Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Oktober, 2012

SALAM AIDILADHA 1433 HIJRAH

Salam Aidiladha.
Aku baru nak keluar opis dan aku baru dapat tau yang Lebuhraya PLUS dah sesak dari Sungai Besi ke Seremban.

Apa pun…Aku kena tabah, sabar dan berkorban.

CIS!

Bertakbir rayalah aku dalam kereta gamaknya!

p/s – Berkoban apa saja…….

Advertisements

KHASIAT TEMPE

Aku wong jowo. Wong jowo ki sukak mangan tempe.

Mak mertua aku pulak pengusaha tempe di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Sempenan sambutan Aidiladha yang bakal menjelang tiba, aku pasti tempahan tempe yang dihasilkan oleh mak mertua aku di kampung mencecah ribuan. Selama aku hidup ni, tak pernahlah pulak aku tahu akan kebaikkan tempe ni sehingga aku terbca satu artikal yang aku dapat dari Yahoo! Malaysia. So, aku kongsikan di sini.

– – – – – – – – pppFFFTTTTTTT – – – – – – – – –

Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat.

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi.

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

p/s – Sapa mau tempe??


MEMBANGGAKAN DAN MENGEJUTKAN.

Kelantan dah pun menang Piala Malaysia pada malam Sabtu yang lalu. Pagi esoknya pula (baca; Ahad) Zulhfahmi Khairuddin mengotakan janjinya menjejaki podium apabila mendapat tempat kedua pada saingan Moto3, juga pada hari yang sama skuad bawah 21 negara kendalian Ong Kim Swee menjuarai Piala Suratkhabar VFF DI Vietnam! Nampaknya mutakhir ini, anak muda Malaysia banyak mengejutkan orang dengan mutu persembahan sukan mereka di mata negara dan dunia. Tahniah!

Tapi, ada satu perkara juga yang mengejutkan ramai pihak apabila ada anak muda Malaysia yang menuntut di negera seberang tambak memuatnaik video aksi seks lucah mereka di laman blog mereka! Gila! Dunia memang sudah mahu sampai ke penghujung, betullah kata alim ulamak dan juga kitab-kitab lama apabila perlakuan seks dilakukan terang-terangan, maka dunia itu berada di penghujungnya.

p/s – Tunggu saja masanya!


HONG KONG DI KONGKONG!

Hujan malam nan dingin membuatkan aku terasa kurang aktif. Mahu berhibernasi bagaikan beruang polar menikmati cuti musim sejuk di kutub utara, tapi aku bantutkan usaha itu. Malam ni ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Malam ini juga ada perlawanan persahabatan Malaysia dengan Hong Kong, aku selaku peminat tegar Harimau Malaya pasti akan memberikan sokongan moral sepenuh hati.

Jadi aku tonton perlawanan tersebut.

Ini sedikit ulasan yang aku petik dari fan page Harimau Malaya.

“Secara keseluruhannya Malaysia bermain agak baik, setelah menyerap asakan awal Hong Kong pada separuh masa pertama, pemain kita kembali mengatur serangan dan banyak percubaan menarik terhasil. Sepatutnya kita di hadapan 2-0 pada separuh pertama tapi nasib kurang menyebelahi. Separuh masa kedua HM lebih mengancam dengan serangan bertali arus dan tidak terbawa2 oleh tindakan ref yang kurang professional dan akhirnya Safee menjaringkan gol pertama. Selepas itu Safee sekali lagi hampir menjaringkan gol yang amat menarik setelah menggelecek beberapa pemain HK. Safee juga dilihat kerap berjaya merampas bola dari pemain lawan dan kemasukan Safiq Rahim membunuh terus harapan HK untuk bangkit setelah menjaringkan gol ke-2 dengan free kick yang AMAT cantik. Gol ke-3 juga hasil sepakan percuma Safiq yang membolehkan Fakri menjaringkan gol setelah keeper HK gagal menangkap kemas.”

Ranking FIFA.

Malaysia:162, Hong Kong:160

Perlawanan Piala AFF: 24 November 2012

p/s – Ada can ke Malaysia menang lagi?


PENDEK DAN RINGKAS

Itu hari aku ada tulis panjang-panjang satu entri pasal trafik sesak kat Semenyih, memuatkan facts and figure tapi entah kenapa boleh pulak hilang macam tu aje! Penat je aku memerah keringat dan idea nak menulis.

Ha! entri yang ni aku tulis pendek je. Aku dah malas nak tulis panjang-panjang. Entri panjang, berfakta dan bergambar memang jenuh nak buat. Yang ini, aku tulis tak sampai lima minit siap! Kalau hilang pun tak rugi apa-apa!

cis!

p/s – Manalah entri aku yang lepas ni!!! Bedebah!


PRU 13, SUNGGUH AKU TAK SABAR!

Pejam celik, pejam celik bulan sepuluh dah nak habis, tahun 2012 pun dah nak habis.

