Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KITAKAN ORANG MALAYSIA!!!

Orang Malaysia. Masing-masing kelam kabut, gelojoh dan kurang sabar. Rushing. Lagi-lagi bagi mereka yang tinggal dan duduk di bandar-bandar besar  macam Kuala Lumpur. Semuanya huru-hara. Hidup bagaikan dikongkong oleh masa yang singkat dan cemburu. Pentingkan kerjaya dan duit hinggakan norma-norma kehidupan yang baik diabaikan begitu sahaja. Nilai moral ditolak ketepi diletak, diinjak dibawah kaki.

Contoh simple.

Di lampu isyarat. Ramai di kalangan kita suka “langgar” lampu merah. Alasan? Mahu cepat. Tak mahu tertinggal. Kejar masa.

Itu alasan tipikal. Tapi itu juga mencerminkan nilai negatif diri yang mula menjadi trend di kalangan warga Malaysia tidak kira kaum dan agama dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Apa yang melucukan, dari kereta berjenama besar yang dipandu oleh entah siapa konglomerat korporat hinggalah ke penuggang basikal buruk si pengutip besi dan kotak-kotak lama, semuanya sama! Semuanya mengejar masa dan mengabaikan soal keselamatan dan juga nilai moral diri sendiri dan orang lain.

Bagaimana pula jika meletakkan kenderaan di mana-mana car park. Pasti ada yang meletakkan kenderaan sesuka hati macam car park tersebut mak, bapak, atok, nenek depa yang punya. Ada kereta yang diparkir senget hingga termakan ruang di petak sebelah kenderaan lain. Senget 40 darjah. Melintang. Double parking. Triple parking. Malah ada juga double-double parking sampai bertindan-tindan! Pelik bukan budaya Malaysia? Nampak sangat orang Malaysia ni tak suka berjalan jauh dan juga gelojoh (baca; tak menyempat). Bila dah sempit dan bersesak-sesak di kawasan parkir tersebut, sampai kereta nak keluar pun susah akibat di block oleh kereta lain. Mulalah tekan hon kuat-kuat. Hon sana, hon sini untuk panggil tuan punya kereta. Jemu untuk hon lama-lama, ambil koin dan terus sahaja “gores dan menang” pada kereta tadi. Dari but depan sampai ke belakang. Satu garis lurus. Cantik. Abstrak. Estatika tinggi macam hasil seni artis grafiti.

Hai lah Malaysia. Malaysia negaraku. Hei, kita semuakan bersaudara!

p/s- Kah Kah Kah!!! Orang Malaysia suka gelak kuat-kuat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s