Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ORDER DUNIA BARU (New World Order)

Sudah lama rasanya aku tak menulis perkara-perkara berat terutamanya berkaitan Teori Konspirasi, Illuminati, Freemason dan lain-lain. Sempena dengan berlansungnya Sukan Olimpik 2012 ni, tiba-tiba hati aku tergerak pula nak menulis berkaitan hal ni, terutamnya bila aku terpandang maskot Olimpik yang bermata satu itu! Perkara ini aku rasa bukan main-main dan ianya sudah terbukti dengan pelbagai simbol-simbol Illuminati/Freemason yang terdapat di sepanjang upacara   pembukaan acara sukan tersebut dan ini jugalah merupakan salah satu dakyah/agenda mereka untuk menunju ke arah New World Order.

Maskot Olimpik 2012 yang bermata satu! Maskot sebelah kanan ada Piramid di tengah kepalanya! Terang lagi bersuluh!

Kita sudah pun mendengar banyak kali dari para pengkaji teori konspirasi sama ada di web site, buku-buku dan lain-lain media berkaitan hal ini. Seperti biasa manusia ada pelbagai pendapat dan pandangan. Ada yang mempercayainya malah tak kurang juga yang mengatakannya ia adalah perkara karut-marut. Jadi, adakah New World Order ( NWO) satu realiti? Adakah ianya real?

Jika ada yang berangan-angan untuk mencipta dunia ke arah satu matlamat iaitu “Order Dunia Baru” atau bahasa inggerisnya New World Order (NWO) dan mungkin kamu salah seorang dari mereka! (baca; Tidak mungkin kamu yang sedang membaca entri ini kan?) NWO boleh diertikan di mana setiap manusia akan tertakluk dan terikat dengan undang-undang yang sama, peraturan yang sama dan akur pada pemerintahan atau jari telunjuk NWO/”DIA”. Siapa “DIA”” Wallhu’Allam. Boleh dikatakan yang NWO ini adalah satu realiti. Ramai ahli politikus dunia yang berpengaruh secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada penubuhan NWO. Masih ingat lagi ucapan Bush Sr. di satu persidangan PBB yang dengan yata dan terang-terangan menyatakan sokongan untuk penubuhan NWO? Sebenarnya ramai ahli politikus dunia yang berpengaruh, terkenal dan mempunyai kuasa adalah terdiri daripada ahli “kumpulan sulit”/secret society seperti Freemason atau Illuminati dan lain-lainya. Hari ini ada yang menyatakan ketidaksahihan tentang kewujudan secret society ini, segelintir menafikannya malah ada yang tidak mempercayai kewujudannya langsung! Tapi ramai dari kalangan pengkaji teori konspirasi percaya pertubuhan-pertubuhan sulit ini wujud dan sedang berusaha sedaya upaya menjalankan agenda dan pakatan sulit untuk menuju Order Dunia Baru dan menanti kedatangan Dajjal Al-Masih.

Para pengkaji teori konspirasi selalu menyatakan hubung kait diantara NWO dan juga Illuminati bersama dengan lain-lain pertubuhan sulit. Mereka percaya sebilangan (atau mungkin ramai) orang-orang kaya dan berpengaruh di dunia ini dari pelbagai latar belakang politik, perniagaan dan lainya mahu mengawal dunia ini secara keseluruhan. Mereka mahu memiliki dunia ini! Tapi, kenapa dan apa pula yang habuan yang mereka bakal dapat? Fikir sendiri…apa yang kamu akan dapat jika dunia ini kamu yang punya? Heh!

Pendapat dari pengkaji teori konspirasi ada mengatakan yang populasi dunia ini harus dikurangkan kepada 5 billion orang. Sedar atau tidak, perasan atau tidak mana-mana kerosakan dunia ini berpunca dari mereka (baca; secret society) Oleh sebab itu mereka mencipta banyak peperangan dan melakukan banyak serangan untuk membunuh lebih banyak manusia di seluruh pelusuk dunia tidak kira dari timur atau barat, utara atau selatan. Kita semua tahu yang tragedi 9/11 adalah dilakukan oleh “orang dalam”. CIA, MI6, MI5, KGB, MOSSAD dan lain-lainya merupakan askar-askar cawangan khas pertubuhan sulit ini. Bukan sahaja tragedi 9/11 malah ada banyak lagi. Serangan-serangan yang meragukan saban hari meningkat. Kebanyakkan serangan-serangan yang dilakukan adalah dari jenis “baling batu, sembunyi tangan”. Betul? Kini temasya sukan Olimpik 2012 sedang berjalan dan ada pendapat menyatakan akan berlaku serangan nuklear dalam tempoh temasya tersebut berjalan. Kesahihan? Wallahu’Alam….

