Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARIMAU TAK CUKUP MAKAN, LETIH TENGOK!

Tak banyak nak kata. Bukan nak mengutuk tapi aku agak kurang puas hati dengan prestasi skuad Harimau Malaya yang makin merudum akhir-akhir ini. Bagi aku perlawanan dengan Bangladesh menampakkan corak sebenar permainan Harimau Malaya. Tak banyak perubahan dan masih melakukan kesilapan yang sama! Macam skrip yang  diulang tayang yang dilakokan semula!

Persoalannya, dengan tidak sampai seminggu perlawanan pertama Piala AFF, Malaysia bakal bertemu seteru tradisi, Singapura …mampukah kita menang? Nampak gayanya, kalau Harimau Malaya masih melakukan corak permainan yang serupa dan masih melakukan kesilapan yang sama, bungkus jawapnya! Apapun, perlawanan menentang Bagladesh yang hanya punya rangking 171 dunia (betulkan aku jika salah) sepatutnya melonjakkan moral pemain dan Harimau Malaya dengan mendapat kemenangan yang besar pada malam ini dan bukan hanya sekadar seri dengan 10 pemain mereka! Untuk rekod, pemain-pemain Bangla ni baru sahaja tiba di Malaysia, jika tak silap 10 pagi semalam dan hanya sempat menjalani latihan sekali sahaja.

Sudahlah pemain tengah hancus, kurang komunikasi antara pemain dan tiada pemain yang rajin untuk minta bola atau membantu satu sama dengan yang lain. Hantaran bola pula lebih banyak dituju ke bawah dari dituju ke atas. Lagi satu, jelas kelihatan pemain Harimau Malaya kurang “passion” dalam permainan jika dibandingkan dengan skuad Bangladesh walaupaun mutu dan skill permainan Harimau Malaya lebih baik dari mereka. Apa lagi nak di kata?

Entahlah…Tunggu dan lihat sajalah…

Lagi satu, sila gugurkan Ammar Rohidan, dia tak boleh nak teraju midfield dah bosan tengok corak permainannya!

p/s- Bapak aku kata, pemain Malaysia dah “tepu”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s