Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei, 2013

POST GE13 /PRU13

PRU13 sudah tamat, The Clash of Titan berakhir. Ianya merupakan satu pertempuran yang sangat sengit hinggakan pengumuman kemenangan dan pembentukan kerajaan hanya disebar luas sekitar jam 1.30 pagi hingga ke 2.00 pagi, itupun ada beberapa Parlimen yang masih belum diumumkan secara rasmi kemenangannya.

Rakyat Malaysia sudah pun memilih dan bersuara. Kerajaan BN kembali memerintah. Kerajaan yang dilantik, silalah bekerja dan berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati serta ikhlas kerana satu hari nanti anda akan ditanya di alam barzakh dan dihdapan Allah semasa di akhirat kelak. Kotakan janji yang telah dimenifestasikan sebelum ini pasti ianya akan menambat hati rakyat. Oh ya! Rasanya, jika mahu menaikkan sebarang harga barangan dan lain-lain produk, umpamanya petrol atau tambang tol lebuhraya….ini bukanlah masa yang sesuai.

Aku yakin, walau siapapun yang perintah pastinya ia akan membawa manfaat kepada rakyat. Harapan aku, janganlah kalian diluar sana menanam dan menyemai perasaan benci antara kaum. Aku faham, ramai dikalangan warga melayu khasnya masih terkesan dengan tragedi lama pada satu ketika dahulu di tahun 1969. Pada masa kini, kesatupaduan adalah perlu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, maju, progresif dan aman sejahtera. Ungkapan seperti keris dan parang terbang, eloklah disimpan, jangan diheboh dan diwar-watkan..biarlah menjadi rahsia. Kekuatan umat melayu ini sewajarnya tidak perlu digembar-gemburkan. Biarlah ia “tidur” umpama sang harimau yang sedang enak beradu, jika dikacau…sang harimau itu akan bertindak keras. Simpan sahajalah…..guna bila perlu. Itulah pesan “ayah” satu ketika dulu sejurus lepas dibaiah.

Jadilah warganegara yang matang dan berintelektual melalui pembacaan, kajian dan pemerhatian. Jadilah lebih kritis dan kreatif terhadap sesuatu. Respons terhadap sekeliling serta buka minda seluasnya. Ironinya, kita kini sedang menyusur ke arah menjadi negara maju dengan visi dan misi yang perlu dilunaskan pada tahun 2020. Untuk remaja bawah 18 tahun, aku cadangkan supaya lebih refleks dengan suasana sosio politik dan geofizikal negara. Janganlah asyik bersosial di laman maya sambil berebut-rebutkan “balak” jambu, posting gambar-gambar posing cun dan comel sambil meminta dikomen dan berebut-rebut pula nak merakamkan aksi gwiyomi untuk diupload di fb dan YouTube. Juga, jangan dilupa untuk mendaftar sebagai pemilih sekiranya sudah cukup umur satu hari nanti. Bukan apa, jadilah warganegara yang bertanggungjawab, responsif dan punya idealisme yang tinggi. Jangan dilupa dengan pepatah “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Jangan jadi plastik!

Apapun, tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang keluar mengundi. Aku difahamkan peratusan yang keluar mengundi melebih 85%. Tahniah juga kepada pembangkang, kerana anda kuat..Kami rakyat dapat apa yang tidak pernah diberikan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Selama 55 tahun sebelum ini, belum ada satu mekanisme bantuan umpamanya BR1M, TR1MA, BL1M skim TUKAR untuk kedai runcit, KR1M, MR1M dan lain-lain. Tidak dinafikan pelbagai subsidi telah disalurkan oleh pihak kerajaan, tetapi dengan kukuhnya pembangkang…rakyat mendapat lebih dari itu, semestinya ia bagus dan menguntungkan!

Apapun, aku suka akan konsep Wasatiyah yang acap kali disebut-sebut oleh PM Najib. Aku harap, tidaklah ianya sebagai pemanis dan penyedap bahasa sahaja, praktiskan! Isteri Y.Bhg PM juga perlu diberi keutamaan dengan konsep Wasatiyah ini.

Akhirnya…semoga Malaysia terkehadapan, maju dan aman sentiasa. AMIN!

Jumpa lagi di GE14 / PRU13, lima tahun dari sekarang.

p/s- BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU!

Advertisements

GE13 @ PRU 13

Awal pagi gua dah bangun. Usai solat subuh, gua duduk rilek-rilek. Kali ni gua undi di kampung halaman di Semenyih. Jam 7.35 pagi gua keluar rumah ke pusat mengundi dengan adik gua. Pusat mengundi tak jauh pun, tak sampai 5 minit. Parents gua dan seorang lagi adik gua mengundi di Bangi.

Entah kenapa gua rasa sangat excited. Atmosfera pagi ini luar biasa. Bendera parti yang bertanding ada di mana-mana. Kenderaan saling berlawan-lawan hon. Sana sini kedengaran ucapan “ini kalilah”. Masing-masing nampak ceria dan tiada prejudis antara setiap kaum. Tak ubah macam suasana perayaan yang disambut oleh setiap kaum! Inilah yang bagus!

Jam 8 pusat undi dibuka. Gua masuk dan proses pengundian dijalankan macam biasa. Gua selesai setengah jam kemudian. Jari gua dah dicalit. Gua melangkah tenang, bulatkan tekad dan beredar segera.

Heh! Gua tak nak banyak cakap. INI KALILAH!

p/s- sesiapapun yang menang, harapnya kotakan janji. Siapapun yang kalah jangan pula cetuskan huru-hara. Adat bertanding, ada menang, ada kalah.