Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HULURKAN BANTUAN…JANJI IKHLAS

Minggu lepas aku makan di salah sebuah restoran makanan pantas di Banda Melaka. Makan Ayam Goreng dan nasinya. Ramai orang di restoran itu. Ada orang Malaysia, ada juga pelancong asing dan pendatang asing tanpa izin dan dengan izin. Tak lama lepas beratur panjang, dapatlah aku set makanan yang dipinginkan. Aku bawa set makanan tersebut dan menuju ke meja untuk sesi mentekedarah. Tengah dok-dok melantak ayam goreng yang lazat bahagian “Tight” aku didatangi oleh seorang pak cik tua, umur linkungan 60an, berketayap dan berjanggut putih “menjual” sekeping kertas surah Yasin.

“Nak…derma ikhlas”..katanya ringkas.

Suaranya agak garau, tapi perlahan dalam nada meminta yang sayu. Aku hanya memandang dengan mata yang terkebil-kebil sambil berfikir-fikir sama ada mahu hulur atau tidak.

Ok, di sini aku nak mengajak kamu semua berfikir sejenak? Jika keadaan ini berlaku, apa tindakan kamu?

Dari pemerhatian aku di restoran ini, ramai di kalangan pengunjung akan bagi signal melalui “body language” dengan senyum dan menolak pak cik tersebut secara baik dengan mengatakan “sorry”..Tapi pernahkah kamu terfikir atau pernah tak kamu terdengar akan hadis ini…

Daripada Abu Hurairah RA : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :
Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit.
1. Engkau mendamaikan antara dua orang yang berselisihan itu adalah sedekah.
2. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya itu adalah sedekah
3. Dan perkataan yang baik itu sedekah.
4. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah.
5. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.

Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim

 
Aku pada mulanya enggan dan agak berat juga untuk menghulurkan duit, maklumlah kita sudah banyak kali dimomok-momokkan dengan adanya sindiket peminta sedekah, tapi jika difikirkan dan direnung kembali akan wajah pak cik tersebut….hati aku menjadi lembut dan terus sahaja menghulurkan duit yang tak seberapa untuk disedekahkan kepada pak cik itu.
 
“Aku tengah makan sedap-sedap…pak cik ni nak makan pun tak mampu…”
 
Itulah yang aku fikirkan. Di kala kita dalam senang, ada orang yang sedang susah dan oleh itu bantulah mereka walaupun sumbangan yang dihulur adalah kecil, tapi amat bermakna dan besar bagi mereka. Harapkanlah pada keredhaan Allah.
 
p/s – Alahhh…huluq ja singgit, bukan luak mana pun…yang penting ikhlas!
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s