Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Januari, 2013

SAYA MENANG MOTOR!!!

Balik kerja tadi agak lewat. Keluar terus dari pejabat aku memecut laju dengan harapan nak sampai rumah cepat. Melaka beb! Tiba di satu persimpangan trafic light, ada lori 4 tan berhenti sebelah aku. Aku perhati lori ni. Tengok dari gaya nampak macam lori kontraktor kelas F. Ada cangkul, ada kayu-kayu di bahagian belakang, ada mesin turap jalan jenis kecil dan lain-lain peralatan repair jalan yang sewaktu dengannya. Masa aku dok sebuk perhati lori tu, aku perasan kelindan lori ni senyum-senyum kat aku. Hairan. Senyum macam kerang busuk.Senyum macam nak menyampaikan sesuatu. Senyum penuh makna tersirat dan tersurat.

Aku pun tanyalah. Yelah dah dok kat kat trafic light ni, rasa bosan pulak.

“Bro apahal lu bro?”

Mamat kelindan tu masih tersenyum-senyum macam orang gila. Kehairanan aku makin menjadi-jadi.  Aku yang kehairanan ni, punyalah cari apa yang tak kena pada kereta aku. Cek pintu belakang, tertutup rapat. Aku tengok bonet belakang pun sama, tertutup rapat. Aku cuba cek zip seluar. Pun sama berzip ketat! Aku hairan. Aku tanya sekali lagi.

“Bro, lu apahal senyum-senyum kat gua? apa yang tak kena dengan kereta gua? ke lu ada hutang?”

Soalan tipikal. Tapi, dengan tak semena-mena mamat kelindan lori tu pun menjawab.

“Saya menang motoooorrrrrr!!!!”

dan terus meninggalkan aku yang masih kehairanan, terpinga-pinga seribu bahasa dengan lori tersebut memecut laju pabila lampu merah bertukar hijau.

Dalam hati aku menyumpah seranah seribu makian. Dalam hati aku..Cis mamat kelindan, lu menang motor, lu menang ER-6 ke apa?

p/s – Apa kabar pak cik power root yang menang motor dulu tu?


ALANG-ALANG MAIN ROLLER COSTER, ELOK TRY JET FIGHTER PULAK!

Aku baru balik Singapore. Masuk USS, main roller coster. Terbaik.

Pusing terbalik macam nak tercampak jatuh gaung. Mengundur ke belakang secara mengejut. Tertolak ke depan dengan tiba-tiba. Jantung berdegup kencang. Adrenalin mengalir sederas-derasnya laju yang amat macam peluru berpandu Sea Sparrow menerjah sasaran! Suara hampir hilang terpekik, terlolong menjerit kesukaan. Tak pe, aku kental. Semua roller coster yang ada dalam tu aku dah rasa. Semua sit roller coster aku dah tinggalkan “kesan”.

 Agak mencabar. Hati kering.

Esok lusa aku ingat nak join RMAF.

Apa RMAF tu? Ceh, tu pun tak tau..Royal Military Air Force le…

Aku nak main jet fighter pulak. Rasa tekanan 9G, macam mana. Boleh pergi ke tak? Roller coster celah gigi ja!

Hehe! Esok lusa boleh panggil aku Leftenan ok.

p/s – Angan-angan kuat!