Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PENAT….(CERITA LEBUHRAYA)

Macam biasa, aku berulang-alik Melaka-Kuala Lumpur, Kuala-Lumpur-Melaka. Keluar jam 6:15 pagi untuk ke pejabat dan akan tiba di rumah bila fajar melabuhkan tirai. Macam tu lah rutin harian aku. Penat tak payah ceritalah. Duit “melesap” pun laju macam air..selaju aku memecut kereta kesan dari tekanan ke atas pedal minyak kereta yang menongkah arus lebuh raya PLUS saban hari.

Hari Selasa lepas. Macam biasa, aku memecut laju kereta menghala ke Kuala Lumpur. Suasana pagi masih lagi hening, damai dan tenang. Aku melangkah keluar dari rumah sambil melambaikan tangan mengucapkan selamat kepada orang rumah dan anakku. Aku tinggalkan mereka di dalam suasana Subuh suci untuk ke pejabat bagi mencari sekelumit rezeki di kota sesak, Kuala Lumpur. Cukup bulan duit habis, awal bulan duit masyuk. Mana taknya…lebih separuh gaji dihabiskan untuk belanja perjalanan aku berulang-alik dari Melaka-KL. Cis! ada “orang besar-besar” ambil peduli hal rakyat bawahan macam aku? Puiii!!!

Berbalik kepada hari Selasa lepas. Aku tiba di area Pedas Linggi, dari jauh kelihatan trafik bergerak perlahan. Dari radio IKIM tadi, budak LLM takda pulak cakap pasal kesesakan trafik di area sini (baca; Laporan trafik dari LLM). Cis! Aku kena tipukah dengan mereka? Jam menunjukkan pukul 7 pagi di ketika itu. Trafik yang tadinya perlahan, sudah pun tidak bergerak. Kenderaan berhenti dari berjalan. Brader-brader motor besar bagak pun tak boleh bergerak.  Sayup dari jauh kelihatan satu kren besar sedang “mengangkat” sesuatu.

“Ni musti eksiden ni, kalau tak eksiden…musti IJM tengah buat construction kat tengah highway ni” aku bermonolog sendirian.

Jam sudah menunjukkan 7:10 pagi. Tiada tanda-tanda kenderaan akan bergerak. Brader-brader lori yang berhenti didepan aku dok pakat ramai-ramai turun dari lori lepak tepi penghadang jalan. Dimaklumkan, bukan penghadang jalan belah kiri…penghadang jalan yang kat belah kanan, yang kat tengah-tengah highway tu. Bila aku dah nampak ramai-ramai dok turun dari kenderaan, aku dengan senang dan suka hati pun macam teringin nak “join the party”. Apa lagi, matikan enjin kereta, turun kereta dan pergi ke tempat brader-brader lori semua ni lepak.

Rokok dinyalakan dan disuakan pada aku. Aku menolak dengan baik.

“Sori bang, gua tak merokok…gua semput” Aku berseloroh.

Terus berdekah brader-brader yang ada kat situ. Untuk mengelakkan diorang ni semua terasa hati, aku ameklah jugak sepam dua. Sepam dua ja…itupun sebab nak jaga hati dan nak dapat bekap besar beb. Haha. Ok, diikutkan cerita eksiden kat area Pedas Linggi ni melibatkan satu lori muatan membawa minyak (kalau tak silap aku) yang terkandas melanggar pembahagi jalan, akibat dari itu lori tersebut telah melintang di tengah-tengah highway dan mengakibatkan kesesakan trafik yang lansung tidak boleh bergerak hampir setengah jam! Tu dia!!!

Dipendekkan cerita, aku boleh bergerak balik pada jam 7:30 pagi!

Tiba di pejabat jam 8:15 pagi.

p/s – Penatlah aku ulang-alik macam ni! Tolonglah minyak harga turun. Tol turun ke…..Haish!

2 responses

  1. Azad

    bro, masih berulang alik melaka ke kl ke? dah berapa lama.

    Azad,
    azadiana@gmail.com

    Januari 12, 2016 at 10:42 am

    • faerrin

      Masih bro, tahun ke 6 dah

      Januari 12, 2016 at 10:53 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s