Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Disember, 2012

HARIMAU REMAJA MENGAUM DI FRENZ INTERNATIONAL CUP 2012

Aku berkesempatan menyaksikan perlawanan secara live di Astro Arena Piala Antarabangsa Frenz 2012/Frenz International Cup 2012. Aku dapati budak-budak U15 Malaysia atau dikenali sebagai HARIMAU MUDA D amat-amat menonjol. Menang 5-0 dengan Slavia Praha dari Rep. Czech dan menang 2-0 ke atas Pilihan Incheon dari Korea Selatan! Gempak beb! Menang tanpa bolos dan layak ke pusingan semi-final!

Nampaknya budak-budak ni memang kena “bela”. Jaga mereka. Didik mereka dengan disiplin. Kayakan ilmu bola sepak mereka dengan pelbagai perlawanan antarabangsa supaya mereka benar-benar matang dalam bola ini. Terapkan semangat ke-Malaysia-an dan cintakan tanah air serta berikan juga didikan keagamaan yang baik kepada mereka supaya mereka lebih bersikap zuhud, tidak bermegah-megah dan tidak riak serta akan menjadi seorang pemain muslim yang baik. Bila masuk padang berdoa, keluar padang pun berdoa. Lihat pemain Eropah yang muslim umpamanya Ozil yang sentiasa berdoa jika masuk keluar padang. Jangan tak tahu, hobi beliau adalah membaca Al-Quran! Aku jamin Malaysia bukan sahaja boleh pergi ke Piala Malaysia, mungkin Piala Dunia pun boleh!

Kini, mereka menjurai kumpulan dan bakal bertemu dengan sebuah lagi kelab U15 dari Malaysia iaitu Frenz United. Kelab ni pun boleh tahan. Menang sekali dan seri sekali. Ok la tu!

Apa yang aku perhatikan, budak-budak ni bila main ada skill. Ada keberanian untuk merembat dari jarak jauh/luar gawang. Ada idea untuk mencorak perlawanan dan yang penting jentera serangannya “tajam”, bahagian tengahnya “hidup” manakala bahagian defendnya “kental”. Memang terbaik! Aku doakan mereka berjaya.

Go Harimau Remaja!

Link ke website Frenz International Cup, sila klik sini

p/s – Aku impikan anak aku bakal menyarung jersi Malaysia satu hari nanti.


EKSIDEN…EKSIDEN..EKSDEN

Pagi tadi masa aku on the way nak ke pejabat , ada satu kemalangan ngeri berlaku di depan mata aku! Sebiji Myvi Hitam terbabas, terbalik lalu terlungkup di lorong kanan lebuhraya PLUS arah Seremban ke Sungai Besi. Masa kejadian berlaku, aku hanya mampu ungkapkan istighfar berulang-ulang kali dan berdoa agar kejadian seumpama itu tak berlaku kepadaku dan lain-lain orang yang menggunakan lebuhraya ni. Bila dah lalu bersebelahan kenderaan tersebut (baca; tayar kereta masih berpusing-pusing lagi semasa aku lalu bersebelahan dengan kereta tu) aku berfikir, bagaimanakah keadaan pemandu tersebut? Kereta Myvi Hitam tersebut terlungkup, remuk bahagian depan dan berasap. Apa yang dapat kamu bayangkan lagi?

Cederakah?

Parahkah? atau..

Matikah?

Aku berdoa sekalu lagi agar jangan ada perkara-perkara buruk berlaku kepada pemandu  tersebut. Alhamdullilah, pemandu yang juga seorang wanita tersebut masih selamat! Mungkin cedera ringan sedikit. Aku dapati begitu ramai “pasukan bomba” dan “petugas kecemasan” yang terdiri dari orang awam pelbagai kaum cuba untuk menyelamatkan beliau. Lega rasanya dapat lihat kerjasama dan kemuhibahan perkara seumpama ini. Ada apek yang hanya bersinglet putih, brader-brader pejabat yang lengkap berseluar slack dan berkemeja dan lain-lain orang.

