Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Julai, 2012

ORDER DUNIA BARU (New World Order)

Sudah lama rasanya aku tak menulis perkara-perkara berat terutamanya berkaitan Teori Konspirasi, Illuminati, Freemason dan lain-lain. Sempena dengan berlansungnya Sukan Olimpik 2012 ni, tiba-tiba hati aku tergerak pula nak menulis berkaitan hal ni, terutamnya bila aku terpandang maskot Olimpik yang bermata satu itu! Perkara ini aku rasa bukan main-main dan ianya sudah terbukti dengan pelbagai simbol-simbol Illuminati/Freemason yang terdapat di sepanjang upacara   pembukaan acara sukan tersebut dan ini jugalah merupakan salah satu dakyah/agenda mereka untuk menunju ke arah New World Order.

Maskot Olimpik 2012 yang bermata satu! Maskot sebelah kanan ada Piramid di tengah kepalanya! Terang lagi bersuluh!

Kita sudah pun mendengar banyak kali dari para pengkaji teori konspirasi sama ada di web site, buku-buku dan lain-lain media berkaitan hal ini. Seperti biasa manusia ada pelbagai pendapat dan pandangan. Ada yang mempercayainya malah tak kurang juga yang mengatakannya ia adalah perkara karut-marut. Jadi, adakah New World Order ( NWO) satu realiti? Adakah ianya real?

Jika ada yang berangan-angan untuk mencipta dunia ke arah satu matlamat iaitu “Order Dunia Baru” atau bahasa inggerisnya New World Order (NWO) dan mungkin kamu salah seorang dari mereka! (baca; Tidak mungkin kamu yang sedang membaca entri ini kan?) NWO boleh diertikan di mana setiap manusia akan tertakluk dan terikat dengan undang-undang yang sama, peraturan yang sama dan akur pada pemerintahan atau jari telunjuk NWO/”DIA”. Siapa “DIA”” Wallhu’Allam. Boleh dikatakan yang NWO ini adalah satu realiti. Ramai ahli politikus dunia yang berpengaruh secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada penubuhan NWO. Masih ingat lagi ucapan Bush Sr. di satu persidangan PBB yang dengan yata dan terang-terangan menyatakan sokongan untuk penubuhan NWO? Sebenarnya ramai ahli politikus dunia yang berpengaruh, terkenal dan mempunyai kuasa adalah terdiri daripada ahli “kumpulan sulit”/secret society seperti Freemason atau Illuminati dan lain-lainya. Hari ini ada yang menyatakan ketidaksahihan tentang kewujudan secret society ini, segelintir menafikannya malah ada yang tidak mempercayai kewujudannya langsung! Tapi ramai dari kalangan pengkaji teori konspirasi percaya pertubuhan-pertubuhan sulit ini wujud dan sedang berusaha sedaya upaya menjalankan agenda dan pakatan sulit untuk menuju Order Dunia Baru dan menanti kedatangan Dajjal Al-Masih.

Para pengkaji teori konspirasi selalu menyatakan hubung kait diantara NWO dan juga Illuminati bersama dengan lain-lain pertubuhan sulit. Mereka percaya sebilangan (atau mungkin ramai) orang-orang kaya dan berpengaruh di dunia ini dari pelbagai latar belakang politik, perniagaan dan lainya mahu mengawal dunia ini secara keseluruhan. Mereka mahu memiliki dunia ini! Tapi, kenapa dan apa pula yang habuan yang mereka bakal dapat? Fikir sendiri…apa yang kamu akan dapat jika dunia ini kamu yang punya? Heh!

Pendapat dari pengkaji teori konspirasi ada mengatakan yang populasi dunia ini harus dikurangkan kepada 5 billion orang. Sedar atau tidak, perasan atau tidak mana-mana kerosakan dunia ini berpunca dari mereka (baca; secret society) Oleh sebab itu mereka mencipta banyak peperangan dan melakukan banyak serangan untuk membunuh lebih banyak manusia di seluruh pelusuk dunia tidak kira dari timur atau barat, utara atau selatan. Kita semua tahu yang tragedi 9/11 adalah dilakukan oleh “orang dalam”. CIA, MI6, MI5, KGB, MOSSAD dan lain-lainya merupakan askar-askar cawangan khas pertubuhan sulit ini. Bukan sahaja tragedi 9/11 malah ada banyak lagi. Serangan-serangan yang meragukan saban hari meningkat. Kebanyakkan serangan-serangan yang dilakukan adalah dari jenis “baling batu, sembunyi tangan”. Betul? Kini temasya sukan Olimpik 2012 sedang berjalan dan ada pendapat menyatakan akan berlaku serangan nuklear dalam tempoh temasya tersebut berjalan. Kesahihan? Wallahu’Alam….

