Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

GUA BENGANG DENGAN VMS…(CERITA LEBUHRAYA)

Ada satu perkara yang membuatkan aku betul-betul panas hati dan bengang di atas lebuhraya. Sistem VMS. Apa VMS? VMS adalah singkatan Variable Message System. Kalau di lebuhraya-lebuhraya di Malaysia ni, VMS ni macam papan digital/Digital Board yang terpacak di tengah-tengah lebuhraya. Ngerti? Tengok contoh yang ada kat bawah ni.

VMS di USA. Saja aku ambil contoh dari USA. Kalau ambil contoh di Malaysia ni, nanti ada yang terasa pulak!

Biasanya benda alah ni berfungsi untuk meng”deliver” mesej-mesej secara terus kepada pengguna lebuhraya dan biasanya mesej-mesej ni pula bersangkut paut dengan kemalangan, kesesakan trafik, kenderaan bergerak perlahan atau berhenti di laluan lebuhraya hingga mengganggu perjalanan, waktu perjalanan atau jam, had laju lebuhraya, amaran-amaran di lebuhraya, promosi-promosi, keadaan cuaca dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan sesuai dari semasa ke semasa.

Perjalanan aku yang berulang-alik dari Melaka-KL dan KL-Melaka saban hari amatlah bergantung dengan laporan trafik (baca; untuk mengelak kesesakan trafik) yang disampaikan oleh brader-brader Trafic Management Center di LLM (baca; Laluan-Laluan Malaysia) juga jika aku tak sempat nak mendengarkannya, solusi lain adalah “menatang” VMS ni! Jika nak dihitungkan jumlah VMS yang ada di sepanjang perjalanan aku dari Melaka-KL adalah lebih kurang lima unit yang di pasang (betulkan aku jika silap) dan kebanyakkan VMS bukanlah menyiarkan mesej berkaitan trafik di lebuhraya, tapi lebih kepada promosi produk-produk tertentu sahaja! Contohnya Kad “MinusSmiles” (baca; Nama kad ditukar kepada nama lain untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu. Maklumlah di Malaysia ni kan perkara saman-menyaman dah macam satu perkara yang biasa berlaku)

Contoh:

“Gunakan Kad MinusSmiles dan dapatkan rebet hingga 5%”

“Untuk maklumat trafik sila layari twitter di bla, bla, bla…”

Ataupun berbentuk amaran….

“Tali pinggang bukan untuk hiasan…sila pakai demi keselamatan”

“Sesaat terlelap, nyawa melesap”

Pada pendapat akulah, dari disiarkan mesej-mesej  tersebut adalah lebih baik disiarkan maklumat berkaitan trafik dengan lebih kerap. Siarkan meklumat perjalanan. Mana jalan yang sesak, mana tempat yang sedang sangkut dan di mana tempat atau jalan alternatif lain yang sesuai untuk digunakan oleh pengguna lebuhraya. So, kami selaku pengguna-pengguna lebuhraya dapatlah menikmati perjalanan dengan lebih tenang instead of uploading the same issue and same message daily! Aiyak!

Tak kan lah sambil drive gua nak access gua punya Galaxy S III semata-mata nak baca twitter beb! Kang tak pasal-pasal gua ke mana, Galaxy gua pun entah ke mana.

p/s-  Ni yang semangat gua nak amek  Kawasaki ER-6 makin meluap-luap ni! Hujung tahun ni kompom! Tu pun kalau gua dah tak boleh handle lagi dah dengan jem. Tapi kalau gua dah angkat ini motor memang gua tak kan sangkut jemlah lepas ni!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s