Aku meneruskan perjalanan tapi dalam keadaan yang sedikit terkejut. Mudah-mudahan kejadian buruk/kemalangan tak akan menimpa aku dan ahli keluarga aku. Aminnnn…

p/s – Hari-hari Melaka-Bangi beb! Seriau! Moral, berhati-hatilah di jalan raya dan juga lebuhraya!


RAGAM PENGGUNA LEBUHRAYA

Kadang-kadang aku akan terasa lucu bila melihat segelintir pengguna lebuhraya yang kurang hemahnya dan tak ada rasa hormat langsung dengan pengguna yang lain. Aku bagi contoh, bawak slow macam siput babi tapi duduk dekat lane kanan. Apa yang korang rasa kalau ada kereta yang lembap macam tu dekat lane kanan dan pada masa tu korang tengah speeding laju? Lampu tinggi dah bagi dari jauh tapi kerete tu masih lagi tak gerak-gerak dari lan tu? Apa tindakan korang? Rasa macam nak tempeleng pun ada, betul?

Bagi sesetengah yang lain pula…for sure, mencarut dan caci maki adalah jalan terbaik untuk mengurangkan stress pada pemandu yang tak reti bahasa tu. Kalau tak boleh tahan, akan overtake lorong sebelah kiri dan potong melalui lane sebelah kiri yang mungkin mengundang bahaya. Tapi, itu merupakan tindakan tipikal bagi kebanyakkan pemandu-pemandu di luar sana. Potong guna lane kiri.

Semalam petang, masa aku drive on the way nak balik ke rumah aku dari Bangi ke Melaka, ada satu kereta Evo10 yang dipandu laju. Dari jauh aku dah nampak lampu tingginya yang dah pun di pasang walaupun pada petang hari yang cerah. So, tak banyak kata dan paham akan message yang cuba disampaikan oleh Evo10 tersebut aku alihlah ke lane tengah tanpa banyak provokasi. Tapi depan aku ni, ada sebiji kereta Proton Waja ala-ala Evo jugak (baca;Proton Convert), tapi tak berganjak ke tengah. Bawak slow, adalah dalam 110km/j. Evo10 pun sampai dan mulalah angkat lampu high beam banyak-bnyak kali. Proton Convert ni masih tak betah untuk berganjak ke tengah. Masih bawak slow, selamber badak dan macam nak mencetuskan provokasi pun ada. Rilek dan kool.

Aku tengok je kejadian tu dan aku perasan yang driver Evo10 ni dah hilang sabar. Hon dibunyikkan dan memecut lajulah Evo10 ni dengan memotong Proton Convert tu melalui lane kiri. Tersentak dengan itu, Proton Convert mula tunjuk rasa tak puas hati dan dikejarnya Evo10 tersebut. Aku tak mahu melepaskan adegan kejar-mengejar ni. Biasalah bila di lebuhraya, adegan macam ni selalu berlaku dan aku tak akan lepaskannya begitu sahaja! Wajib tonton.

Jadi aku follow dari belakang. Tukar gear 7 dan ikut kedua-dua biji kereta tu dalam jarak yang selamat dengan kelajuan yang masih dikategorikan selamat. Kali ni, si Proton Convert pula yang buat high beam kepada Evo10 dan mencucuk dari belakang dengan jarak yang bahaya!

Aku hanya menggeleng kepala!Perlu ke berbuat begitu? Jika berlaku kemalangan macam mana? dan lebih teruk lagi jika kemalangan tersebut meragut nyawa mereka, bagaimana pula?

Jadi, nasihat aku pada pemandu-pemandu dan pengguna tegar lebuhraya macam aku ni..silalah patuhi had laju dan pastikan anda berada di lorong yang betul. Bukan apa, malang tak berbau!

p/s – Syok jugak tengok aksi kejar-mengejar dan cucuk-mencucuk!


CUTI DAH HABIS BRO!

