Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September, 2012

HUJAN LEBAT….

Dah kerana blog aku tak ter-update sekian lama, maka adalah suara-suara yang mengesyorkan aku untuk menulis balik. Kemaskan sawang-sawang, atau at least kalau malas nak update pun, silalah tulis huruf atau alfabet dari “A hingga Z” atau nombor “1 hingga 100” atau menulis huruf jawi “Alif hingga Ya” sekurang-kurangnya tak delah senyap menyepi macam radio rosak yang tunggu masa untuk dibakul sampahkan. Sebenarnya hidup aku ni agak sebuk. Hari-hari travelling dari Melaka-KL, KL-Melaka hanya untuk mencari sesuap rezeki untuk anak dan bini. Keluar tak nampak matahari, balik pun tak nampak matahari. Hujung minggu aku menelaah pelajaran pula…

Malam tadi. Aku yang tengah syok-syok tidur ni terasa macam ada “sesuatu”. Rasa seram sejuk semacam je. Angin pulak kuat menerpa masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dentuman petir yang kuat memecah hening malam itu. Sikit demi sikit hujan turun. Mula-mula rintik-rintik sambil disertakan dengan angin yang kuat. Kemudian, hujan semakin lebat dan makin lebat dan makin lebat. Langit seolah-olah sedang menangis semahu-mahunya. Aku tengok jam. Baru pukul 1 pagi! Aku lihat anak, pandang bini…masing-masing sedang nyenyak diulit mimpi.

Aku bingkas bangun. Cuci mata, basuh muka dan lap muka. Terus menuju ke perbaringan. Aku baring kembali sambil mengeluh kecil membebel pasal anjing jiran sebelah memekak tak henti-henti menyalak-nyalak sejak dari hujan turun lagi. Entah nampak hantu apa entah pagi-pagi buta ni. Ikutkan hati aku, mahu je aku tembak anjing rumah sebelah ni dengan senapang gajah. Tembak biar tepat di kepala, biar bersepai otak berterabur di tanah dan darahnya biar sahaja memercik di dinding rumah jiran tu. Bangkai anjing itu mahu sahaja aku gantung dipintu pagar rumah jiran aku tu. Baru padan mukanya. Tapi, itu niat sahaja, buatnya belum tentu lagi…matlamat tak menghalalkan cara…

Bunyi hujan turun malam itu sungguh nikmat. Aku nikmati semahunya dan mata aku kembali kuyu…mula layu, terkatup sendirinya dan akhirnya aku berdengkur kembali……

p/s – Entri kosong….Bagi lu orang baca,  kang kalau aku tak update ada yang bising pulak. Haha!

Advertisements

USTAZ, CUBA JAWAB SOALAN SAYA NI….

Di pejabat, untuk menghilangkan stress kenalah “melawat tapak”, barulah otak tak tepu tahap tempayan lebar. Sambil melawat tapak, bolehlah berborak-borak dengan rakan sekerja barang seminit dua, tiga ke empat minit, refreshkan minda. Dalam konteks “melawat tapak” seperti yang aku katakan tadi tidak membawa maksud yang aku berjalan keluar dari pejabat lalu singgah ke warung kopi untuk “ngeteh”. Tidak sama sekali. Di pejabat aku, perkara sedemikian rupa adalah dilarang keras, jadi dalam erti kata ini “melawat tapak” adalah tertakluk di ruang legar pejabat aku sahaja. Di sudut-sudut terpencil.

Dah kerana otak tepu, fikiran buntu, hati kecamuk maka aku pergi ke satu kawasan ini yang dirahsiakan lokasinya. Aku berjumpa dengan kawan sepejabatku yang bernama Rizan. Beliau ini punya hobi untuk mendownload segala macam muvi dan cereka di alam siber hatta filem hindi yang lama-lama pun “ditarik sedut” olehnya. 

