Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mac, 2013

APA YANG GUA NAMPAK SEPANJANG LEBUHRAYA??

Gua ni pengguna tegar lebuhraya PLUS. So, bila dah hari-hari lalu dok ulang alik Melaka-Bangi (baca; dulu ulang-alik Melaka-KL) guna lebuhraya ni, jadi dapatlah gua amati yang banyak perubahan dah berlaku di lebuhraya ni. Apa yang gua perasan, setakat ni pembinaan bagi pelebaran lebuhraya dari KL-Seremban untuk kedua-dua arah berjalan dengan baik. Gua tengok, hari-hari depa ni dok buat “construction” pelebaran di sisi kiri lebuhraya. Banyak “heavy machine and equipment” digunakan..ada jentolak, bulldozer, lori tanah yang besar-besar pendek kata, semua ada.

Bukit di tarah, gaung di sama ratakan. Baguslah..kerja mengikut jadual..inilah yang gua mahu, inilah yang rakyat nak..KEH KEH! Lagipun elok jugak kalau dilebarkan untuk kawasan tersebut, ada faedahnya jugak tak lah dok jammed memanjang kawasan tu. Hujan sikit jammed, eksiden sikit jammed, awek dok tukaq tayar kereta pun boleh buat jammed! Gua tak tipu! percayalah! Gua harap-harap pelebaran ni dapatlah disiapkan secepat mungkin, kot-kot sebelum raya tahun ni…barulah senang hati sikit balik kampung, ye tak?

Dah gua memandu di lebuhraya ni hari-hari jadi, gua perasanlah perubahannya..tapi ada lagi yang gua perasan…billboard semacam untuk “promosi pilihanraya” pun dah naik..bukan satu, bukan dua…tapi ada la tiga ke empat billboard menghala ke selatan dari Bangi-Melaka, begitu jugak ke arah utara dari Melaka-Bangi..GUA PERCAYA yang pilihanraya semakin hampir. Kalau billboard besar tu dah naik, entah-entah esok lusa PRU. Gua tunggu jee…KEH KEH!

p/s – Janganlah berteka-teki, kasik jalan je lah..

Advertisements

INGATAN BUAT WAN ZACK DAN NAZIRUL YANG SUDAH PUN KE JEPUN..

Gua harap budak berdua yang pergi merantau ke Jepun tu tak lah “hangat-hangat tahi ayam” macam “budak berdua” yang main kat Europe tu. Walaupuan budak berdua ke Jepun tu main untuk Liga Divisyen 3 sahaja, tapi tak mustahil mereka boleh pergi jauh dan bermain di kelab besar liga Jepun jika budak berdua ni menunjukkan prestasi yang baik. Nampaknya liga luar semakin berminat nak mendapatkan khidmat pemain-pemain tempatan, tinggal mahu dan tak mahu sahaja. Betul?

Apapun, gua ucapkan selamat merantau, selamat menimba ilmu dan selamat berjuang bagi memertabatkan bola sepak negara. Pulanglah dengan kejayaan dan ilmu yang berharga. JanganLAH pulang dengan tangan kosong atau selagi belum cukup ilmu di dada serta elaklah dari buat kontrovesi dan maksiat (baca; gua tau awek-awek Jepun semua comel, jadi, lebih baik lu orang berdua hati-hati). Solat jangan tinggal! Itu tiang agama walau di mana lu orang berada kerana Allah sentiasa memerhatikan kita.

Tahniah Wan Zack dan Nazirul. Jadilah pemain bola sepak yang martabatnya tinggi dunia dan akhirat. Contohi Messut Ozil yang patuh dan taat pada agama tapi pada masa yang sama handal bermain di padang. Nawaitu biar kerana Allah S.W.T.

p/s – Lu orang berjauh di Jepun, jangan pulak lu orang nak menulis cerpen macam “budak” sorang yang dah balik pun join liga Malaysia ni. KEH KEH KEH!!!


TAK HABIS-HABIS KES BUDAK HILANG….

Bila gua bukak fb, mesti ada berita budak hilang. Kebanyakkannya masih kecil, umur baru dua, tiga tahun. Persoalannya, siapa yang culik? Kenapa menculik? Dari apa yang gua baca si mak dan bapak tak ada pulak terima ugutan atau wang tebusan atau lain-lain ancaman. Semua kanak-kanak ni hilang begitu sahaja tanpa jawapan. Kehilangan yang penuh misteri.

Terbaru, Sarah, umur baru dua tahun. Hilang di Terengganu. Gua sempat share info kehilangan budak ni di fb. Harap-harap dapat membantu serba sedikit..

Risau betul gua dibuatnya.

Ke manalah menghilang? Apa diseludup ke sempadankah? Dijual kepada sindiket haram yang menjual
organ manusia atau dah kena makan? Gua dengar, orang Myanmar dan Nepal suka makan daging orang. Gile ah…!

P/S- seram siot! selamat lagikah kita?


SILAUAN GANGSA BERMULA!

Kat tv, gua tengok ada satu rancangan nyanyian  untuk orang tua-tua dah nak bermula. Gua rasa kalau tak silaplah dah masuk musim ke tiga atau ke empatlah agaknya. Yang gua jadi makin hairan, program ni ramai juga yang minat, terutamanya dari mereka yang tak berapa nak sedar diri, iyalah…dah bercucu dan beranak-pinak pun masih nak menyanyi dan berjoget bagai, giat ke ujibakat nak mencari peluang menjaja “bakat”. Mereka ni semua dah pangkat macam mak, bapak gua tak pun tok, nenek gua dah!