Cuti dah habis bro, wa nak masuk opis makan coki-coki bro!

Ya. Cuti dah habis untuk hujung tahun ni. Sepatutnya, kalau Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tempoh hari, cuti akan menjadi lebih panjang dan lebih menyeronokkan, mana tahu dapat cuti peristiwa macam tahun 2010 dulu. Tapi, sayang seribu kali sayang semuanya tinggal kenangan dan harapan. Singapura akhirnya menjadi juara! Malaysia yang gigit jari! Takpa, Piala Asia ada lagi!

Cuti yang baru sahaja berlalu telah aku gunakan sebaik mungkin. Berjalan makan angin di tempat peranginan yang biasa-biasa dan kos efektif lagi mudah untuk dikunjungi, tak lain tak bukan Port Dickson-lah mana lagi!  Nak pergi jauh-jauh takut over bajet pulak, jadi lepas pikir dan pikir akhirnya PD lah jawapannya. Kalau nak dibilang bercuti di PD ini, aku rasa dah lebih 100 kali aku ke sini. Dari zaman bayi, kanak-kanak, remaja, bujang, berkahwin dan dah ada anak pun masih ke sini lagi. Bak kata orang, kalau selok belok PD tu, aku dah memang masakla!

Kali ini, bercuti bukan lagi berdua macam dulu-dulu..dah bertiga dengan si kecil Khaliff. Juga ada tarikh penting di dalam waktu percutian ini. Annivesary kami yang ke dua! Diam tak diam dah dua tahun jugak!

Tak lama pun spend masa di PD, cuma 2 hari 1 malam ja.

PD sentiasa ramai orang bila tiba hujung tahun dan musim cuti sekolah serta boleh dikatakan trafik sangkut dan jem di mana-mana! Bayangkan trafik sesak dari arah hotel Tiara Beach Resort menghala ke Teluk Kemang! Juga trafik sesak dari Bulatan di depan pasaraya Family Store menghala ke Pantai Teluk Kemang. Di Pekan PD, biasalah! Situasinya sama juga. Aku rasa proses pelebaran jalan dan pengindahan jalan wajar dilakukan sebab PD merupakan pusat pelancongan yang menjadi pilihan para pengunjung untuk dilawati tak kira luar dan dalam negara. Mungkin boleh dibina satu lebuhraya di sana, tapi bukan lebuhraya bertol..binalah lebuhraya macam di Melaka. Ada Lebuh SPA (Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh) dan Lebuh AMJ (Ayer Keroh-Melaka-Jasin). Lebar, cantik dan selesa. Barulah nampak “up” sikit. Ini jalan kocik, jem laei, berlubang-lubang pulak tu macam mano tu? Apo nak dibuek? Rodah yo!

PD kini semakin membangun dengan pelbagai jenis kedai-kedai dan hyper marketnya. Juga di Pekan PD satu pembangunan hartanah tepi pantai juga dah siap dibangunkan dan dikenali sebagai PD Waterfront. Boleh tahan juga tempat tu, ada kedai-kedai serbaneka, kedai makan, ada shopping mall besar, MC Donalds pun ada. Cuma satu je yang kurang best, jalan di sekitarnya agak kecil dan sempit dan juga agak mengelirukan. Sudahlah sempit, orang “kita” ni kalau nak parking kereta pun ikut dan ja. Parking kereta di bahu jalan, double-triple parking lagi..Jadi makin sempitlah jalan tersebut. Apa nak buat, dah tipikal orang Malaysia.

p/s – Bilalah orang Malaysia nak pandai parking kereta elok-elok?


CUTI HUJUNG TAHUN.

Cuti untuk minggu ni. Belum ada plan untuk berjalan. Duduk lepak kat rumah pun ok jugak. Makan kuaci depan tv pun smart jugak. Menikmati angin pantai pun orite jugak. Berkelah tepi sungai sambil dengar bunyi cengkering hutan pun bagus jugak. Tapi belum ada kata putus lagi.

