Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for April, 2013

PILIHAN BIJAK PASTINYA PARTI CENDAWAN GORENG TIGA RASA.

Banyak bendera dikibar. Banyak poster digantung. Bendera pelbagai saiz dipacak. Pelbagai warna. Ada hijau. Ada biru. Ada biru air laut. Ada merah. Logo pun bermacam-macam. Bulan yang mengambang penuh. Bulan separuh penuh. Roket. Keris. Bintang. Ayam. Kunci. Basikal. Kali ni ada kelainan….billboard diguna sebagi medium baru untuk kempen. Sepanjang-panjang lebuhraya billboard dipasang, tak kurang juga dengan jalanraya bandaran.

Calon-calon pun dah diketahui. Mana yang tak dicalonkan oleh parti, anggap sajalah yang lu orang tu tak kacak. Keh, keh, keh. Kempen dah bermula. Siaran televisyen pelbagai channel, dua, tiga bulan sudah lebih awal berkempen. Bakal wakil rakyat mula turun padang. Mula tunjuk buat kerja, mula pujuk dipangkah.

Rakyat mula didekati. Kini, rakyatlah segala-galanya bagi mereka, tanpa rakyat…siapalah mereka. Rakyat diterangkan tentang manifesto dan janji-janji. Rakyat perlu buat pilihan. Pilihlah mana yang baik. Sebelum memilih, doalah banyak-banyak agar kesilapan tidak berlaku semasa buat pemilihan.

P/s- dua minggu dari sekarang, pangkahlah parti cendawan goreng tiga rasa!


SHAHEEN-2 BUAT GUA TERTARIK

Gua baru layan berita dunia tadi dan gua tertarik dengan pelancaran peluru balistik jarak sederhana buatan Pakistan, shaheen 2. Boleh tahan power. Jarak sederhana yang boleh beroperasi dalam jarak lingkungan 2500km. Boleh bawa kepala peledak konvensional dan nuklear.

Canggih betul Pakistan. Pesawat pejuang depa buat, kereta kebal mereka buat, peluru balistik mereka buat, semua depa ada. Gua tabik!

Gua yakin lepas ni, India pula akan buat ujian. Saja nak bagi “angin” pada Pakistan. Iyalah, Pakistan dan India bukan ngam pun. Mereka ni pun dok bertelagah dan berkelahi dari dulu lagi, samala macam Korea Utara Dan Selatan. Pakistan dan India merupakan kuasa nuklear di dunia juga Pakistan juga merupakan sebuah negara Islam yang mempunyai senjata nuklear selain Republik Islam Iran.

Persoalan yang kerap gua fikirkan, sampai bila Malaysia akan boleh jadi seperti Pakistan dalam memodenkan industrI ketenteraannya? Sampai bila kita perlu bergantung dengan negara luar dalam soal pertahanan negara? Gua fikir, sudah tiba masanya Malaysia memajukan industri ketenteraannya untuk kepentingan sendiri, lagipun dengan adanya pengeluaran aset-aset tentera atas jenama “Malaysia”, perbelanjaan untuk perolehan bagi peralatan pertahanan dapat dijimatkan dan sekaligus dapat mengekalkan tahap kerahsiaan maklumat aset pertahanan tersebut.

P/s – gunakanlah produk buatan Malaysia. Guanakanlah bahasa kebangsaan kita. Keh keh keh


BULI. BULI BALIK.

Gua ada layan satu video buli pelajar sekolah menengah di Penang. Apa yang gua perasan, ada ramai pelajar yang terlibat. Watak utama, gua panggil dia si bodoh, watak sampingan gua panggil si dungu, yang dibuli gua panggil si ketua kelas a.k.a si takut a.k.a si tak melawan.

Dari pembacaan gua, kes ni akibat daripada ketidakpuashatian si bodoh dan si dungu terhadap ketua kelas a.k.a si takut yang buat laporan kepada cikgu kerana si bodoh dan si dungu bawak handphone ke sekolah. Kesudahannya, si takut dibelasah teruk dengan si bodoh dan si dungu. Si takut tak melawan, walau sekali.

Wahhh…gua tengok, bukan main lagi si bodoh membelasah si takut…macam-macam skill ada, tomoi ada, silat pulut ada waima ala-ala koboi pun ada.Penerajang, siku, lutut, back elbow semua naik. Gua tengok si takut dah macam punching bag dah. Tak melawan pun! Tang ni yang gua geram, kenapa dia tak melawan? Bagila sebijik dua kat pembuli a.k.a si bodoh tu. Biar berdarah hidung sikit. Biar lebam biji mata. Biar buku bertemu ruas. Biar si bodoh tu tak lupa kesakitan tumbukan sulung. K-Monlah, lu lelaki bhai! Lain kali kalau ada orang buli, lu melawan sikit ok!

