Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LEWAT…(CERITA LEBUHRAYA)

Hari Isnin pagi, kenderaan yang keluar ke lebuhraya PLUS untuk menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur agak banyak. Masing-masing macam berlumba dan berduyun-duyun. Aku fikir, cuti hujung minggu ramai yang balik ke kampung masing-masing dan pakat-pakat terus masuk ofis dari kampung halaman masing-masing.  Kalau hari-hari biasa macam hari Selasa, Rabu dan Khamis kebiasannya lebuhraya agak sepi sedikit, adalah dalam 2 ke 3 biji kereta yang bernombor pendaftaran “W” berselisih berlaga bahu di lebuhraya. Hari Isnin, macam yang dah aku katakan tadi, lain macam sikit dan perlu berhati-hati ekoran penambahan pengguna lebuhraya.

Pagi tadi aku terlewat sedikit, keluar sekitar jam 6:40. Bila dah lewat sikit, aku akan menjangkakan kelewatan di sekitar Plaza Tol Sungai besi akibat dari banyaknya kenderaan pada hari ini. Juga teori aku, semakin lambat keluar rumah, semakin banyaklah kenderaan di lebuhraya. Jadi kesesakan trafik di luar jangka mungkin akan berlaku.

Perjalanan macam biasa pagi tadi. Gelap dan dingin. Ada beberapa kenderaan yang aku dapat cam seolah-olah berulang-alik dari Melaka-KL macam aku. Aku ada terfikir juga mahu berkenal-kenal dengan mereka yang berulang-alik ni. Mungkin boleh buat “Kelab Ulang-Alik lebuhraya”  dan bikin sticker kelab dan tampal di cermin belakang kereta supaya ahli kelab dapat kenal dan tahu perbezaan antara pengguna tegar lebuhraya dengan pengguna biasa. Atau aku juga terfikir mahu buat fan page di fesbuk dengan nama “Kami Pengguna Tegar Lebuhraya” atau “Kami Sayang Lebuhraya Bertol” atau “Kami dan Lebuhraya bagai Aur dengan Tebing”.  Mungkin dengan adanya kelab-kelab seumpama ini aku boleh kumpul tandatangan dengan “brader-brader ulang-alik” dan buat petisyen atau hantar memorandum ke syarikat konsesi lebuhraya supaya kasi turun sikit harga tol.

Sebab apa?

Sebab kami pengguna tegar lebuhraya dan sepatutnya kami ada keistimewaan itu. Tak salahkan?

Huh… Aku tahu benda ini tidak akan berlaku dan tidak akan menjadi kenyataan pun. Jadi aku bantutkan angan-angan itu dan kembali ke dunia realiti. 

Ok, pagi tadi juga di KM 303.4 ada kemalangan berlaku. Kesesakan bermula selepas susur keluar Plaza Tol Bangi hinggalah ke Plaza Tol Serdang-UPM adalah sekitar 3-4 km kenderaan bergerak perlahan dengan kelajuan purata kurang dari 5 km/j. Aku tidak terkecuali.

dan aku lambat sampai ke ofis. Cis!

p/s –  Kemalangan maut agaknya. Tengok-tengok macam ada sisa-sisa darah dan daging ja kat jalan. Ngerinya. Lindungilah perjalanan aku YA ALLAH…. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s