Hish simpang malaikat 44!

Gua rasa, daripak cik, mak cik, tok dan nenek ni sebuk-sebuk nak kan berebut hadiah yang tak seberapa tu, lebih eloklah kejar hadiah untuk hari “esok”, lagi elok. Gua bukan apa, gua masih ingat lagi pada musim yang lepas, pertandingan akhir bagi program nyanyian tersebut dibuat pada malam nisfu syaaban. Gua masih ingat lagi!  Maka di malam yang penuh barokah itu dipenuhi dengan hiburan yang melalaikan. Di kala ramai teman-teman seusia mereka ke beribadat mengimarahkan masjid dan surau, masih ada lagi yang memeriahkan pentas suara “silauan gangsa”

Macam mana tu?

Bukankah lebih baik , malam tersebut “disinari” dengan bacaan ayat suci al-Quran terutamanya surah yassin?ini tidak, lagu-lagu irama 60an, 70an, 80an yang didendangkan oleh pak cik, mak cik, tok, nenek ni…

Ingat-ingatlah pak cik, mak cik, tok, nenek oiiiii…..

p/s-perli den!


GUA KENA KENCING DENGAN GOOGLE

Kempunan gua dibuatnya. Apsal la kat Bandar Melaka ni tak da Subway? Maksud gua restauran makanan pantas sandwich subway. Punyalah gua kempunan sampai gua sanggup bergoogle, berGPS, dan bertanya orang ramai di sekitar negeri Melaka oleh kerana nak kan sangat makan subway. Nasib baik gua tak ketuk rumah Dato’Ali, CM Melaka.

At the end of the day, tak  da seorang pun tahu. Gua da tensi, tapi gua enggan mengalah.nafsu serakah gua dah tak sabar-sabar nak meratah tubuh munggil subway. Gigi gua mengetap-ngetap. Gua kecur.

Jadi gua Google lagi dan akhirnya gua jumpa lokasi yang menjanjikan adanya subway. Lokasi yang dimaksudkan adalah di Giant Bachang, Melaka. Gua yang merasakan yakin akan “kejujuran” Google terus menuju ke destinasi tanpa rasa kesal tanpa mengetahui apakah yang akan berlaku selepas itu.

Gua pergi. Gua sampai. Gua usha. Dari jauh gua nampak satu kedai makan berkaler hijau. Gua syak tu mungkin subway yang gua cari. Gua mara lagi, berhampiran kedai hijau yang gua maksudkan tadi gua ternampak restauran makanan pantas pizza dan KFC. Gua bertambah yakin.

Gua dah makin hampir dan baru gua perasan tulisan kedai berwarna merah. Tak silap gua, subway warna kuning. Gua mencarut pendek. WTF!!

Hinode shop!

Gua kena kencing dengan Google.

P/S- Jangan percaya bulat-bulat dow!


LAST-LAST MINITLAH

Pagi ni gua takde kelas. Kelas cancel, jadi gua selaku student part time yang masih di dalam mood cuti berasa sangat lega dan bersyukur. Gua happy, dapat cuti. Kawan-kawan sekelas gua pun mesti rasa macam tu jugak. Rasa gembira.

Tapi ada satu perkara yang buat rasa tak berapa best. Gua da dapat assignment. Boleh tahan banyak dan gua tak yakin gua nak buat hari ni.

Takpe, gua letak tepi. Gua nak pergi JJ hari ni.

P/s- Biasalah, last-last minit.


GUA BUKAN LELAKI GAJET

Gua baru beli tab 2, 7 inch.  ada PC Expo  kat MITC Melaka. Gua tengok, gua amati, gua cam. Gua jadi geram. Terus gua sambar tak banyak cakap. Gua buat pikiran drastik tanpa tengok sen yang gua ada. Gua tak pikir panjang.

Agak janggal dan canggung juga pada awalnya, maklumlah sebelum ni gua pakai Samsung Y dan nokia 2 series. Tak banyak beza, cuma canggih sikitla…tapi takpe, gua try.

Gua beli ni pun bukan sebab saja-saja, tapi atas sebab faktor kerja. Kalau tak kerana kerja, jangan haraplah gua nak beli, membazir je! Tapi kira oklah, gua taklah ketinggalan zaman..kang orang kata macam katak bawah tempurung pulak. Bila gua tengok kanan kiri, budak-budak sekolah pun dah pakai note 2, dah guna iphone 5, dah pakai HTC, experia, android cina..gua?

Gua masih pakai Nokia 2 series. Serius, gua dah pakai lama gile.  Bertahun lamanya dan sampai sekrang masih ada serta masih brkhidmat.  Henpon Nokia gua tu dah pelbagai rintangan dan dugaan dah dihadapinya. Jatuh bangunan, jatuh kereta, buat baling pencuri, baling ke dinding..tapi masih kool wa cakap lu. Nokia bukan dari jenis yang manja!

Ok, gua berjaya siapkan satu entri pakai tab ni. Bangga kejap gua!

P/s-gua bukan lelaki gajet.