Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SATU SKOP KA? SERIBU TAHUN KA?

Orang kita, pantang ada benda free semua nak diambilnya. Lagi-lagilah tawaran tu terhad dan punya limitasi. Berebut-rebut macam kempunan. Beratur panjang pun tak pa. Menunggu lama pun tak kesah. Berasak-asak dan bercampur lelaki perempuan pun buat tutup sebelah mata. Macam jakun sangat pun ada. Kebulur pun ada. Haish!

Tapi yang hairannya, ada satu benda yang terang-terang Allah bagi free tak mahu direbutnya. Free ja.  Tapi, makin dibuat tak tau. Makin ditolak ke tepi. Makin dibiarkan ianya berlalu pergi. Masjid dan surau makin sepi. Jemaah makin berkurang. Tenggelam dan lalai dengan benda ais krim free yang entah esok lusa pun ampa semua boleh dapat lagi.

Satu skop ja kot! Bukan Seribu skop! Ni nak khabaq mai ni, Allah bagi ganjaran pahala untuk seribu tahun percuma, tak penuh pun masjid-masjid. Tak sesak pun surau-surau. Tak pulak berasak-asak ke masjid dan surau. Tak pulak berlumba-lumba nak dapatkannya.

Hai lah. Apa nak jadik. Aku fikir baik ja. Mudah-mudahan apa yang ampa semua rebutkan waktu berbuka semalam, ampa rebutkan juga tawaran dan peluang hebat dari PENCIPTA ampa semua tu pada malamnya.

p/s – Hai lah…aiskrim pun nak jakun. Bukankah syarikat yang menawarkan ais krim tersebut mendukung cita-cita Zionis Yahudi? Aiskrim Malaysia dalam plastik tu lagi terbaik! Selamat beramal untuk 10 malam terakhir!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s