Kita tahu yang Perang Dunia Ke-3 adalah semakin hampir dengan negara-negara utama/watak utama yang bakal terlibat adalah Israel dan juga Iran. Di saat entri ini ditulis, aku ada terbaca satu artikel di akhbar hari ini (30/7/2012) yang menyatakan Amerika Syarikat dan Israel berkongsi pelan serangan ke atas Iran dan ini turut dilaporkan oleh akhbar Israel sendiri, The Haaretz. Jika berlaku peperangan di antara Iran dan juga Israel, pasti banyak negara yang akan terjerumus ke kancah peperangan ini. Perlu diyakini, ini bukan peperangan biasa, peperangan ini bakal mempengaruhi suasana geo-politik seluruh dunia. Iran, sperti yang kita tahu adalah lubuk “emas hitam” dan jika peperangan berlaku negara-negara minyak disekitarnya secara tidak langsung akan terjerumus ke arah peperangan tersebut dan ini akan mengakibatkan pengeksportan minyak ke seluruh dunia terhenti. Seluruh dunia akan terkesan! Hasilnya, ramai yang akan terkorban dan terbunuh! Mari kita pergi lebih jauh sedikit dan lihat pula kesan ke perang ke atas Iraq. Sebelum ini ramai pemimpin barat menyatakan yang Iraq memiliki beribu kelongsong nuklear atau WMD semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussein, tapi setelah perang dilancarkan dan sehingga kini tiada langsung bukti kukuh menyatakan yang Iraq memlikinya! Ramai yang terkorban adalah dari kalangan rakyat jelatanya yang tidak bersalah dan berdosa. Juga, Muammar Gaddafi ditumbangkan adalah hasil dari kebangkitan rakyat yang dibelakangi dari pertubuhan-pertubuhan sulit ini. Malah ada juga dapatan yang mengatakan kejadian Tsunami pada tahun 2004 adalah terhasil dari ledakan nuklear dasar laut yang juga merupakan senjata sulit milik USA-Israel! Begiu juga dengan Tsunami yang membantai Jepun pada tahun 2011 yang lalu.

Hari ini, jika kita lihat kepada kehidupan dunia sememangnya ia semakin menggusarkan dan juga kehidupan yang aman dan tenang seolah-olah adalah sukar untuk dikecapi dan dicapai oleh mana-mana rakyat dari pelbagai negara. Segelintir yang kaya, tapi sangat ramai yang miskin, papa kedana dan menjadi hamba kepada golongan atasan. Keganasan, peperangan, kemiskinan, krisis ekonomi, kebuluran, dan lain-lainnya. Tunjuk perasaan jalanan semakin memuncak di mana-mana negara untuk menyuarakan bantahan dengan kehidupan masa kini yang semakin sukar akibat dari kos apa jua bahan untuk menampung kelangsungan hidup semakin tinggi. Ada juga kedengaran dari pelbagai negara yang mahu mengimplementasi akta-akta yang kadang-kadang tidak masuk dek akal., juga ada sesetengah negara mahu mengawal setiap pergerakan rakyatnya sama ada di laman web, jaringan sosial, e-mail dan lainya. Rangkaian jaringan sosial terbesar dan terpopular pula bersengkongkol dengan CIA bagi proses pemantauan aktiviti manusia di dunia maya. Semua ini adalah agenda untuk menuju NWO.

Secara jujurnya aku percaya bahawa konsep NWO ini bukan satu perkara main-main. Bukan juga perkara omong kosong. Bukan juga perkara sembunyi-sembunyi. Bukan mitos. Walaupun agak sukar untuk mempercayai teori konspirasi tapi kita boleh percaya dengan pelbagai bukti dan pendedahan yang ada di sekeliling kita. Apa jua yang kita lihat dan kita lakukan adalah dikawal oleh “mereka”, semuanya sudah dicaturkan. Semuanya telah dirancang dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka melaksanakkannya. Sejak tragedi 9/11 suasana politik dunia berubah dan ianya semakin teruk. Jadi, adakah serangan pada 9/11 adalah satu titik permulaan serangan?  Betul! itu adalah titiknya! Jadi, mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkara-perkara ini bukan sahaja dihebahkan oleh para pengkaji teori konspirasi malah Arwah MJ dan juga Tupac pernah menyanyikannya dalam lirik lagu mereka (baca; lihat video The Arrival)

p/s – Dunia di hujung zaman. Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Advertisements

25 PROTOKOL PEMIMPIN ZIONIS BAHAGIAN AKHIR

Sambungan pada entri yang lalu sila klik sini.