Lepas cuti, mula untuk kerja kuat! Tahun depan banyak benda yang hendak dibuat. Macam-macam.

p/s – K-monlah!


RAGAM SI KHALIFF…

Khaliff sekarang umurnya dah masuk setahun dua bulan. Semakin besar dan semakin meninggi anak jantan aku yang sorang ni. Pandai dah nak berborak dan pandai dah mengemas rumah. Kalau mengemas rumah memang “berseri-seri” rumah aku jadinya. Dari depan ruang tamu, masuk ke bilik tidur terus ke belakang ruang dapur habis dikemasnya. Pendek kata citarasa tinggi, taste “Eric Leong” Coppa Cobbana wa cakap lu!

Bila Khaliff dok leka mengemas aku dan wife senyum simpul dan geleng-geleng kepala. Iyelah, kalau di”interupt” tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Jadi aku biarkan. Satu lagi kecenderungan anak aku si Khaliff ni bila dia minat bebenor dengan benda-benda yang teknikal. Aku ambil satu contoh, basikal roda tiganya. Diambilnya, di terbalikkan, ditonggengkan dan macam-macam lagi perkara yang dibuatnya! Satu perkara lagi, Khaliff sukakan bola sepak. Ya! Sukan nombor satu dunia ni telah memberikan perangsang kepada si Khaliff sejak dari dalam perut lagi.

Bila aku tengok karekter anak aku macam ni, aku boleh agak yang satu hari nanti dia boleh jadi engineer atau mungkin pemain bola sepak negara yang boleh membawa Malaysia ke Piala Dunia! Siapa tahu?

dan…pada masa itu, barulah aku pulak menulis Buku, Malaysia akhirnya ke Piala Dunia!

Hahahaha!

p/s – Angan-angan besar aku ni!


DRIVE PAGI-PAGI MEMANG MENGANTUK!

Aku ni ada sikit masalah kalau drive kereta pagi-pagi hari. Aku mengantuk. Mata macam ada sauh kapal. Berat semacam. Bahaya!

Pagi-pagi hari biasanya aku akan bergerak ke Bangi (aku baru berpindah ke Bangi baru-baru ni, sebelum ni pejabat di KL-Cheras) jam 6:30 pagi biasanya aku mulakan perjalanan. Lepas siap kemas itu ini, mengadap anak aku yang sedang nyenyak tidur dan bagi amanat sampingan pada bini aku, aku terus gerak. Jadi di hening subuh sunyi tu, berdesuplah aku hilang di dalam pekat subuh.Masuk highway PLUS. Bila dah masuk highway, mulalah aku mengantuk. Jalan lengang sekitar area Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan menuju ke Senawang. Tak banyak kereta, tak banyak motor, tak sesak. Bila tak banyak persaingan, mulalah aku mengantuk. Mulut dah start sangap-sangap. Mata dah berair. Kadang-kadang aku tampar-tampar je muka aku bagi hilangkan mengantuk.

Bini aku ada bagitahu aku hari tu, “cuba beli stock red bull banyak-banyak….simpan lah dalam kereta, nanti bole minum untuk hilang mengantuk”

Aku cakap, ” Red bull tak baik untuk kesihatan, karang tak pasal-pasal dapat kencing manis!”

Jadi, aku masih mengekalkan cara tradisional untuk hilangkan mengantuk. Tampar muka! Teknik yang mudah, murah dan mujarab. Sekali kena terus segar.

p/s –  Don’t drink and drive! Nampaknya dah 2 tahun aku berulang-alik Melaka-KL, OOPPPS!! sekarang Melaka-Bangi! hehe!


MALAYSIA KANDAS SEPARUH AKHIR KEDUA AFF 2012, APA PERLU DIBUAT SELEPAS INI?