Ok, dipendekkan cerita kami berbual. Bertanya khabar. Bertanya hal-hal keluarga. Itu dan ini. Sampai pula ke satu topik. Perbincangan agama.

Rizan: Aku ada layan video ceramah agama ini oleh Ustaz Bla Bla Bla….

Aku: Pasal apa?

Rizan: Pasal solat. Ada seorang perempuan ni, adalah bertanya pada Ustaz penceramah ni berkaitan hal solat. Dia tanya lebih kurang macam nilah…”Ustaz, wanita kalau solat tak pakai baju dalam sah tak?”

Aku: ……………………..Ok….lepas tu apa ustaz tu jawab?

Rizan: Ustaz tu tanya balik, apsal pulak tak  sah, kalau pakai kain telekung siap semua dan tutup aurat..Insyaallah sah.

Aku:……………..Betul! Ok, lepas tu

Rizan: Dia tanya lagi, kenapa pulak ustaz, kan dah bergerak lebih tiga kali…mestilah tak sah….!

Aku: HAHAHAHAHAHAHAHAHA! (baca; berdekah aku….paham-paham sudah!)

Rizan: Tu lah yang kelakarnya, tapi the best part..ustaz tu jawab balik…”Cuba tanya laki awak, dia solat tak pakai seluar dalam sah ke tak sah?”

Aku:HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!! Berdekah sekali lagi.

p/s –  Lawatlah tapak untuk hilangkan stress anda. Hehehe! Astaga….

nota: Cuba cari video ceramah ni kat youtube! hahaha


MALAYSIA LAWAN VIETNAM, FRIENDLY MATCH SEBELUM AFF 2012

Malaysia Lawan Vietnam. Siapa menang? Sudah bersediakan Harimau Malaya menghadapi Perlawanan Piala AFF November nanti?

Mari kita lihat percaturan dan strategi Harimau malam ini. Adakah membaham atau dibaham?

p/s – Selamanya Harimau Malaya!

Update selepas perlawanan.

Malaysia tumpas. Vietnam menang. 2-0 pulak tu. Aku rasa, dah lama sangat Malaysia tak kalah di tempat sendiri dan di hadapan penyokong tegar ULTRAS MALAYA terutamanya bagi perlawanan yang melibatkan negara ASEAN. Malaysia hanya tumpas ketika perlawanan dengan kelab-kelab gergasi EPL sahaja. Itu yang aku ingat. Jika salah, sila update.

Bukan nak kutuk. Bukan nak keji. Tapi perlu dikaji. Percaturan pada separuh masa pertama sangat teruk. Semua bahagian teruk. Dari defend, midfield hinggalah ke attacking, semuanya hancus. Semua serba tak menjadi dan kucar-kacir. Prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain seolah-olah bukan Harimau Malaya yang sedang beraksi. Separuh masa kedua kembali segar dengan beberapa pertukaran pemain yang “asal” dan corak permainan kembali agresif dan segar. Tapi, penyudahnya pula tidak menjadi.

Apapun, aku harap kekalahan ini tidak akan berulang pada Piala AFF nanti. Malaysia pada ketika itu adalah tuan rumah dan pada masa yang sama perlu mempertahankan kejuaraan. Prestasi kebanyakkan negara ASEAN semakin meningkat. Filipina, Singapura, Indonesia, Myanmar. Negara-negara ini sedang meningkat mutu permainan bola sepak mereka.

Bagi aku, “kewujudan” Safee di dalam team amat diperlukan. Dia bolehlah dianggap sebagai motivasi kepada pemain-pemain lain, walaupun sudah kemarau gol sejak November tahun lepas! Lagi satu, tak payah nak eksperimen sangatlah. Dudukkan saja pemain pemain yang Datuk kenal di posisi mereka seperti sediakala, barulah keserasian itu wujud. Barulah mantap. Nak eksperimentasi apa lagi woi? AFF dah dekat dah ni….

p/s – Harimau Malaya selamanya!