Tadi sempat gua surf-surf internet carik maklumat pasal kes ni, gua dapat tau yang budak-budak pembuli ni dah kena hukuman buang sekolah. Keh keh keh. Padan muka lu orang! Kecik-kecik dah pandai nak jadi gangster ye? Adik-adik, sekolah tempat belajar, tempat mencari kawan bukan tempat untuk bergaduh dan mencari lawan. Bangkai punya orang!

Zaman gua dulu kalau nak membuli, membuli dengan didikan. Bukan macam sekarang, hentam keromo ja. Chait!

P/s- ini semua bahana tv la ni, terpengaruh lebih. Lan todak, lan todak ni soma lu punya pasal la ni.


KOREA UTARA DAN SELATAN, NAK PERANG, PERANGLAH

Gua dengar berita yang Korea utara dan Korea selatan  dua seteru besar sedang bergaduh. Utara tak puas hati, selatan pula mengkeji. Utara kata ada bom nuklear, selatan pun kata depa ada. Senjata semua dah disiap, rakyat asing semua dah disuruh balik. Kawasan industrI kaesong dah digesa tutup. 50, 000 orang pekerja tak dibenarkan masuk.

Seteru lama ini memang tak pernah berbaik. Pertelagahan kecil antara dua negara ini pasti membawa kepada konflik senjata dan perang nuklear. Terbaru ini, khabarnya Korea utara tak puas hati dengan latihan peperangan secara bersama antara Korea selatan dan Amerika. Keadaan ini telah menimbulkan beberapa siri bantahan oleh Korea utara, tapi Korea selatan buat bodoh saje malah mengutuk Korea utara. Jadi, situasi semakin hangat, dan mungkin perang tidak dapat dielakkan.

Kalau perang terjadi antara dua negara ini, mampukah Korea selatan untuk terus berdiri? Gua tak yakin yang Korea selatan mampu, dan gua pasti Korea selatan akan hancur. Hancur sehancur-hancurnya bersama-sama dengan K-pop! Umum sedia maklum yang orang-orang Korea utara adalah dari kaum yang kental dan sudah biasa hidup susah. Jiwa raga mereka diserah sepenuhnya pada dear leader mereka. Hidup mati mereka hanya pada pemimpin dan negara mereka.

Setakat berperang, bangun dan angkat senjata dah jadi asam garam buat mereka. Lagipun, ketumbukan tentera Korea utara adalah antara terbesar di dunia, pasukan khusus komando mereka adalah terbesar di dunia. Kalau ditakdirkan perang meletus, gua yakin Korea utara akan menang besar, itupun kalau tiada campur tangan Amerika Dan Jepun.

Gua teringin jugak nak dengar laporan artis-artis K-pop , macam Psy ke Beast ke 2am ke pergi perang atau mereka hanya menangis di dapur ?

P/s-menang jadi abu, kalah jadi arang.


SEKSI HAK SIAPA?

Gua tak tahu kenapa, asal namanya artis…mesti perlu seksi, mesti perlu baju tak cukup kain dan mesti kena sosial. Kadang-kadang gua terfikir, apa masa kecik-kecik dulu tak pernah diajari ke tentang tertib hidup, tentang agama? Apa masa kecik-kecik dulu tak pernah ke pergi sekolah agama, apa ustazah dan ustaz dulu tak pernah pesan ke? Apa mak bapak tak pernah ajarke?

Mustahil semua tu tak pernah dicakap kepada ampa semua. Gua hairan. Gua pelik.

Gua pernah dengat satu statement dari seorang artis, seksi adalah hak dirinya. Tapi, pernahkah artis tersebut ingat, yang dirinya adalah hak Allah? Jasadnya hak Allah, rohnya hak Allah waima segala-galanya hak Allah. Lupakah? Apa kamu fikir, kamu itu tak mati? Jadi, seksi tu hak siapa?

Hei, beringat-ingatlah. Apa faedahnya kamu berpakaian tak cukup kain? Bukankah elok ditutup, bukan rugi pun…malah lebih elok. Paling buat gua rasa berbulu tekak ni, bila ada hat yang tua-tua tu masih tak sedar diri, pangkat mak, abah gua tapi pakaian, Masyaallah!