Bertabahlah rakyat Malaysia! Perjuangan Harimau Malaya di AFF 2012 sudahpun tamat dan berakhir. Nampaknya kita perlu akur dan bermunasabah kembali serta terpaksa menerima hakikat kekalahan ini.  Thailand menang. Bagi aku mereka menang dengan tidak bermaruah. Perang saraf dan perang psikologi sejak dari awal dah dilancarkan. Tekanan demi tekanan diberikan kepada kem Malaysia. Sejak dari awal lagi Thailand dah memberikan layanan buruk kepada pasukan Malaysia. Main di padang becak bertaraf bendang atau lebih tepat lagi padang awam. Tak dibenarkan mencuba padang di stadium utama di mana venue perlawanan diadakan. Pemain Malaysia di baling dengan batu oleh penyokong Thailand. Lihat betapa teruknya mereka?

Aku sedang bersabar, walaupun dah berterabur carutan aku salurkan di fesbuk tadi. Aku akur yang mutu perlawanan Harimau Malaya tadi tak berapa bagus seperti ditunjukkan sebelum ini malah kualiti pemain Thailand lebih baik. Segala passing, ball control, through pass, long ball dan lain-lainnya boleh dikatakan kemas. Thailand pandai bermain dan berlakon. Mutu “lakonan” mereka sungguh berkelas tinggi hinggakan ref Korea K-POP termakan dek lakonan mereka hingga menghadiahkan kad merah kepada Fadhli Shahs. Mungkin nasib menyebelahi Thailand, dengan mutu pengadilan yang teramat teruk oleh ref dari Korea sangat-sangat “membantu” Thailand untuk menguasai 99% padang. Akhirnya Thailand layak ke perlawanan akhir dengan bantuan “tangan ghaib” tanpa maruah.

Baguslah, peringkat akhir AFF 2012 kali ini bakal ada pertemuan antara pelakon dengan pelakon dan si ganas dengan si ganas. Yang satu pandai berlakon sakit dan pandai berlakon untuk curi-curi masa dan yang lagi satu pulak pandai berlakon depan ref (baca; siku pihak lawan sampai jatuh, tapi si lawan yang jatuh yang kena kad..WTF!!). Kita tengoklah skrip perlawanan akhir nanti macam mana.

Ada dua perkara yang perlu pemain Harimau Malaya belajar. Apa dia?

Lakonan dan Bantahan!

Ya! kita kurang pandai berlakon di padang. Kita tak pandai untuk pura-pura sakit macam nak mati, bergolek-golek macam patah kaki, berguling-guling macam tangan terseliuh ke tepi. Tak macam pemain-pemain ini, bergolek punyalah macam nak terputus urat testikal, tapi selang seminit sudah galak berlari laju dan menyepak bola ke gawang gol macam tak ada apa yang berlaku sebelum ini! Benda ini perlu ada! Betul, ini bukan tipu, tapi perlu ada. Psikologi. Tengok macam mana Singapura kalahkan Pinoy. Mereka menerapkan unsur-unsur lakonan dramatik sejak dari 1st half lagi. Thailand. Mereka pandai juga berlakon. Lakonan mereka agak kasar. Mereka tak berlakon untuk berguling-guling macam Singapura. Lakonan mereka dengan menggunakan unsur-unsur Muay Thai. Ada siku, ada seligi ada lutut. Ref tak marah apa lagi nak lemparkan kad kuning atau merah.

Di pihak kita pula, tiada bantahan dibuat bila pemain kita dijatuhkan sama ada dilanggar dari belakang, dibentes, disiku atau dihadang dengan keras oleh lawan. Tiada pemain kita yang berwajah garang dan tegas dengan ref mahupun pihak lawan. Fair play kononnya.

Kesudahannya Thailand 1, ref 1, Malaysia 0.

Juga aku petik sedikit kata-kata dari laman fesbuk Harimau Malaya.

