Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SILAUAN GANGSA BERMULA!

Kat tv, gua tengok ada satu rancangan nyanyian  untuk orang tua-tua dah nak bermula. Gua rasa kalau tak silaplah dah masuk musim ke tiga atau ke empatlah agaknya. Yang gua jadi makin hairan, program ni ramai juga yang minat, terutamanya dari mereka yang tak berapa nak sedar diri, iyalah…dah bercucu dan beranak-pinak pun masih nak menyanyi dan berjoget bagai, giat ke ujibakat nak mencari peluang menjaja “bakat”. Mereka ni semua dah pangkat macam mak, bapak gua tak pun tok, nenek gua dah!

Hish simpang malaikat 44!

Gua rasa, daripak cik, mak cik, tok dan nenek ni sebuk-sebuk nak kan berebut hadiah yang tak seberapa tu, lebih eloklah kejar hadiah untuk hari “esok”, lagi elok. Gua bukan apa, gua masih ingat lagi pada musim yang lepas, pertandingan akhir bagi program nyanyian tersebut dibuat pada malam nisfu syaaban. Gua masih ingat lagi!  Maka di malam yang penuh barokah itu dipenuhi dengan hiburan yang melalaikan. Di kala ramai teman-teman seusia mereka ke beribadat mengimarahkan masjid dan surau, masih ada lagi yang memeriahkan pentas suara “silauan gangsa”

Macam mana tu?

Bukankah lebih baik , malam tersebut “disinari” dengan bacaan ayat suci al-Quran terutamanya surah yassin?ini tidak, lagu-lagu irama 60an, 70an, 80an yang didendangkan oleh pak cik, mak cik, tok, nenek ni…

Ingat-ingatlah pak cik, mak cik, tok, nenek oiiiii…..

p/s-perli den!

One response

  1. ain

    Sedih sebenarnya bila masyarakat Islam kita lebih gemarkan hiburan duniawi daripada ukhrawi. Hebat sungguh pengaruh hiburan yang satu ini hingga menarik minat setiap lapisan masyarakat..dari kecil hingga ke usia emas.

    Paling sedih bila anak-anak masuk pertandingan nyanyian semua ni, dan mak pak nya menangis kata terharu anak saya akan ubah nasib keluarga. Tergamak mak pak tengok anak-anak berjoget di khalayak, mempamer aurat yang patut disembunyi dari mata orang banyak dan terkinja-kinja secara berjemaah. Nasib apa yang diubah sebenarnya, kan?

    Tak salah sebenarnya nak berhibur bagai..tapi ikut syariat lah kan.. Paling mudah, nyanyi dalam rumah dengan ahli keluarga masing-masing. Tak perlu dikomersilkan pada / bersama keluarga orang lain pula.

    Moga kita sentiasa beringat dan dijauhkan dari sikap cintakan dunia berlebihan ini. Allahumma ameen.

    Mac 19, 2013 at 10:17 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s