Kita tahu yang Perang Dunia Ke-3 adalah semakin hampir dengan negara-negara utama/watak utama yang bakal terlibat adalah Israel dan juga Iran. Di saat entri ini ditulis, aku ada terbaca satu artikel di akhbar hari ini (30/7/2012) yang menyatakan Amerika Syarikat dan Israel berkongsi pelan serangan ke atas Iran dan ini turut dilaporkan oleh akhbar Israel sendiri, The Haaretz. Jika berlaku peperangan di antara Iran dan juga Israel, pasti banyak negara yang akan terjerumus ke kancah peperangan ini. Perlu diyakini, ini bukan peperangan biasa, peperangan ini bakal mempengaruhi suasana geo-politik seluruh dunia. Iran, sperti yang kita tahu adalah lubuk “emas hitam” dan jika peperangan berlaku negara-negara minyak disekitarnya secara tidak langsung akan terjerumus ke arah peperangan tersebut dan ini akan mengakibatkan pengeksportan minyak ke seluruh dunia terhenti. Seluruh dunia akan terkesan! Hasilnya, ramai yang akan terkorban dan terbunuh! Mari kita pergi lebih jauh sedikit dan lihat pula kesan ke perang ke atas Iraq. Sebelum ini ramai pemimpin barat menyatakan yang Iraq memiliki beribu kelongsong nuklear atau WMD semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussein, tapi setelah perang dilancarkan dan sehingga kini tiada langsung bukti kukuh menyatakan yang Iraq memlikinya! Ramai yang terkorban adalah dari kalangan rakyat jelatanya yang tidak bersalah dan berdosa. Juga, Muammar Gaddafi ditumbangkan adalah hasil dari kebangkitan rakyat yang dibelakangi dari pertubuhan-pertubuhan sulit ini. Malah ada juga dapatan yang mengatakan kejadian Tsunami pada tahun 2004 adalah terhasil dari ledakan nuklear dasar laut yang juga merupakan senjata sulit milik USA-Israel! Begiu juga dengan Tsunami yang membantai Jepun pada tahun 2011 yang lalu.

Hari ini, jika kita lihat kepada kehidupan dunia sememangnya ia semakin menggusarkan dan juga kehidupan yang aman dan tenang seolah-olah adalah sukar untuk dikecapi dan dicapai oleh mana-mana rakyat dari pelbagai negara. Segelintir yang kaya, tapi sangat ramai yang miskin, papa kedana dan menjadi hamba kepada golongan atasan. Keganasan, peperangan, kemiskinan, krisis ekonomi, kebuluran, dan lain-lainnya. Tunjuk perasaan jalanan semakin memuncak di mana-mana negara untuk menyuarakan bantahan dengan kehidupan masa kini yang semakin sukar akibat dari kos apa jua bahan untuk menampung kelangsungan hidup semakin tinggi. Ada juga kedengaran dari pelbagai negara yang mahu mengimplementasi akta-akta yang kadang-kadang tidak masuk dek akal., juga ada sesetengah negara mahu mengawal setiap pergerakan rakyatnya sama ada di laman web, jaringan sosial, e-mail dan lainya. Rangkaian jaringan sosial terbesar dan terpopular pula bersengkongkol dengan CIA bagi proses pemantauan aktiviti manusia di dunia maya. Semua ini adalah agenda untuk menuju NWO.

Secara jujurnya aku percaya bahawa konsep NWO ini bukan satu perkara main-main. Bukan juga perkara omong kosong. Bukan juga perkara sembunyi-sembunyi. Bukan mitos. Walaupun agak sukar untuk mempercayai teori konspirasi tapi kita boleh percaya dengan pelbagai bukti dan pendedahan yang ada di sekeliling kita. Apa jua yang kita lihat dan kita lakukan adalah dikawal oleh “mereka”, semuanya sudah dicaturkan. Semuanya telah dirancang dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka melaksanakkannya. Sejak tragedi 9/11 suasana politik dunia berubah dan ianya semakin teruk. Jadi, adakah serangan pada 9/11 adalah satu titik permulaan serangan?  Betul! itu adalah titiknya! Jadi, mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkara-perkara ini bukan sahaja dihebahkan oleh para pengkaji teori konspirasi malah Arwah MJ dan juga Tupac pernah menyanyikannya dalam lirik lagu mereka (baca; lihat video The Arrival)

p/s – Dunia di hujung zaman. Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s