Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Februari, 2013

HATI-HATI MEMANDU

Sekarang ni musim hujan. jalan pun jadi licin dan lembap. Jarak pemandangan terhad. Jadi, aku selaku pengguna highway tegar menasihatkan agar kalian semua tidak memandu dengan laju dan merbahaya terutamanya bagi penunggang-penunggang motor berkuasa besar. Bagi kereta-kereta modify pulak, jangan cuba-cuba nak mencucuk dan mengekor kereta lain dalam jarak yang dekat, awasi jarak anda.

Untuk makluman kalian pada petang semalam dan pagi tadi saja beberapa kemalangan jalanraya telah berlaku di sepanjang perjalanan aku dari Melaka ke Bangi. Ada kereta terbabas dan lori pecah tayar.

Statsitik kemalangan jiwa yang melibatkan penunggang motorsikal yang terpampang di VMS sepanjang lebuhraya PLUS ada menyatakan sehingga kini sebanyak 18 orang telah maut dan tahun lepas sahaja lebih 200 orang maut.

Jadi, hati-hatilah ketika memandu. Jangan mengantuk!

p/s- Dont drink and drive. Ya Allah, lindungilah aku.


AKU RESPEK DENGAN PENDUDUK SEMENYIH!

Dah lama rasanya aku tak ke pejabat dari rumah parents aku di Semenyih. Adala dalam seminggu lebih aku tak balik Semenyih, cuma keadaan di Semenyih ni, lagi-lagi trafiknya amat-amatlah predictable, sesak teruk selalu!

Bayangkan pagi-pagi yang hening itu, seluruh warga Semenyih keluar RUMAH secara serentak dengan agenda masing-masing. Ada yang nak ke pejabat, ada yang nak hantar anak sekolah, dating nak jumpa awek, keluar inteview kerja, nak merompak dan seribu satu macam agaenda lain. Bayangkan apa yang jadi bila seluruh warga semenyih keluar secara serentak? Trafik sesak teruk. Dari dua lane, jadi empat ke lima lane. Masing-masing nak cepat, masing-masing nak pantas dan tak tahu mengalah. Siapa cepat, dia lepas. Siapa lembab, dia lambat dan punch card merah! Kesesakan yang teruk bermula dari persimpangan lampu trafik sebelum di Tesco Semenyih membawa hingga ke Pekan Semenyih.

Kalau dulu rasanya dalam 8-9 tahun lepas, tak delah sesak sebegini rupa. Tapi dengan pertambahan penduduk dan projek-projek perumahan yang mencanak naik di sekitar Semenyih maka jadilah begini. Dengan adanya pertambahan penduduk membawa kepada pertambahan kenderaan persendirian di Semenyih ini, jadi pertambahan demi pertambahan ini tidak disetarakan dengan pelebaran jalan atau perwujudan jalan alternatif lain di sekitar Semenyih. Aku tidak nafikan terdapat usaha pelebaran jalan oleh pihak berwajib berhubung perkara tapi nampaknya perkara ini masih tidak selesai.

 Apapun, aku memang respek dengan penduduk Semenyih. Respek habis! Terutamanya dengan rider-rider motor. Kenapa?

Sebab keberanian mereka yang handal cilok-mencilok dan cekap memandu di jalanan. Juga ada rider yang lebih berani dari itu, sanggup menyongsang arus di lane yang bersebelahan. Gila bahaya! Apa yang aku perasan, bila lane dari arah berlawanan “kosong” tanpa kenderaan, dengan segera rider-rider akan masuk ke lane tersebut dan memecut motor mereka selaju yang boleh untuk memotong kenderaan yang beratur panjang. Situasi ini, kerap berlaku di sekitar selepas persimpangan trafik Tesco Semenyih menghala ke persimpangan trafik Petronas Semenyih.

Bahaya…memang bahaya. Aku rasa kalau ada adegan stunt motor untuk filem, boleh ambil rider-rider dari Semenyih untuk buat adegan stunt tu. Cuma, aku berpendapat….malang tak berbau.

p/s – Tenang dan sabar menghadapi dugaan ini. Hahahaha! Aku rasa dugaan trafik sesak di Semenyih ni dah jadi macam sumpahan! Sumpahan tujuh keturunan beb! Mana taknya lepas satu tempat hotspot yang dulunya trafik punyalah sesak dah diselesaikan, muncul pula hotspot yang lain! Guane tu?