Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Ogos, 2012

PENDATANG ASING OHHHHH…..PENDATANG ASING…..

Minggu lepas time raya, adalah aku duduk lepak-lepak sambil baca paper Metro, aku tertarik dengan kisah pendatang asing yang “menyambut syawal”. Meriah sungguh. Lain dari yang lain dan sungguh sensual! Tiada hidangan ketupat dan rendang yang tipikal. Tiada riuh hilai tawa sanak saudara dan handai taulan. Tiada juga sesi maaf-memaafi di antara satu sama lain. Apa yang menarik, mereka memanfaatkan cuti umum dengan mendapatkan perempuan-perempuan murahan di lorong belakang mati. Mereka mendapatkan hidangan yang luar biasa dengan sentuhan erotis gadis-gadis jalang di lorong tersebut dengan ditemani hilaian suara asyik gadis-gadis tersebut di atas tilam murah yang tak berapa nak empuk!

Bertambah menarik lagi, dari artikel tersebut juga melaporkan terdapat segelintir pendatang asing ini sempat mendapatkan ubat kuat sebagai penambah perasa pada aksi mereka diranjang nanti.

Ok, tinggalkan isu pendatang asing “beromen” di pagi syawal.

Pagi tadi, sempat selak-selak akhbar Utusan. Baca sukan. Baca ekonomi. Baca cerita dunia. Sempat juga baca ruangan forum. Sekali lagi isu yang ditimbulkan melibatkan pendatang asing di pagi syawal yang mengambil kesempatan cuti umum menyerbu pusat bandar KL untuk “melancong” dan “makan angin”. Ada negro. Ada Bangla. Ada Indon. Ada Myanmar “Babi” (baca; sejak kes pembunuhan secara “massacre” oleh orang-orang Myanmar terhadap Rohingya serta layanan kerajaan Myanmar terhadap kaum Islam itu aku terus banned orang-orang Myanmar di Malaysia ni. Tambah-tambah dengan isu Bola Sepak bagi kelayakan Piala Asia yang lepas di mana Myanmar main tipu dengan  mengguna pakai khidmat pemain melebihi 22 tahun untuk pasukan mereka terhadap pasukan Malaysia lagilah aku hangin satu badan dengan mereka. Malaysia tewas dan tak layak ke Piala Asia. Sial!). Ada Nepal. Ada Vietnam. Ada Kemboja. Ada orang-orang Amerika Latin. Pendek kata satu dunia dah jadikan Malaysia ni hab/port/pusat  sehenti untuk mereka “melepak”. Sial!

Reaksi orang kita bila pendatang asing ni dah ramai sangat ada pelbagai. Takut. Cuak. Rimas. Menyampah. Loya.Benci. Rasa nak pukul dan langgar dengan kereta laju-laju.

Kenapa?

Sebab mereka ni datang ke Malaysia ada pelbagai niat jahat. Contoh. Negro/Awang Hitam tak habis-habis buat masalah sosial dengan menipu melalui internet black money dan juga jenayah samseng mengganggu dan menggoda wanita tempatan. Yang datang dari negara jiran seberang yang konon-kononnya “serumpun” pula tak habis-habis dengan jenayah pecah rumah, samum dan rompak bersenjata (baca; rumah aku pernah dirompak masuk oleh penjenyah Indon yang bersenjata parang pada tahun 2006. Kami sekeluarga diikat dan segala harta benda kami yang bernilai telah dirompak). Mat Bangla pulak terkenal dengan kaki perempuan, pervert dan gatal. Jenayah berleluasa. Penyakit berjangkit dan segala jenis penyakit pelik-pelik makin banyak pula berlaku.

Kalau diikutkan, dah banyak kali isu ini diangkat. Dah beribu kali isu ini diutarakan dan aku rasa dah banyak kali Saudara Mazidul menulis di blog beliau. Tapi kenapa masih berlaku? Kenapa pertambahan mereka semakin mendadak sejak akhir-akhir ini? Kalau dulu di kampung aku di Batu Pahat, Johor nak tengok negro tak kan jumpalah…tapi, sekarang bersepah! Tu belum dengan lain-lain pendatang asing lagi.

Kenapa jadi begini?

Kenapa?

Why?

p/s – Bukan 1 Malaysia lagi bro. Lu patut cakap ” SATUUUUUUUUUUUUU………..DUNIAAAA!!!!”

p/s/s-Pelik bila time sembahyang Jumaat ke, Terawih ke atau Solat-solat Fardhu di masjid-masjid atau di surau-surau tak pernah pulak aku nampak pendatang asing yang muslim ni berjemaah bersama. Hairan. Tak kan pergi beromen kot!

