Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HAI LA PAK ARAB….PAK ARAB…

“CRACK!!!!!”

Aku terdengar satu bunyi yang sangat familiar. Bunyi benda patah di pijak. Macam bunyi patah ranting kayu. Aku perhatikan dari satu sudut. Aku terdiam, terkaku, terpana dan terbata. Aku hilang fokus dengan kerja yang sedang aku lakukan.

“ALLAH!”

Bunyi “crack” tadi tu bunyi spek aku yang patah. Dipijak oleh Pak Arab yang tergopoh-gapah nak menunaikan solat. Begini, selepas menunaikan solat zohor berjemaah, Pak Imam mengajak makmum dan jemaah yang ada menunaikan solat hajat. Jadi, tanpa buang masa aku follow lah. Nak dijadikan cerita, makmum di sebelah aku berganjak ke tengah saf (baca; merapatkan saf) aku pun follow. Pada masa yang sama, spek (baca; kaca mata) aku tinggalkan di lantai di tengah sejadah. Jarak aku dengan spek yang aku tinggalkan tadi tak jauh, cuma beza sorang makmum sahaja.

Dalam dok khusyuk baca surah Al-Kafirun (baca; untuk dibaca 3 kali) aku terdengar bunyi tapak kaki yang laju berjalan dari arah belakang (baca; dah mula hilang tumpuan). Di dalam hati, aku dah berfikir mesti ada makmum nak kejar solat dan pasti akan masuk saf di sebelah aku, yakni di mana tempat spek aku diletakkan tadi. Benar jangkaan aku, datang seorang Pak Arab dan tiba-tiba!

“CRACKKKK!!!!!”

ALLAH spek aku! getus di dalam hati (baca; ketika bersolat) Surah Al-Kafirun entah ke mana, fikiran aku dah melayang pikir apa aku nak buat dengan Pak Arab ni. Dalam kepala aku dah bermacam-macam aku fikir. Nak je aku belasah atau pukul je Pak Arab tu kalau dia tak nak ganti balik, itu kalau dia tak nak lah…tapi kalau dia nak, aku mintak dia repaire je pun dah cukup. Dah namanya pun solat hajat, terus aku berhajat dan berdoa supaya si Pak Arab tu nak untuk menggantikan atau paling tidak pun repaire spek aku ni.

Sumpah solat hajat aku tak khusyuk waktu tu!  

Dipendekkan cerita, sejurus selapas salam. Si Pak Arab tu terus salam aku dan berkata.

“Brother, very-very sorry…SOOOOO sorry and I will replace it with a new one!”

“Yeah, its ok…But you know what, I lost my khusyu’ doing my solat just now”

Dipendekkan cerita lagi. Spek aku dah pun direpaire dan siap pada petang tadi sekitar jam 4:30 petang. Aku ni jenis rabun yang agak teruk, macam kata pepatah Bagaikan si buta kehilangan tongkat, tapi bagi aku bagaikan si rabun kehilangan spek! Sepanjang petang aku tak buat kerja. Lepak di surau dan apa yang lebih best aku dapat tidur sepuas-puasnya di surau sambil dihembus salju kedinginan York Si Cooling King!

Pak Arab yang buat onar, namanya Ahmed dan berasal dari Yaman anak saudagar emas hitam. Tiba-tiba dia offer aku pergi Yaman melawat kampungnya! Hahaha…rezeki!

p/s – Khusyuk solat itu penting ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s