-lama, ambil koin dan terus sahaja “gores dan menang” pada kereta tadi. Dari but depan sampai ke belakang. Satu garis lurus. Cantik. Abstrak. Estatika tinggi macam hasil seni artis grafiti.

Hai lah Malaysia. Malaysia negaraku. Hei, kita semuakan bersaudara!

p/s- Kah Kah Kah!!! Orang Malaysia suka gelak kuat-kuat!