Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MENGANTUK…(CERITA LEBUHRAYA)

Pejam celik, pejam celik selang beberapa hari lagi sudah mahu tiba bulan yang penuh barokah, bulan Ramadhan. Bulan di mana ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Pemanduan aku pagi tadi agak terkesan pabila didendangkan dengan lagu khusus untuk bulan puasa, “Harapan Ramadhan” nyanyian Man Bai dan Kumpulan Raihan. 

Sila klik sini untuk lagu Man Bai- Harapan Ramadhan

Suasana tenang di lebuhraya. Tidak banyak kenderaan dan aku ada rasa sedikit mengantuk. Mata berair. Menguap punyalah banyak kali sampaikan aku fikir syaitan dan jin manalah yang dok bergayut kat kelopak mata aku ni. Air jarang dah diteguk berkali-kali. Gula-gula pedas hack hitam sudah sebiji dua aku telan. Tapi masih juga mata aku ni berdegil hendak terkatup macam ada sauh kapal kontena minyak disangkutkan di bulu mata.

Haram Jadah! (baca; pinjam kata-kata famous PM kita)

Aku fikir, lebih baik aku berhenti tepi jalan atau mana-mana RnR untuk lelap seminit dua lagupun memandu dalam keadaan mengantuk amat berbahaya. Kalau diikutkan akal pendek aku, nak je aku berhenti tepi jalan, on lampu hazard. Tapi, bila difikir-fikir nak berhenti tepi jalan agak merbahaya juga, yelah kalau-kalau ada mat motor tak perasan kereta aku yang tenagh tersadai di bahu jalan, habis dilanggarnya nanti. Jadi aku ambil keputusan untuk melelapkan mata di Hentian Sebelah. Tiba di hentian sebelah, aku cuba cari port yang agak menarik untuk beradu, tapi malang…port-port yang menarik habis di kebas brader-brader lori. Melepas aku.

Apa boleh buat aku terpaksa meneruskan perjalanan lagipun jam dah menunjukkan hampir jam 7 pagi. Jadi aku ambil keputusan untuk memandu macam biasa, tidak laju dan tidak perlahan, cuma 120km/j sahaja.. Sambil tu, aku cuba mencapai kepingan cd di dalam dashboard kereta. Aku ambil satu dan masukkan ke dalam pemain cd. Takbir raya bergema!

“Alamak, sekali cd raya daaa…”

p/s – Layan lagu raya di pagi hari boleh melwan rasa mengantuk!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s