Bulan sepuluh sudah pun hampir tiba di pertengahan. Hujung bulan bakal menyambut Raya Haji, maka ramailah yang hendak berkenduri-kendara nak buat korban dan akikah. Oh! sungguh aku tak sabar. Aku tak sabar nak asah parang tajam-tajam, dah tak sabar nak tolong orang-orang kampung tumbangkan lembu, dah tak sabar nak lepah-melapah daging-daging korban, dah tak sabar nak agih-agihkan daging korban. Sungguh aku tak sabar!

Tapi, ada juga satu perkara yang paling aku nantikan dan buatkan aku sangat-sangat tak sabar.

PRU 13!

Inilah perkara yang aku dok tunggu-tunggu sampai la ni. Tak de pulak apa-apa kata putus dari PM. Tapi dari sudut sipi-sipi bila di tengok keadaan semasa, benda yang dinanti-nanti ni macam semakin hampir cuma tak tahu bila ianya akan dijalankan. Mungkin hujung tahun, mungkin awal tahun depan. Bila pergi sana-sini, lepak di kedai-kedai makan, aku sering terdengar cakap-cakap orang ramai hal-hal PRU ni. Apa yang aku nampak PRU ni ibarat satu teka-teki yang berlegar di benak orang ramai.

Aku tak sabar nak PRU. Sungguh aku tak sabar! Aku tak sabar nak beratur panjang. Tak sabar nak conteng kertas undi. Aku tak sabar nak tengok orang-orang politik gaduh sana-sini. Aku tak sabar nak lalu kawasang hingar-bingar pondok panas dekat kawasan buang undi dan aku suka sangat tengok aksi-aksi dangkal penyokong politik yang suka buat provokasi ganas. Serius aku tak sabar!

p/s – Tak sabar nak buang undi!


KAIS PAGI MAKAN PAGI…

Oh! Dah pukul lapan malam dan aku masih di pejabat buat kerja! WTH!

Pffftttttt……

Ada lagi dua jam untuk aku sampai ke rumah ku, Melaka. Esok pagi-pagi sebelum nampak matahari sudah keluar rumah semula untuk ke pejabat.

p/s – Kais pagi, makan pagi…kais malam, makan malam. Tajiku dah tumpul….


HULURKAN BANTUAN…JANJI IKHLAS

Minggu lepas aku makan di salah sebuah restoran makanan pantas di Banda Melaka. Makan Ayam Goreng dan nasinya. Ramai orang di restoran itu. Ada orang Malaysia, ada juga pelancong asing dan pendatang asing tanpa izin dan dengan izin. Tak lama lepas beratur panjang, dapatlah aku set makanan yang dipinginkan. Aku bawa set makanan tersebut dan menuju ke meja untuk sesi mentekedarah. Tengah dok-dok melantak ayam goreng yang lazat bahagian “Tight” aku didatangi oleh seorang pak cik tua, umur linkungan 60an, berketayap dan berjanggut putih “menjual” sekeping kertas surah Yasin.

“Nak…derma ikhlas”..katanya ringkas.

Suaranya agak garau, tapi perlahan dalam nada meminta yang sayu. Aku hanya memandang dengan mata yang terkebil-kebil sambil berfikir-fikir sama ada mahu hulur atau tidak.

Ok, di sini aku nak mengajak kamu semua berfikir sejenak? Jika keadaan ini berlaku, apa tindakan kamu?

Dari pemerhatian aku di restoran ini, ramai di kalangan pengunjung akan bagi signal melalui “body language” dengan senyum dan menolak pak cik tersebut secara baik dengan mengatakan “sorry”..Tapi pernahkah kamu terfikir atau pernah tak kamu terdengar akan hadis ini…

Daripada Abu Hurairah RA : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :
Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit.
1. Engkau mendamaikan antara dua orang yang berselisihan itu adalah sedekah.
2. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya itu adalah sedekah
3. Dan perkataan yang baik itu sedekah.
4. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah.
5. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.

Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim

 
Aku pada mulanya enggan dan agak berat juga untuk menghulurkan duit, maklumlah kita sudah banyak kali dimomok-momokkan dengan adanya sindiket peminta sedekah, tapi jika difikirkan dan direnung kembali akan wajah pak cik tersebut….hati aku menjadi lembut dan terus sahaja menghulurkan duit yang tak seberapa untuk disedekahkan kepada pak cik itu.
 
“Aku tengah makan sedap-sedap…pak cik ni nak makan pun tak mampu…”
 
Itulah yang aku fikirkan. Di kala kita dalam senang, ada orang yang sedang susah dan oleh itu bantulah mereka walaupun sumbangan yang dihulur adalah kecil, tapi amat bermakna dan besar bagi mereka. Harapkanlah pada keredhaan Allah.
 
p/s – Alahhh…huluq ja singgit, bukan luak mana pun…yang penting ikhlas!