”  Penyokong nak minta pecat pengadil tak leh, so coach ajelah yang jadi sasaran, hehe….Keputusan coach Malam ni yang gagal gantikan Amar dengan another bek tengah lebih awal agak meragukan, apa lagi nak harapkan Amar tu.  Kepada yang salahkan pengadil 100% tu memang penyokong bermusim, yang telah bertahun mengikuti perkembangan HM pastinya akan turut menyalahkan coach dari pemilihan awal pemain lagi dengan ketiadaan pemain2 yang perform habis dalam Liga M. Pemain pastinya akan terfikir, buat apa perform dalam Liga kalau memang takkan dipanggil untuk Pasukan Kebangsaan? Balik-balik muka Amar, Fakri juga yang dipanggil. Betul Malaysia kalahkan Laos,Indonesia dan seri dengan Thai di SNBJ, tapi itu adalah 80% faktor PENYOKONG terutamanya ULTRAS MALAYA yang menghadirkan GERUN kepada pasukan lawan sehinggakan THAI agak kaku di SNBJ selain “FeNoMeNa” WAN ZACK HAIKAL & MAHALLI JASULI yang menyelamatkan COACH RG. Jika tidak, awal2 lagi HM akan tersingkir di peringkat kumpulan. So, COACH RAJA, jangan terlampau senang hati dan tidak boleh ditegur! PIN KEBAL anda telah hilang kini. “

p/s –  Lepas ni Malaysia dah tak layan AFF dah, Malaysia nak menggegar ASIA! PIALA ASIA pulak bro!!! Harimau Malayo kito belasoh-belasoh dio!!


MISI WAJIB MENANG HARIMAU MALAYA MALAM INI! AFF SUZUKI 2012.

Malam ini merupakan malam segala penentuan. Sama ada kalah atau menang. Layak atau tidak. Harapan aku dan juga seluruh anak Malaysia hanya satu. Layak ke pusingan seterusnya dan akhirnya menebus dendam kesumat yang masih terbuku di hati dengan Singapura. Difahamkan layanan Thailand terhadap pasukan Malaysia amat teruk. Berlatih di padang yang becak, pemain Harimau Malaya di baling batu dan akhir sekali tidak dapat “merasa” padang di Stadium Supalachasai kerana dengan alasan “takut padang rosak”.

Kenapa ada faktor double standard di situ?

Bukankah layanan berkelas 5 bintang telah diberikan kepada seluruh pasukan Thailand ketika di Malaysia? Itu belum lagi dengan kata-kata dari coach pasukan Thailand yang kerap melemparkan kata-kata kurang manis sejak dari awal lagi. Yang menghairankan, kenapa setiap kali pasukan Harimau Malaya bertandang ke negara luar pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku tidak kira dari pihak penganjur dan juga penyokong di negara lawan? Masih ingat dengan “Barracuda” di Indonesia?

Takpe.

Biarkan mereka dengan cara mereka. Pastikan malam ini milik kita dan sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan pasukan Harimau Malaya pada malam ini. Lemparkan aura positif ke pasukan negara di Thailand semoga kejayaan milik Malaysia dan akhirnya Piala AFF milik kita sekali lagi.

p/s – Biar menang, dapat cuti peristiwa lagi tahun depan! K-Monlah Harimau Malaya! Malaysia menang 3-1.


SOKONGAN BERTERUSAN UNTUK HARIMAU MALAYA

Aku agak terharu juga bila melihat begitu ramai rakyat Malaysia turun ke stadium malam tadi bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand. Apa yang pasti, ada yang telah tiba ke stadium sejak tengah hari lagi bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya.

Tahniah! Teruskan!

Bagi aku, penyataan sokongan kepada skuad Harimau Malaya perlulah dilakukan secara berterusan tidak kira jatuh atau bangun skuad ini. Sebelum ini ramai yang mengutuk, mencaci dan menghina skuad Malaysia ekoran prestasi yang tidak baik semasa perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF Suzuki bermula. Tambahan lagi kedudukan ranking skuad ini semakin merudum dan jatuh lagi buat ke sekian kalinya.Juga, skuad negara kembali dikutuk selepas kalah teruk dengan Singapura pada perlawanan peringkat kumpulan pusingan pertama dengan 3 berbalas 0. Sekali lagi jurulatih negara Rajagobal dicerca teruk manakala pemain dipersalahkan hingga ada yang mengatakan skuad ini tidak akan ke mana!

