Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

GUA KENA KENCING DENGAN GOOGLE

Kempunan gua dibuatnya. Apsal la kat Bandar Melaka ni tak da Subway? Maksud gua restauran makanan pantas sandwich subway. Punyalah gua kempunan sampai gua sanggup bergoogle, berGPS, dan bertanya orang ramai di sekitar negeri Melaka oleh kerana nak kan sangat makan subway. Nasib baik gua tak ketuk rumah Dato’Ali, CM Melaka.

At the end of the day, tak  da seorang pun tahu. Gua da tensi, tapi gua enggan mengalah.nafsu serakah gua dah tak sabar-sabar nak meratah tubuh munggil subway. Gigi gua mengetap-ngetap. Gua kecur.

Jadi gua Google lagi dan akhirnya gua jumpa lokasi yang menjanjikan adanya subway. Lokasi yang dimaksudkan adalah di Giant Bachang, Melaka. Gua yang merasakan yakin akan “kejujuran” Google terus menuju ke destinasi tanpa rasa kesal tanpa mengetahui apakah yang akan berlaku selepas itu.

Gua pergi. Gua sampai. Gua usha. Dari jauh gua nampak satu kedai makan berkaler hijau. Gua syak tu mungkin subway yang gua cari. Gua mara lagi, berhampiran kedai hijau yang gua maksudkan tadi gua ternampak restauran makanan pantas pizza dan KFC. Gua bertambah yakin.

Gua dah makin hampir dan baru gua perasan tulisan kedai berwarna merah. Tak silap gua, subway warna kuning. Gua mencarut pendek. WTF!!

Hinode shop!

Gua kena kencing dengan Google.

P/S- Jangan percaya bulat-bulat dow!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s