21. Mendominasi sepenunnya seluruh aset harta, perniagaan dan perindustrian yang dimiliki oleh orang yang berketurunan Yahudi. Hal ini dilaksanakan dengan mengenakan cukai yang tinggi, mewujudkan persaingan yang tidak sihat dan tidak adil kepada saudagar-saudagar tempatan dengan harapan seluruh kekayaan mereka dan negara akan musnah teruk. Selain itu, mereka menguasai bahan mentah dengan mendorong tenaga buruh menuntut jam bekerja yang minimum mungkin dengan upah yang tinggi . Hal ini memaksa syarikat terbabit menaikkan harga upah sekali gus mengundang kehancuran dan muflis ke atas syarikat berkenaan. Pada masa yang sama, tenaga buruh ini tidak berupaya mengecap kenaikkan kadar upah tersebut secara berterusan.

22. Memanjangkan tempoh perang supaya banyak nyawa terkorban di samping kemusnahan seluruh harta dan keturunan. Yang perlu ditinggalkan adalah segelintir golongan pekerja yang berkhidmat sebagai ejen untuk golongan konglomerat Yahudi bersama individu tertentu dalam anggota pasukan keselamatan seperti polis bagi menjaga kepentingan pelaburan Yahudi.

23. Merealisasikan kewujudan kerajaan impian pada masa hadapan dengan status kerajaan antarabangsa. Polisi utamanya tegak atas dasar politik pemerintahan diktator secara mutlak. Era dunia globalisasi baru sedia diterajui oleh pemimpin yang mempunyai kuasa kuku besi lyang mantap dari kalangan tokoh yang hebat dan pakar dalam ekonomi serta bijak menguasai harta kerana merekalah bangsa terkaya.

24. Melebarkan jurang perbezaan antara lapisan masyarakat dengan kepimpinan negara seterusnya menggegarkan anak-anak muda dengan hiburan melampau yang boleh menyesatkan. Fenomena ini sekaligus menjerumuskan mereka dengan budaya dan pemikiran liar yang bercanggah dengan agama dan moral, dengan harapan mudah mempergunakan mereka suatu hari nanti.

25. Meninggalkan perlembagaan undang-undang negara dan antarabangsa di sebuah negara sebaimana yang diamalkan pada zaman lampau demi kepentingan puak-puak tertentu. Hal ini dilakukan dengan cara pentafsiran yang salah dari segi pengamalan haknya mengikut undang-undang yang secara jelas bertentangan dengan semangat realiti masyarakat bagi mewujudkan persengketaan sesama mereka. Taktik ini digunakan sebagai pembakar kemarahan mereka supaya senang untuk menidakkan pemerintahan mereka pada akhirnya.

Dipetik dari Buku “Musuh Rahsia” Karangan Rosli Husin

p/s – Yahudi jahat ada di mana-mana. Siri entri ini berakhir di sini.


MENGANTUK…(CERITA LEBUHRAYA)

Pejam celik, pejam celik selang beberapa hari lagi sudah mahu tiba bulan yang penuh barokah, bulan Ramadhan. Bulan di mana ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Pemanduan aku pagi tadi agak terkesan pabila didendangkan dengan lagu khusus untuk bulan puasa, “Harapan Ramadhan” nyanyian Man Bai dan Kumpulan Raihan. 

Sila klik sini untuk lagu Man Bai- Harapan Ramadhan

Suasana tenang di lebuhraya. Tidak banyak kenderaan dan aku ada rasa sedikit mengantuk. Mata berair. Menguap punyalah banyak kali sampaikan aku fikir syaitan dan jin manalah yang dok bergayut kat kelopak mata aku ni. Air jarang dah diteguk berkali-kali. Gula-gula pedas hack hitam sudah sebiji dua aku telan. Tapi masih juga mata aku ni berdegil hendak terkatup macam ada sauh kapal kontena minyak disangkutkan di bulu mata.

Haram Jadah! (baca; pinjam kata-kata famous PM kita)

Aku fikir, lebih baik aku berhenti tepi jalan atau mana-mana RnR untuk lelap seminit dua lagupun memandu dalam keadaan mengantuk amat berbahaya. Kalau diikutkan akal pendek aku, nak je aku berhenti tepi jalan, on lampu hazard. Tapi, bila difikir-fikir nak berhenti tepi jalan agak merbahaya juga, yelah kalau-kalau ada mat motor tak perasan kereta aku yang tenagh tersadai di bahu jalan, habis dilanggarnya nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk melelapkan mata di Hentian Sebelah. Tiba di hentian sebelah, aku cuba cari port yang agak menarik untuk beradu, tapi malang…port-port yang menarik habis di kebas brader-brader lori. Melepas aku.