Bagi King Gobal. Ini perkara biasa dan katanya dia tidak akan terlalu cepat untuk menekan “butang panik” dan melatah. Juga statement yang biasa kita dengar kerap dinyatakan berulang kali….”saya kenal pemain saya”.

Nampaknya..eksperimen yang dijalankan selama ini BERJAYA.

Tak salah untuk mengkritik sebagai tanda sayang kepada skuad bola sepak negara dan pembangunan sukan ini. Mengkritik biarlah bertempat dan sertakanlah dengan point-point yang bernas dan menjurus kepada penambah-baikkan bukan mengkondem semata-mata. Itu buduh namanya!

p/s – Tugas berat menanti Malaysia di Thailand untuk perlawanan separuh akhir pusingan ke dua. Malaysia perlu menang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya! Ayuh MENGAUMLAH HARIMAU MALAYA! TAPAU Si GAJAH dengan KAIN PELIKAT “GAJAH DUDUK”!


PERSELISIHAN WARGA INDONESIA-MALAYSIA, SAMPAI BILA?

Aku buat entri ini bukan untuk mengutuk atau mencerca siapa-siapa tapi lebih kepada pandangan ringkas aku terhadap isu dan sentimen Anti Malaysia yang sering dilaungkan oleh penduduk Indonesia. Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entri ini setelah terbaca di internet melalui media sosial FB beberapa fan page peminat bola sepak kebangsaan Malaysia yang lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya telah didatangi oleh sekelompok peminat sepak bola Indonesia yang telah mencerca dan memaki hamun dengan meletakkan kata-kata kesat dan panggilan yang negatif kepada warga fan page tersebut. Akibat dari itu, berlakulah pertikaman lidah antaran fan Malaysia dan fan Indonesia. Perselisihan ini bukan berada di situ sahaja malah di lain-lain media sosial umpamya di Youtube dan lain-lain.

– – – – – – – -PPPPfftttttt – – – – – – – –

Indonesia dan Malaysia kedua-dua negara ini punya sejarah yang hampir sama. Pernah menjadi satu kuasa yang besar satu ketika dulu dan pernah juga dijajah akhirnya dimerdekakan dan membentuk sebuah negara yang berbilang kaum. Kedua-dua negara ini juga mempunyai budaya yang sama, adat resam, seni bina bangunan, makanan dan juga bahasa yang sama iaitu dari rumpun bahasa Austronesia.

Persoalannya sekarang, walaupun Malaysia dan Indonesia itu punya persamaan tapi masih ada juga pertelagahan kecil yang melibatkan penduduk di Indonesia dengan penduduk di Malaysia (baca; pertelagahan kecil tidak membawa kepada pergaduhan secara real, lebih kepada di alam maya). Sentimen anti Malaysia sering dilaungkan oleh penduduk di Indonesia. Jika dilihat dari aspek sejarahnya, ketidaksukaan penduduk Indonesia ini kepada Malaysia bermula apabila terbentuknya Federation of Malaya. Pada masa itu, hubungan kedua-dua belah pihak masih berada dalam keadaan yang baik akan tetapi ketika pembentukan Malaysia iaitu penggabungan 3 wilayah besar melibatkan Malaya, Sabah dan Sarawak. Penentangan dari pihak Indonesia semakin menjadi-jadi akibat dari pemerintah Indonesia pada ketika itu menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu alat imperialis barat ataupun “boneka neo-kolonial” sehingga berlakulah gerakan Ganyang Malaysia oleh pasukan komando dari Angkatan Bersenjata Indonesia.

