Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for November, 2012

MUJAHIDEEN……

Gambar-gambar pejuang muda dari Briged Al-Qassam dan gambar yang akhir adalah gambar para mujahideen yang bersedia melintasi sempadan untuk berjuang bersama dengan Briged Al-Qasam bagi menentang Zionis Israel.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Do they look like they are fighting for Kufr-Democracy, secularism and for the West? Honestly... or do they look like they are fighting for the sake of Allah (swt) - what do you think?
 
 
Lihat wajah-wajah pejuang mujahideen ini. Dari riak wajah, perwatakan dan perlakuan mereka adakah mereka berjuang untuk dunia atau adakah mereka berjuang semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya?
 
p/s – Hancurlah Zionis Israel!!!
 
 
Advertisements

HARIMAU TAK CUKUP MAKAN, LETIH TENGOK!

Tak banyak nak kata. Bukan nak mengutuk tapi aku agak kurang puas hati dengan prestasi skuad Harimau Malaya yang makin merudum akhir-akhir ini. Bagi aku perlawanan dengan Bangladesh menampakkan corak sebenar permainan Harimau Malaya. Tak banyak perubahan dan masih melakukan kesilapan yang sama! Macam skrip yang  diulang tayang yang dilakokan semula!

Persoalannya, dengan tidak sampai seminggu perlawanan pertama Piala AFF, Malaysia bakal bertemu seteru tradisi, Singapura …mampukah kita menang? Nampak gayanya, kalau Harimau Malaya masih melakukan corak permainan yang serupa dan masih melakukan kesilapan yang sama, bungkus jawapnya! Apapun, perlawanan menentang Bagladesh yang hanya punya rangking 171 dunia (betulkan aku jika salah) sepatutnya melonjakkan moral pemain dan Harimau Malaya dengan mendapat kemenangan yang besar pada malam ini dan bukan hanya sekadar seri dengan 10 pemain mereka! Untuk rekod, pemain-pemain Bangla ni baru sahaja tiba di Malaysia, jika tak silap 10 pagi semalam dan hanya sempat menjalani latihan sekali sahaja.

Sudahlah pemain tengah hancus, kurang komunikasi antara pemain dan tiada pemain yang rajin untuk minta bola atau membantu satu sama dengan yang lain. Hantaran bola pula lebih banyak dituju ke bawah dari dituju ke atas. Lagi satu, jelas kelihatan pemain Harimau Malaya kurang “passion” dalam permainan jika dibandingkan dengan skuad Bangladesh walaupaun mutu dan skill permainan Harimau Malaya lebih baik dari mereka. Apa lagi nak di kata?

Entahlah…Tunggu dan lihat sajalah…

Lagi satu, sila gugurkan Ammar Rohidan, dia tak boleh nak teraju midfield dah bosan tengok corak permainannya!

p/s- Bapak aku kata, pemain Malaysia dah “tepu”.


KISAH SI PENGECUT ISRAEL TELAH LAMA DICERITAKAN DI DALAM AL-QURAN

Photo

Benarlah seperti yang dipetik dari kalam Allah, Al Quran.

Aku terjumpa gambar ini di Wall kawan (baca; gambar 1-deretan kereta kebal Markava Mark4 di balik tembok pemisah Israel dan Palestin. Gambar 2- Corner short Assault Rifle milik tentera Israel), terus aku capai Quran terjemahan. Aku belek-belek Surah Al-Hasyr, surah ke 59 dan ayat ke 14 yang bermaksud..

“Mereka tidak akan (berani) memerangi kamu (secara) bersama-sama, kecuali di negeri-negeri yang berbenteng kukuh atau di balik tembok. (Ini kerana) permusuhan di antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, padahal hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana mereka orang yang tidak mengerti”

p/s – Dasar pengecut!


SHAYETET 13 VS IZZ AD-DIN AL-QASSAM

Mereka memiliki antara pasukan perang dan ketumbukan militari yang tercanggih didunia. Mereka miliki angkatan laut yang kuat. Mereka miliki angkatan darat yang mantap dan angkatan udara yang tegap. Kecanggihan militari dan kempuhan kuasa mereka bukan calang-calangnya apatah lagi dikelilingi negara Arab disekitarnya. Ketumbukan komando dan pasukan khusus mereka antara yang terbanyak dan terbaik di dunia.