Apa boleh buat aku terpaksa meneruskan perjalanan lagipun jam dah menunjukkan hampir jam 7 pagi. Jadi aku ambil keputusan untuk memandu macam biasa, tidak laju dan tidak perlahan, cuma 120km/j sahaja.. Sambil tu, aku cuba mencapai kepingan cd di dalam dashboard kereta. Aku ambil satu dan masukkan ke dalam pemain cd. Takbir raya bergema!

“Alamak, sekali cd raya daaa…”

p/s – Layan lagu raya di pagi hari boleh melwan rasa mengantuk!


LEWAT…(CERITA LEBUHRAYA)

Hari Isnin pagi, kenderaan yang keluar ke lebuhraya PLUS untuk menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur agak banyak. Masing-masing macam berlumba dan berduyun-duyun. Aku fikir, cuti hujung minggu ramai yang balik ke kampung masing-masing dan pakat-pakat terus masuk ofis dari kampung halaman masing-masing.  Kalau hari-hari biasa macam hari Selasa, Rabu dan Khamis kebiasannya lebuhraya agak sepi sedikit, adalah dalam 2 ke 3 biji kereta yang bernombor pendaftaran “W” berselisih berlaga bahu di lebuhraya. Hari Isnin, macam yang dah aku katakan tadi, lain macam sikit dan perlu berhati-hati ekoran penambahan pengguna lebuhraya.

Pagi tadi aku terlewat sedikit, keluar sekitar jam 6:40. Bila dah lewat sikit, aku akan menjangkakan kelewatan di sekitar Plaza Tol Sungai besi akibat dari banyaknya kenderaan pada hari ini. Juga teori aku, semakin lambat keluar rumah, semakin banyaklah kenderaan di lebuhraya. Jadi kesesakan trafik di luar jangka mungkin akan berlaku.

Perjalanan macam biasa pagi tadi. Gelap dan dingin. Ada beberapa kenderaan yang aku dapat cam seolah-olah berulang-alik dari Melaka-KL macam aku. Aku ada terfikir juga mahu berkenal-kenal dengan mereka yang berulang-alik ni. Mungkin boleh buat “Kelab Ulang-Alik lebuhraya”  dan bikin sticker kelab dan tampal di cermin belakang kereta supaya ahli kelab dapat kenal dan tahu perbezaan antara pengguna tegar lebuhraya dengan pengguna biasa. Atau aku juga terfikir mahu buat fan page di fesbuk dengan nama “Kami Pengguna Tegar Lebuhraya” atau “Kami Sayang Lebuhraya Bertol” atau “Kami dan Lebuhraya bagai Aur dengan Tebing”.  Mungkin dengan adanya kelab-kelab seumpama ini aku boleh kumpul tandatangan dengan “brader-brader ulang-alik” dan buat petisyen atau hantar memorandum ke syarikat konsesi lebuhraya supaya kasi turun sikit harga tol.

Sebab apa?

Sebab kami pengguna tegar lebuhraya dan sepatutnya kami ada keistimewaan itu. Tak salahkan?

Huh… Aku tahu benda ini tidak akan berlaku dan tidak akan menjadi kenyataan pun. Jadi aku bantutkan angan-angan itu dan kembali ke dunia realiti. 

Ok, pagi tadi juga di KM 303.4 ada kemalangan berlaku. Kesesakan bermula selepas susur keluar Plaza Tol Bangi hinggalah ke Plaza Tol Serdang-UPM adalah sekitar 3-4 km kenderaan bergerak perlahan dengan kelajuan purata kurang dari 5 km/j. Aku tidak terkecuali.

dan aku lambat sampai ke ofis. Cis!

p/s –  Kemalangan maut agaknya. Tengok-tengok macam ada sisa-sisa darah dan daging ja kat jalan. Ngerinya. Lindungilah perjalanan aku YA ALLAH…. 


PENAT….(CERITA LEBUHRAYA)

Macam biasa, aku berulang-alik Melaka-Kuala Lumpur, Kuala-Lumpur-Melaka. Keluar jam 6:15 pagi untuk ke pejabat dan akan tiba di rumah bila fajar melabuhkan tirai. Macam tu lah rutin harian aku. Penat tak payah ceritalah. Duit “melesap” pun laju macam air..selaju aku memecut kereta kesan dari tekanan ke atas pedal minyak kereta yang menongkah arus lebuh raya PLUS saban hari.

