Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PERSELISIHAN WARGA INDONESIA-MALAYSIA, SAMPAI BILA?

Aku buat entri ini bukan untuk mengutuk atau mencerca siapa-siapa tapi lebih kepada pandangan ringkas aku terhadap isu dan sentimen Anti Malaysia yang sering dilaungkan oleh penduduk Indonesia. Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entri ini setelah terbaca di internet melalui media sosial FB beberapa fan page peminat bola sepak kebangsaan Malaysia yang lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya telah didatangi oleh sekelompok peminat sepak bola Indonesia yang telah mencerca dan memaki hamun dengan meletakkan kata-kata kesat dan panggilan yang negatif kepada warga fan page tersebut. Akibat dari itu, berlakulah pertikaman lidah antaran fan Malaysia dan fan Indonesia. Perselisihan ini bukan berada di situ sahaja malah di lain-lain media sosial umpamya di Youtube dan lain-lain.

– – – – – – – -PPPPfftttttt – – – – – – – –

Indonesia dan Malaysia kedua-dua negara ini punya sejarah yang hampir sama. Pernah menjadi satu kuasa yang besar satu ketika dulu dan pernah juga dijajah akhirnya dimerdekakan dan membentuk sebuah negara yang berbilang kaum. Kedua-dua negara ini juga mempunyai budaya yang sama, adat resam, seni bina bangunan, makanan dan juga bahasa yang sama iaitu dari rumpun bahasa Austronesia.

Persoalannya sekarang, walaupun Malaysia dan Indonesia itu punya persamaan tapi masih ada juga pertelagahan kecil yang melibatkan penduduk di Indonesia dengan penduduk di Malaysia (baca; pertelagahan kecil tidak membawa kepada pergaduhan secara real, lebih kepada di alam maya). Sentimen anti Malaysia sering dilaungkan oleh penduduk di Indonesia. Jika dilihat dari aspek sejarahnya, ketidaksukaan penduduk Indonesia ini kepada Malaysia bermula apabila terbentuknya Federation of Malaya. Pada masa itu, hubungan kedua-dua belah pihak masih berada dalam keadaan yang baik akan tetapi ketika pembentukan Malaysia iaitu penggabungan 3 wilayah besar melibatkan Malaya, Sabah dan Sarawak. Penentangan dari pihak Indonesia semakin menjadi-jadi akibat dari pemerintah Indonesia pada ketika itu menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu alat imperialis barat ataupun “boneka neo-kolonial” sehingga berlakulah gerakan Ganyang Malaysia oleh pasukan komando dari Angkatan Bersenjata Indonesia.

Sentimen anti-Malaysia kembali muncul di awal abad ke-21, terutamanya sebagai akibat banyaknya Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang umumnya bekerja sebagai buruh rendah di Malaysia.  Selain itu, beberapa perselisihan perbatasan/sempadan, penyataan hak milikan wilayah, panggilan indon oleh orang Malaysia kepada orang Indonesia merupakan beberapa sentimen yang wujud dan menyemai kebencian di kalangan warga Indonesia. Oleh itu, jika dahulu  terkenal dengan penyataan “ganyang Malaysia”, sekarang berubah menjadi “Malingsia” dan terbaru dengan panggilan malon. Penyataan nama gelaran terhadap Indonesia juga sudah berubah mejadi “Indogsial”. Begitu juga dengan “Malingsia” berubah menjadi “Malingsial”.

Ekspresi ketidaksukaan terhadap Malaysia dinyatakan dalam berbagai cara. Demonstrasi telah diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, khususnya setelah tragedi/krisis di Ambalat terjadi. Ada juga protes dari Indonesia mengenai lagu Rasa Sayang hey yang menyatakan bahawa ianya berasal dari Indonesia. Begitu juga dengan beberapa isu kecil seperti makanan umpamanya satay serta senjata tradisional seperti keris yang turut menjadi bahan utama/subjek utama sebagai perselisihan ini, lalu timbullah frasa negatif “Malingsia” yang menyatakan orang Malaysia hanya tahu mencuri karya seni dan budaya orang Indonesia. Bagi aku, perkara kecil ini tidak perlulah dijadikan isu, ambil contoh keris, sekiranya ia berasal dari Malaysia pun apa salahnya. Bukankah kebanyakkan orang di Malaysia ini (baca; Melayu) susur galurnya adalah berasal dari Indonesia juga? Sebahagian besar bangsa Melayu di sini adalah dari keturunan Jawa, Bugis, Aceh dan Minangkabau.

Jadi, ape de hal? Small matter beb!

Kenapa perlu diambil tindakan sehingga bendera Malaysia dibakar? Kedutaan Malaysia di Indonesia habis dibuat demonstrasi? Sehinggakan ada pemuda-pemuda dari Indonesia yang sanggup mengorbankan nyawa untuk Indonesia sekiranya Malaysia dan Indonesia berperang! Ada juga beberapa kelompok di Indonesia ingin melakukan sweeping terhadap penduduk Malaysia yang bermastautin di sana. Persoalan lagi, perlukah dua negara ISLAM ini berperang semata-mata untuk menegakkan benang yang basah? Di Malaysia, tidak pernah berlaku begitu. Lihat  sahaja pekerja-pekerja Indonesia di sini. Mereka bebas untuk bekerja malah untuk berniaga sehinggakan ada yang hidup senang di sini. Malah lagu-lagu dan sinetron Indonesia tak pernah berhenti atau diboikot produksinya. Artis Indonesia juga kerap kali ke Malaysia bagi mempromosi album atau filem terbarunya malah dijemput lagi ke konti radio! Malah aku juga cukup senang untuk berkomunikasi dengan beberapa peekrja Indonesia dalam bahasa Jawa yang juga bahasa susur galur keturunanku. JAWA ROCK MAN!

Perlukah Malaysia dan Indonesia bermusuh?Perlukah perkara kecil diperbesarkan hingga membawa kepada peperangan yang mungkin membawa kemusnahan yang besar di kedua-dua belah pihak hingga memudahkan musuh-musuh ISLAM untuk mendominasi wilayah Asia Tenggara ini. Adalah lebih baik kita bekerjasama dalam menghadapi apa jua masalah yang bakal mendatang daripada begaduh tanpa sebab seperti si dungu dan si tolol.

Tak perlulah bergaduh dan mencerca perkara-perkara kecil kerana ia mencerminkan nilai IQ individu dan negara tersebut secara total dan holistik!

JADI, SAMPAI BILA HARUS BEGINI?

p/s – Buat apa bergaduh…tak dak untung! PEACE! NO WAR! NO HATERS!

Sumber: Di sekeliling kita!

2 responses

  1. syakir

    Entah la brooo..
    Hati perangai manusia ni mcm2…
    nak tggu allah trunkn bala kat dua2 negara ni bru depa nak brdamai kot…subahanallah…jauh kn lah…em pape pn aq sokong apa ang tls 2…

    Disember 10, 2012 at 4:47 pm

  2. radit

    saya tidak setuju indonesia dan malaysia berperang… titik. apapun masalahnya tetap masalah itu seperti permasalahan antara kakak dan adik dlm sebuah keluarga…

    Oktober 24, 2013 at 9:34 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s