Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

INGATAN BUAT WAN ZACK DAN NAZIRUL YANG SUDAH PUN KE JEPUN..

Gua harap budak berdua yang pergi merantau ke Jepun tu tak lah “hangat-hangat tahi ayam” macam “budak berdua” yang main kat Europe tu. Walaupuan budak berdua ke Jepun tu main untuk Liga Divisyen 3 sahaja, tapi tak mustahil mereka boleh pergi jauh dan bermain di kelab besar liga Jepun jika budak berdua ni menunjukkan prestasi yang baik. Nampaknya liga luar semakin berminat nak mendapatkan khidmat pemain-pemain tempatan, tinggal mahu dan tak mahu sahaja. Betul?

Apapun, gua ucapkan selamat merantau, selamat menimba ilmu dan selamat berjuang bagi memertabatkan bola sepak negara. Pulanglah dengan kejayaan dan ilmu yang berharga. JanganLAH pulang dengan tangan kosong atau selagi belum cukup ilmu di dada serta elaklah dari buat kontrovesi dan maksiat (baca; gua tau awek-awek Jepun semua comel, jadi, lebih baik lu orang berdua hati-hati). Solat jangan tinggal! Itu tiang agama walau di mana lu orang berada kerana Allah sentiasa memerhatikan kita.

Tahniah Wan Zack dan Nazirul. Jadilah pemain bola sepak yang martabatnya tinggi dunia dan akhirat. Contohi Messut Ozil yang patuh dan taat pada agama tapi pada masa yang sama handal bermain di padang. Nawaitu biar kerana Allah S.W.T.

p/s – Lu orang berjauh di Jepun, jangan pulak lu orang nak menulis cerpen macam “budak” sorang yang dah balik pun join liga Malaysia ni. KEH KEH KEH!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s