Sebutkan sahaja kelengkapan militari mereka dari kereta kebal, pesawat pejuang, helikopter tempur, assault rifle, drone pengintip, meriam-meriam, misil jarak dekat-sederhana-jauh, kapal perang laut waima senjata kimia dan biologikal pun mereka miliki. Kereta Kebal Markava Mark4 mereka merupakan antara kereta kebal yang “terkebal” dan tercanggih di dunia dan mereka memiliki beribu unit kereta kebal jenis ini (baca; Mark4 adalah versi terkini dan dimaklumkan terdapat 360 unit di dalam ketumbukan militari darat mereka-difahamkan kereta kebal kebangga IDF ini taklah sekebal mana setelah kantol ketika perang Israe -Hizbullah apabila komando Hizbullah berjaya meletupkan beberapa biji kereta kebal jenis ini). Pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon dan F-15 Strike Eagle telah terbukti keampuhannya, Helikopter pengempur AH-64D Apache dengan misil anti kereta kebal ATGW menguatkan lagi penguasaan udara pasukan ini. Dron pengintip pesawat tanpa pemandu UAV milik mereka dengan mudah menjalankan tugas-tugas pengintipan dan pemantauan dari ruang udara. Dron UAV mereka canggih, cukup canggih dan dilengkapi dengan teknologi terkehadapan. Ringan dan mudah dioperasikan dalam masa yang singkat. Juga dengan pelbagai misil-misil serangan jarak dekat-sedehana dan jauh..namakan sahaja…SPIKE, BGM 71-TOW, LAHAT, MAPAT, NIMROD, M47 DRAGON dan macam-macam lagi.

Shayetet 13 adalah pasukan elit naval-komando mereka. Boleh diletakkan sebaris dengan pasukan SBS Britain juga Navy SEALS USA. Pasukan komando ini adalah antara pasukan komando yang terlatih dan paling aktif didunia, kerap kali diatur gerak ke dalam kawasan konflik pada setiap masa. Khusus kepada Sea-To-Land, anti pengganas, tugas-tugas subversif, risikan intelligent dan sabotaj. Pasukan ini juga ada pasukan bantuannya sendiri dan pasukan bantuan ini juga merupakan pasukan khusus yang amat terlatih dalam urban warfare. Pasukan bantuan ini dikenali sebagai Sayeret Matkal dan Shaldag Unit.

Mereka sememangnya mempunyai ketumbukan militari yang terhebat di Asia Barat, tapi mereka angkuh, sombong, bongkak dan takabur dengan kekuatan mereka. Siapa tidak kenal ISRAEL DEFENSE FORCE (IDF)?

Walaupun mereka kuat, mereka masih ada perasaan takut kepada satu-satunya pasukan komando Hamas, iaitu Briged Izz Ad-Din Al Qassam. Unit ini adalah unit komando tentera paling kental di Asia Barat. Mereka sangat tawadhuk dan cintakan syahid. Pasukan ini berkekuatan sehingga 25,000 orang yang siap sedia meyerahkan jiwa raga mereka kepada ISLAM dan ALLAH S.W.T semata-mata untuk menegakkan agama-Nya dan mendapat redha-Nya. Rata-rata para komando AL-Qassam terdiri daripada anak muda yang sungguh suci jiwanya. Mereka tidak punya kereta kebal canngih. Mereka tidak punya senjata canggih. Mereka tidak punya pesawat pejuang. Mereka tidak punya kapal laut dan kapal selam! Mereka hanya miliki rifle AK-47, mortar, pelancar grenade dan yang paling gempak pun, MISIL AL-QASSAM yang hanya mempunyai jarak efektif lebih kurang 20 kilometer (baca; Misil Al-Qassam yang terkini adalah generasi ke-tiga yang mempunyai kuasa peledak dari campuran gula dan potassium nitrat serta campuran baja , TNT dan urea nitrat, rekabentuknya sangat simple dan dibuat dari besi sahaja. Apa yang mengejutkan ianya hanya dibuat di dalam bengkel kereta!) Tapi dengan misil yang tak seberapa inilah yang membuatkan warga Israel tak tidur malam dan angkatan IDF nya ketakutan setiap waktu.