Advertisements

BUDAK-BUDAK ZAMAN HI-TECH KALAU BERAYA…

Budak budak zaman Hi-Tech kalau beraya…Dah lupa sedara-mara, salam dengan tuan rumah tah kemana..duit raya yang ditunggunya. Sedih!

Budak-budak zaman Hi-Tech kalau beraya…usung iPad, usung Galaxy S III… layan facebook, twitter..bersosial di alam maya, walhal sepupu-sepapat, saudara-mara ada di depan mata. Bertegur pun tidak. Sedih!

Budak-budak zaman Hi-Tech kalau beraya…Adab dah tiada. Masuk rumah orang dibuatnya macam parti sendirian berhad. Lupa adat. Akhlak pun rosak. Salah siapa? Sedih!

Budak-budak zaman Hi-Tech kalau beraya…Baju kurung bertudung ayu dah dilupakan. Baju Melayu bersongkok dan bersamping habis dicampaknya. Lebih selesa berseluar jeans pendek bertopi. Lebih ayu hanya berbaju sendat dan singkat tersembul di sana sini! Sedih!

Budak-budak zaman Hi-Tech kalau beraya…

p/s – Aku pernah dengar budak-budak zaman Hi-Tech datang nak beraya..”Pak Cik kami datang nak duit raya…….”


RAYA SUDAH HABIS

Raya sudah habis. Raya sudah habis. Raya sudah habis.

Jom balik kota. Jom balik kota. Jom balik kota.

Kusutkan minda. Kusutkan fikiran.

Rempuh trafik sesak, tuju pejabat dan buat kerja!

p/s – Selamat berkerja bagi warga pekerja! Sila bangun dari tidur lena yang mengenyangkan menggemukkan!


JANGAN LUPA ISI BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG PDRM UNTUK BERHARI RAYA DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING!

Aidilfitri bakal tiba dan sudah pasti ramai yang bakal bercuti lama, mungkin seminggu dan mungkin juga dua minggu. Sambung sambut merdeka terus. Lebih radikal, sambung cuti sebulan untuk sambut Perayaan Hari Malaysia.

Cuti lama. Rumah kosong. Tak dijaga dan tak terjaga.

Jangan lupa!

Kunci pintu rumah depan dan belakang. Tingkap tutup serapat yang mungkin. Peralatan elektrikal rumah jangan lupa untuk dimatikan, karang tak pasal-pasal ada rumah yang terbakar tak pun bil melambung naik. Gas memasak pun perlu dimatikan. Lebih penting dari itu, jangan lupa untuk isi Borang Maklumat Balik Kampung dan serahkan di Balai Polis berhampiran. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga. Sila klik link dibawah untuk download borang tersebut.

http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf

p/s – Selamat Berhari Raya! Semoga selamat semuanya!


SALAM AIDILFITRI 1433H

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya!

Jangan main mercun, nanti putus jari.
Jangan bawak kereta berdesup laju macam pelesit, nanti hilang family.
Jangan lupa pada mereka yang susah, nanti rugi diri sendiri.
Bermaaf-maaflah sesama kita supaya senang di hati.
Makan rendang dan ketupat berlauk kari jangan banyak-banyak pula, beringat-ingatlah agar tidak ke hospital pula nanti!

Lagi satu, dah seronok sangat nak sambut raya. Jangan lupa tunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Berkat pada diri sendiri!

p/s – Salam Aidilfitri buat semua! Aku cuti seminggu! Terbaik!


RAYA SUDAH MAHU TIBA…TAPI JANGANLAH TERLUPA…

Pejam celik, pejam celik sudah mau raya. Pergi sana pergi sini shoping raya. Baju raya dibeli berpasang-pasang. Ke hulu ke hilir mencari kuih-muih raya berbalang-balang. Duit raya pulak sudah ditukar mahu bagi pada sanak saudara dan jiran-jiran, sahabat handai dan rakan taulan. Nada henpon pun diberi nafas baru dengan lagu-lagu raya “Evergreen” dendangan Hail Amir dan Uji Rashid menaikkan mood raya kawan-kawan.

Tapi..

Ada yang lebih penting dari itu…

Zakat Fitrah sudah bayar?

p/s – Tunaikanlah kerana ianya satu kewajipan…


SATU SKOP KA? SERIBU TAHUN KA?

Orang kita, pantang ada benda free semua nak diambilnya. Lagi-lagilah tawaran tu terhad dan punya limitasi. Berebut-rebut macam kempunan. Beratur panjang pun tak pa. Menunggu lama pun tak kesah. Berasak-asak dan bercampur lelaki perempuan pun buat tutup sebelah mata. Macam jakun sangat pun ada. Kebulur pun ada. Haish!