Sediri mau ingatlah…siapa makan cili dia terasa pedasnya.

P/s- Gua tengok fesbuk, ada sorang artis bawak “beban” atas kepala, tu lambang apa? Lambang matahari sejengkal atas kepala di padang masyar ke? Keh keh keh!


LU ORANG NAK TAU APA MAKSUD CIPLAK?

Bila gua bukak fb, hangat pasal isu ciplak-menciplak. Bukak internet pun sama, jadi, apa itu ciplak?

Menurut Kamus Dewan, ciplak atau plagiarisme bermaksud “perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri”.

Jadi, lu orang da tau maksud ciplak?keh keh keh!

Bagi gua, ciplak-menciplak ni bukan jadi isu, apa yang penting, gua nak tengok implementasinya nanti. Semua dapat, semua rasa, gua hepi, lu orang pun hepi. Gua like, lu orang pun like. Gua seronok, lu orang pun seronok, kita semua pun beronok-ronok.

P/s- gua layan bola malam tadi, selangor menang. Keh keh keh! Ada gua kesah?


BUATLAH LAIN SIKIT…

Gua tengok, makin lama makin banyak kuiz-kuiz merepek ditayangkan di tv. Gua kadang-kadang terfikir, apa dah kering idea ke jemaah-jemaah dunia hiburan sekarang ni? Kebanyakkan kuiz-kuiz yang baru ni gua nampak macam “kosong”, seperti ada yang kurang. Gua mengerti, tujuan penerbitan-penerbitan rancangan sebegini adalah untuk tujuan hiburan semata-mata, tapi sekurang-kurangnya selitkanlah juga sedikit elemen-elemen yang memberikan pengetahuan.

Ini tidak, gelak memanjang jee…. Sudahlah pelbagai rancangan nyanyian diterbitkan, dari peringkat atuk, nenek hinggalah ke peringkat kanak-kanak. Jangan esok lusa diterbitkan program nyanyian untuk bayi pulak! Itu belum lagi program lawak melawak, gosip-mosip dan lain-lain. Yang gua hairan, makin nak dekat bulan puasa, makin galak pulak program-program ni diwujudkan. Kurang 100 hari lagi bulan puasa bakal tiba. Rejab, Syaaban pun dah nak hampir dah.

Gua cadangkan selitkanlah sikit unsur-unsur yang punya kecerdikan di dalam sesuatu rancangan tu sekurang-kurangnya dapat meningkatkan pengetahuan orang-orang di Malaysia ni. Buatlah lain sikit…kata nak jadi negara maju 2020. Setakat negara yang maju, tapi mental dan jiwa mundur…tak boleh pergi mana bro!

P/s- orang tua-tua kata, banyak bergelak, nanti bersedih dihujungnya.


PARLIMEN BUBAR-PRU 13 SEMAKIN HAMPIR

Akhirnya apa yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia terjawab. Tepat jam 11.30 pagi, Perdana Menteri, Dato’Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Pengumuman dibuat secara live di TV1 Dan TV2.

Jadi, apa tunggu lagi?

Fikir dan buatlah pilihan yang tepat. Undi anda semua akan menentukan masa depan negara.

P/S-Nampaknya gendang perang akan makin rancak dimainkan.


AYAM JANTAN TIDAK BERTELUR

Gua tak boleh tidur pulak malam-malam buta ni, dah tak boleh tidur, gua layanlah tv. Gua bukaklah tv, tukar-tukar channel, kejap tv1, kejap tv2, kejap discovery channel, kejap movie..tak de satu channel pun yang menarik. Gua jadi bosan.

Gua bukak jugaklah tv3. Berita Night Line. Gua cubalah layan, dah sebab gua pun lama tak tengok berita.. gua nampak ada pemimpin negara berucap, sebuk cerita itu ini, canang jasa yang lepas-lepas, beri itu dan ini. Ini semua gara-gara angin pilihanraya betiup semakin kuat..semua cerita pasal nak pilihanraya..iklan pun iklan pilihanraya. Billboard tepi highway pun pacak iklan pilihanraya.

Yang gua hairan dan berteka-teki sekarang ni, bilelah nak pilihanraya? Sedangkan semua jentera dari setiap parti pun dah mula bergerak. Dun negeri pun dah ada yang terbubar.

Jadi bagaimana?

P/s- tunggu jelah ayam jantan bertelur!