Semoga bantuan Allah akan sampai kepada pejuang-pejuang di Palestin. Semoga Allah mengirimkan malaikat-malaikatnya untuk membantumu AL-QASSAM! Sesunggunya pintu syahid terbuka luas untuk mereka. 

p/s –  KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD, JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA UD! ALLAH HU AKBAR!


ISTERI PENGHUNI SYURGA

Rasulullah s.a.w bersabda: Isteri yang menjadi penghuni syurga adalah yang benar kasih sayangnya, subur (banyak anaknya), mudah minta maaf kepada suaminya (bila salah/keliru), dan bila bersalah atau disakiti dia mendekati suaminya dan memegang tangannya seraya berkata, “demi Allah aku tidak akan memejamkan mata (tidur) sampai kamu redha dan memaafkan aku.

(Hadith Riwayat An Nasai dari Ibnu Abbas r.a)

Disalin dari Blog Permata Kata

p/s – Salam MAAL HIJRAH!


SAYA TAHU PEMAIN SAYA….

Saya tidak panik dan saya tidak tertekan~ Datuk K. Rajagobal.

Dua perlawanan terakhir amat-amatlah tidak memberangsangkan. Mampukah? Bangkit Harimau! Bangkit!

p/s – Cuti free lagi tahun depan kalau AFF Malaysia menang.


BANGUN HARIMAU BANGUN! AFF SUZUKI DAH NAK TIBA OI!!

Persembahan Harimau Malaya semakin hambar kebelakangan ini dan semakin teruk akhir-akhir ini. Longlai. Hilang rentak. Mudah bolos bola kepada lawan. Persembahan taktikal yang carca marba. Terlalu bereksperimentasi. Tewas 0-1 kepada Vietnam dan kantoi dengan Thailand 0-2 menjadikan ranking Harimau Malaya semakin jatuh dan jauh ketinggalan di belakang. Macam jatuh ditimpa tangga!

Apa sudah jadi? Persoalannya….

Mampukan Piala AFF Suzuki yang dijuarai sebelum ini dipertahankan?

Hanya pemain-pemain Harimau Malaya dan King Gopal sahaja yang mampu merealisasikan hasrat ini dan menjawabnya. Apapun, dengan perlawanan persahabatan yang berbaki untuk menentang Hong Kong tidak lama lagi dan juga perlawanan Piala AFF Suzuki pada hujung bulan ini, diharapkan segala kekurangan dapat diperbaiki.

p/s – Bangun, Bangun, Bangun Harimau Bangun….Panggillah Piya oiii King Gopal!!


BUKU BARU BULAN OKTOBER 2012

Dah lama rasanya aku tak update buku baru yang baru saja aku beli..Sementara ada kesempatan, di sini aku update sikit. Kalau diikutkan dah beberapa buah buku aku beli dan baca tanpa update di sini, akibat dari kekangan masa dan lain-lain hal aku jarang update jartatan ini.

Sejak dari zaman sekolah lagi akau amat meminati subjek sejarah dan pada minggu lepas aku telah membeli buku sejarah islam berkaitan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dek kerana di dalam musim haji dan kadang-kala terdengar laungan haji di radio dan kaca tv makin membuatkan aku semakin kuat semangat untuk membeli dan membaca buku ini. Jadi aku sambarlah buku-buku ini di kedai. Aku memilih buku terbitann Yamani Angel dan bagi aku gaya penulisan untuk buku ini menarik dan tidaklah terlalu bercerita sahaja. Berikut gambar buku-buku ini…

 p/s – Membaca “fly over” ilmu! Tinggal satu lagi buku dari siri ini yang belum dibeli, “Ali Bin Abi Talib-The Glorious”