Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Jun, 2013

GUA TAK PUASHATI BETUL!

Gua selaku pengguna tegar lebuhraya sangat-sangat rasa tak puas hati. Sebab apa? Sebab gua rasa sejak akhir-akhir ni makin banyak pulak serpihan tayar-tayar lori pecah berselerak di atas lebuhraya.

Benda ni bagi gua satu isu besar, cuba bayangkan kalau kita tengah memandu dan terlanggar serpihan tu, mau pecah skirting kereta beb! Kalau tak pecah pun, boleh jadi calar kereta. Bagi yang menunggang motor pulak, kalau tak perasan lalu terlanggar benda tu…mau tertonggeng dibuatnya! Tertonggeng tak pe lagi, kalau terus “jalan” macam mana? Siapa nak tanggung? Siapa nak disaman?

Bagi gua, pihak berwajib terutamnya syarikat konsesi yang dianugerahkan “tanggungjawab” untuk mengurus, mengawal selia dan berkuasa mengutip tol wajarlah berbuat sesuatu. Silalah bersifat responsif kerana isu ini melibatkan nyawa pengguna lebuhraya.

Lagi satu, syarikat pengangkutan yang menguruskan kenderaan berat, sila-silalah servis kenderaan, buat pemeriksaan ke atas tayar, enjin dan lain-lain. Jangan terlalu asyik mengejar trip tapi soal-soal keselamatan diabaikan. Tak pasal-pasal orang lain yang merana.

p/s- gua nak kan keselesaan pemanduan. Kalau tak buat apa gua bayar tol mahal-mahal. Setiap bulan RM 1000 dari duit gaji gua “disedahkan” pada lu tau PLUS!