Tapi yang hairannya, ada satu benda yang terang-terang Allah bagi free tak mahu direbutnya. Free ja.  Tapi, makin dibuat tak tau. Makin ditolak ke tepi. Makin dibiarkan ianya berlalu pergi. Masjid dan surau makin sepi. Jemaah makin berkurang. Tenggelam dan lalai dengan benda ais krim free yang entah esok lusa pun ampa semua boleh dapat lagi.

Satu skop ja kot! Bukan Seribu skop! Ni nak khabaq mai ni, Allah bagi ganjaran pahala untuk seribu tahun percuma, tak penuh pun masjid-masjid. Tak sesak pun surau-surau. Tak pulak berasak-asak ke masjid dan surau. Tak pulak berlumba-lumba nak dapatkannya.

Hai lah. Apa nak jadik. Aku fikir baik ja. Mudah-mudahan apa yang ampa semua rebutkan waktu berbuka semalam, ampa rebutkan juga tawaran dan peluang hebat dari PENCIPTA ampa semua tu pada malamnya.

p/s – Hai lah…aiskrim pun nak jakun. Bukankah syarikat yang menawarkan ais krim tersebut mendukung cita-cita Zionis Yahudi? Aiskrim Malaysia dalam plastik tu lagi terbaik! Selamat beramal untuk 10 malam terakhir!


GUA BENGANG DENGAN VMS…(CERITA LEBUHRAYA)

Ada satu perkara yang membuatkan aku betul-betul panas hati dan bengang di atas lebuhraya. Sistem VMS. Apa VMS? VMS adalah singkatan Variable Message System. Kalau di lebuhraya-lebuhraya di Malaysia ni, VMS ni macam papan digital/Digital Board yang terpacak di tengah-tengah lebuhraya. Ngerti? Tengok contoh yang ada kat bawah ni.

VMS di USA. Saja aku ambil contoh dari USA. Kalau ambil contoh di Malaysia ni, nanti ada yang terasa pulak!

Biasanya benda alah ni berfungsi untuk meng”deliver” mesej-mesej secara terus kepada pengguna lebuhraya dan biasanya mesej-mesej ni pula bersangkut paut dengan kemalangan, kesesakan trafik, kenderaan bergerak perlahan atau berhenti di laluan lebuhraya hingga mengganggu perjalanan, waktu perjalanan atau jam, had laju lebuhraya, amaran-amaran di lebuhraya, promosi-promosi, keadaan cuaca dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan sesuai dari semasa ke semasa.

Perjalanan aku yang berulang-alik dari Melaka-KL dan KL-Melaka saban hari amatlah bergantung dengan laporan trafik (baca; untuk mengelak kesesakan trafik) yang disampaikan oleh brader-brader Trafic Management Center di LLM (baca; Laluan-Laluan Malaysia) juga jika aku tak sempat nak mendengarkannya, solusi lain adalah “menatang” VMS ni! Jika nak dihitungkan jumlah VMS yang ada di sepanjang perjalanan aku dari Melaka-KL adalah lebih kurang lima unit yang di pasang (betulkan aku jika silap) dan kebanyakkan VMS bukanlah menyiarkan mesej berkaitan trafik di lebuhraya, tapi lebih kepada promosi produk-produk tertentu sahaja! Contohnya Kad “MinusSmiles” (baca; Nama kad ditukar kepada nama lain untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu. Maklumlah di Malaysia ni kan perkara saman-menyaman dah macam satu perkara yang biasa berlaku)

Contoh:

“Gunakan Kad MinusSmiles dan dapatkan rebet hingga 5%”

“Untuk maklumat trafik sila layari twitter di bla, bla, bla…”

Ataupun berbentuk amaran….

“Tali pinggang bukan untuk hiasan…sila pakai demi keselamatan”

“Sesaat terlelap, nyawa melesap”

Pada pendapat akulah, dari disiarkan mesej-mesej  tersebut adalah lebih baik disiarkan maklumat berkaitan trafik dengan lebih kerap. Siarkan meklumat perjalanan. Mana jalan yang sesak, mana tempat yang sedang sangkut dan di mana tempat atau jalan alternatif lain yang sesuai untuk digunakan oleh pengguna lebuhraya. So, kami selaku pengguna-pengguna lebuhraya dapatlah menikmati perjalanan dengan lebih tenang instead of uploading the same issue and same message daily! Aiyak!

Tak kan lah sambil drive gua nak access gua punya Galaxy S III semata-mata nak baca twitter beb! Kang tak pasal-pasal gua ke mana, Galaxy gua pun entah ke mana.

p/s-  Ni yang semangat gua nak amek  Kawasaki ER-6 makin meluap-luap ni! Hujung tahun ni kompom! Tu pun kalau gua dah tak boleh handle lagi dah dengan jem. Tapi kalau gua dah angkat ini motor memang gua tak kan sangkut jemlah lepas ni!