Sentimen anti-Malaysia kembali muncul di awal abad ke-21, terutamanya sebagai akibat banyaknya Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang umumnya bekerja sebagai buruh rendah di Malaysia.  Selain itu, beberapa perselisihan perbatasan/sempadan, penyataan hak milikan wilayah, panggilan indon oleh orang Malaysia kepada orang Indonesia merupakan beberapa sentimen yang wujud dan menyemai kebencian di kalangan warga Indonesia. Oleh itu, jika dahulu  terkenal dengan penyataan “ganyang Malaysia”, sekarang berubah menjadi “Malingsia” dan terbaru dengan panggilan malon. Penyataan nama gelaran terhadap Indonesia juga sudah berubah mejadi “Indogsial”. Begitu juga dengan “Malingsia” berubah menjadi “Malingsial”.

Ekspresi ketidaksukaan terhadap Malaysia dinyatakan dalam berbagai cara. Demonstrasi telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, khususnya setelah tragedi/krisis di Ambalat terjadi. Ada juga protes dari Indonesia mengenai lagu Rasa Sayang hey yang menyatakan bahawa ianya berasal dari Indonesia. Begitu juga dengan beberapa isu kecil seperti makanan umpamanya satay serta senjata tradisional seperti keris yang turut menjadi bahan utama/subjek utama sebagai perselisihan ini, lalu timbullah frasa negatif “Malingsia” yang menyatakan orang Malaysia hanya tahu mencuri karya seni dan budaya orang Indonesia. Bagi aku, perkara kecil ini tidak perlulah dijadikan isu, ambil contoh keris, sekiranya ia berasal dari Malaysia pun apa salahnya. Bukankah kebanyakkan orang di Malaysia ini (baca; Melayu) susur galurnya adalah berasal dari Indonesia juga? Sebahagian besar bangsa Melayu di sini adalah dari keturunan Jawa, Bugis, Aceh dan Minangkabau.

Jadi, ape de hal? Small matter beb!

Kenapa perlu diambil tindakan sehingga bendera Malaysia dibakar? Kedutaan Malaysia di Indonesia habis dibuat demonstrasi? Sehinggakan ada pemuda-pemuda dari Indonesia yang sanggup mengorbankan nyawa untuk Indonesia sekiranya Malaysia dan Indonesia berperang! Ada juga beberapa kelompok di Indonesia ingin melakukan sweeping terhadap penduduk Malaysia yang bermastautin di sana. Persoalan lagi, perlukah dua negara ISLAM ini berperang semata-mata untuk menegakkan benang yang basah? Di Malaysia, tidak pernah berlaku begitu. Lihat  sahaja pekerja-pekerja Indonesia di sini. Mereka bebas untuk bekerja malah untuk berniaga sehinggakan ada yang hidup senang di sini. Malah lagu-lagu dan sinetron Indonesia tak pernah berhenti atau diboikot produksinya. Artis Indonesia juga kerap kali ke Malaysia bagi mempromosi album atau filem terbarunya malah dijemput lagi ke konti radio! Malah aku juga cukup senang untuk berkomunikasi dengan beberapa peekrja Indonesia dalam bahasa Jawa yang juga bahasa susur galur keturunanku. JAWA ROCK MAN!

Perlukah Malaysia dan Indonesia bermusuh?Perlukah perkara kecil diperbesarkan hingga membawa kepada peperangan yang mungkin membawa kemusnahan yang besar di kedua-dua belah pihak hingga memudahkan musuh-musuh ISLAM untuk mendominasi wilayah Asia Tenggara ini. Adalah lebih baik kita bekerjasama dalam menghadapi apa jua masalah yang bakal mendatang daripada begaduh tanpa sebab seperti si dungu dan si tolol.

Tak perlulah bergaduh dan mencerca perkara-perkara kecil kerana ia mencerminkan nilai IQ individu dan negara tersebut secara total dan holistik!

JADI, SAMPAI BILA HARUS BEGINI?

p/s – Buat apa bergaduh…tak dak untung! PEACE! NO WAR! NO HATERS!

Sumber: Di sekeliling kita!