Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HUJAN LEBAT….

Dah kerana blog aku tak ter-update sekian lama, maka adalah suara-suara yang mengesyorkan aku untuk menulis balik. Kemaskan sawang-sawang, atau at least kalau malas nak update pun, silalah tulis huruf atau alfabet dari “A hingga Z” atau nombor “1 hingga 100” atau menulis huruf jawi “Alif hingga Ya” sekurang-kurangnya tak delah senyap menyepi macam radio rosak yang tunggu masa untuk dibakul sampahkan. Sebenarnya hidup aku ni agak sebuk. Hari-hari travelling dari Melaka-KL, KL-Melaka hanya untuk mencari sesuap rezeki untuk anak dan bini. Keluar tak nampak matahari, balik pun tak nampak matahari. Hujung minggu aku menelaah pelajaran pula…

Malam tadi. Aku yang tengah syok-syok tidur ni terasa macam ada “sesuatu”. Rasa seram sejuk semacam je. Angin pulak kuat menerpa masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dentuman petir yang kuat memecah hening malam itu. Sikit demi sikit hujan turun. Mula-mula rintik-rintik sambil disertakan dengan angin yang kuat. Kemudian, hujan semakin lebat dan makin lebat dan makin lebat. Langit seolah-olah sedang menangis semahu-mahunya. Aku tengok jam. Baru pukul 1 pagi! Aku lihat anak, pandang bini…masing-masing sedang nyenyak diulit mimpi.

Aku bingkas bangun. Cuci mata, basuh muka dan lap muka. Terus menuju ke perbaringan. Aku baring kembali sambil mengeluh kecil membebel pasal anjing jiran sebelah memekak tak henti-henti menyalak-nyalak sejak dari hujan turun lagi. Entah nampak hantu apa entah pagi-pagi buta ni. Ikutkan hati aku, mahu je aku tembak anjing rumah sebelah ni dengan senapang gajah. Tembak biar tepat di kepala, biar bersepai otak berterabur di tanah dan darahnya biar sahaja memercik di dinding rumah jiran tu. Bangkai anjing itu mahu sahaja aku gantung dipintu pagar rumah jiran aku tu. Baru padan mukanya. Tapi, itu niat sahaja, buatnya belum tentu lagi…matlamat tak menghalalkan cara…

Bunyi hujan turun malam itu sungguh nikmat. Aku nikmati semahunya dan mata aku kembali kuyu…mula layu, terkatup sendirinya dan akhirnya aku berdengkur kembali……

p/s – Entri kosong….Bagi lu orang baca,  kang kalau aku tak update ada yang bising pulak. Haha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s