Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KARIPAP MESTILAH BERINTIKAN KENTANG DAN KARI, KALAU BERINTIKAN SARDIN, MASIH BOLEH DITERIMA AKAL…

Aku penggemar karipap. Sumpah aku penggemar karipap!

Karipap mestilah berintikan kentang yang dimasak kari. Ada juga dicampurkan daging lembu atau ayam. Aku juga biasa menikmati karipap berintikan sardin sambal (baca;ditumis bersama bebawang yang enak). Digoreng hingga kuning ke-emasan. Dihidangkan bersama teh o panas atau kopi o panas di kala petang atau ketika ada kelapangan.

Aku bisa sahaja menghabiskan karipap walau dihidang dua pinggan sekali gus!

Tapi, ada peristiwa  yang membuatkan aku kecewa mengenai karipap dan lebih parah, ianya telah mencabul kehormatan karipap itu sendiri. Peristiwa berlaku sebentar tadi.

Ceritanya begini. Malam-malam yang dingin, aku jarang makan nasi atau lauk-pauk yang berat-berat. Jadi, aku berhasrat untuk makan benda yang ringan-ringan asalkan boleh mengalas perut di kala malam yang singkat. Tanpa lengah. Aku ke dapur. Menuju ke “es-box”. Aku buka “es-box”, ada frozen karipap di dalam peti sejuk beku. Nah! Ini kegemaranku! Aku ambil karipap, panaskan kuali dan goreng 10 biji terus. Aku berhasrat mahu kenduri besar.

Segelas air susu segar berjenama HL telah aku sediakan. Saja mahukan satu kelainan. Karipap dan susu segar. Kena? Ape de hal!

Aku jengah ke kuali, karipap sudah pun masak ranum. Kuning ke-emasan. Tergambar di benak otak ku akan ke-enakkan karipap berintikan kentang+kari+daging. Juicy! Tender! Walllaaa!!!!

Aku angkat dan toskan karipap tersebut. Sementara menunggu karipap sejuk, aku bukak tv dan layan Nat Geo Channel. Aku malas mahu melayan berita. Merapu! Balik-balik cerita angkat bakul sendiri. Cuba cerita sikit bab hutang negara dah makin parah. Ada berani? Heh!

Di pendekkan cerita…..aku ambil karipap. Kunyah perlahan-lahan. Ada sedikit lain dari segi rasa dan tekstur karipap. Karipap tak punyai rasa seperti selalu. Ke”kari”an karipap agak kureng. Aku tengok, inti karipap tak seperti selalu. Karipap ini berintikan MIX VEGGIE! WTF!

Cis, siapalah manusia durjana yang mencabul kehormatan karipap! Tak signifikan langsung karipap berintikan MIX VEGGIE!

p/s – Cis! Pencabulan ke atas karipap adalah satu jenayah serius! PERLU DIINGAT, KARIPAP MESTILAH BERINTIKAN KENTANG DAN KARI, JIKA BERINTIKAN SARDIN MASIH BOLEH DITERIMA DEK AKAL…

One response

  1. fira

    hehehheeh~ jika begitu ceritenye… ada la juga makan “mix veggie currypuff” (wah, biar bunyi ala2 omputih gitu)….ok rasanya…cuma hilang jatidiri karipap itu.

    Jun 29, 2012 at 1:14 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s