Hari Selasa lepas. Macam biasa, aku memecut laju kereta menghala ke Kuala Lumpur. Suasana pagi masih lagi hening, damai dan tenang. Aku melangkah keluar dari rumah sambil melambaikan tangan mengucapkan selamat kepada orang rumah dan anakku. Aku tinggalkan mereka di dalam suasana Subuh suci untuk ke pejabat bagi mencari sekelumit rezeki di kota sesak, Kuala Lumpur. Cukup bulan duit habis, awal bulan duit masyuk. Mana taknya…lebih separuh gaji dihabiskan untuk belanja perjalanan aku berulang-alik dari Melaka-KL. Cis! ada “orang besar-besar” ambil peduli hal rakyat bawahan macam aku? Puiii!!!

Berbalik kepada hari Selasa lepas. Aku tiba di area Pedas Linggi, dari jauh kelihatan trafik bergerak perlahan. Dari radio IKIM tadi, budak LLM takda pulak cakap pasal kesesakan trafik di area sini (baca; Laporan trafik dari LLM). Cis! Aku kena tipukah dengan mereka? Jam menunjukkan pukul 7 pagi di ketika itu. Trafik yang tadinya perlahan, sudah pun tidak bergerak. Kenderaan berhenti dari berjalan. Brader-brader motor besar bagak pun tak boleh bergerak.  Sayup dari jauh kelihatan satu kren besar sedang “mengangkat” sesuatu.

“Ni musti eksiden ni, kalau tak eksiden…musti IJM tengah buat construction kat tengah highway ni” aku bermonolog sendirian.

Jam sudah menunjukkan 7:10 pagi. Tiada tanda-tanda kenderaan akan bergerak. Brader-brader lori yang berhenti didepan aku dok pakat ramai-ramai turun dari lori lepak tepi penghadang jalan. Dimaklumkan, bukan penghadang jalan belah kiri…penghadang jalan yang kat belah kanan, yang kat tengah-tengah highway tu. Bila aku dah nampak ramai-ramai dok turun dari kenderaan, aku dengan senang dan suka hati pun macam teringin nak “join the party”. Apa lagi, matikan enjin kereta, turun kereta dan pergi ke tempat brader-brader lori semua ni lepak.

Rokok dinyalakan dan disuakan pada aku. Aku menolak dengan baik.

“Sori bang, gua tak merokok…gua semput” Aku berseloroh.

Terus berdekah brader-brader yang ada kat situ. Untuk mengelakkan diorang ni semua terasa hati, aku ameklah jugak sepam dua. Sepam dua ja…itupun sebab nak jaga hati dan nak dapat bekap besar beb. Haha. Ok, diikutkan cerita eksiden kat area Pedas Linggi ni melibatkan satu lori muatan membawa minyak (kalau tak silap aku) yang terkandas melanggar pembahagi jalan, akibat dari itu lori tersebut telah melintang di tengah-tengah highway dan mengakibatkan kesesakan trafik yang lansung tidak boleh bergerak hampir setengah jam! Tu dia!!!

Dipendekkan cerita, aku boleh bergerak balik pada jam 7:30 pagi!

Tiba di pejabat jam 8:15 pagi.

p/s – Penatlah aku ulang-alik macam ni! Tolonglah minyak harga turun. Tol turun ke…..Haish!


LAIN KALI TAK PAYAH ADA LIVE, BARULAH HARIMAU MUDA/MALAYA BOLEH MENANG! TAK GITU!

Semalam Harimau Muda sudah kantoi dalam pusingan kelayakan AFC Cup. Kalah dengan Myanmar 1-2. Ada live dan game mula jam 7:30 malam. Sebelum itu, pada perlawanan yang pertama Harimau Muda kantoi tipis sama Korea 2-3. Juga ada live. Sebelum tu, perlawanan dengan lain-lain seteru macam Taiwan, Filipino juga Vietnam selamber je Harimau Muda tapau team-team ni. Perlawanan ni, tiada live, malah live streaming pun aku difahamkan tiada! Aku dan juga peminat bola sepak tempatan hanya mengikut perkembangan perlawanan melalui internet sahaja. Pakai live update saja!

Dari ketiga-tiga perlawanan sebelum itu, kesemuanya Harimau Muda menang besar!

Persoalannya. Adakah dengan ketiadaan siaran langung perlawanan dapat membantu kemenangan Harimau Muda atau Harimau Malaya? Haish!

Bagi aku, lain kali tak payah ada live. Barulah Harimau Muda/Malaya boleh menang! Tak gitu!?

p/s –  Bangun Harimau Bangun!!!